Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026. Pindaan ini bertujuan untuk menterjemahkan prinsip keadilan kredit pengguna dan memodernisasi perjanjian sewa beli.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali bagaimanapun berkata, penyedia sewa beli yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri boleh diberi tempoh peralihan.
Tiada Lagi Kadar Faedah Tetap Sama Rata
Pindaan ini memansuhkan Kadar Faedah Tetap Sama Rata (flat rate) dan kaedah Peraturan 78 (rule of 78).
Dengan langkah ini, bayaran ansuran tidak lagi berat sebelah malah dapatmemberi peluang kepada peminjam untuk menyelesaikan pinjaman dengan lebih adil.
“Di bawah kaedah itu, sebahagian besar bayaran ansuran pada peringkat awal tempoh pinjaman digunakan untuk membayar faedah manakala hanya sebahagian kecil diperuntukkan kepada bayaran prinsipal.
“Keadaan ini menyebabkan peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal terpaksa menanggung baki pinjaman yang tinggi dan tidak mencerminkan kos sebenar pinjaman,” katanya.
Transformasi Digital dalam Perjanjian
Pindaan ini juga membenarkan penggunaan teknologi dalam perjanjian sewa beli, termasuk tandatangan dan dokumen secara digital. Ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan proses perjanjian.
Berkongsi lanjut, Armizan berkata pindaan Akta Sewa Beli itu termasuk dalam fokus agenda gerakan kepenggunaan 2026, iaitu reformasi undang-undang yang terkait dengan hak dan kepentingan pengguna yang meliputi aspek pelaksanaan, pindaan dan penggubalan kerangka perundangan berkaitan.
Komitmen Kerajaan untuk Pengguna
Reformasi ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk melindungi hak pengguna. Akta Kredit Pengguna 2025 (Akta 873) yang berkuat kuasa 1 Mac 2026 adalah langkah seterusnya ke arah ekosistem kredit yang lebih telus dan berintegriti.
Dengan pindaan ini, pengguna akan menikmati perlindungan yang lebih baik dan proses yang lebih mudah dalam perjanjian sewa beli.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
