AmBank kini menjalankan Kempen Perbelanjaan Dalam Talian Kad Debit Mastercard yang menawarkan ganjaran menarik. Tetapi, kempen ini khusus untuk pelanggan baharu yang belum pernah berbelanja dalam talian menggunakan Kad Debit AmBank mereka.
Kempen ini bermula pada 8 April 2026 dan berakhir pada 30 Jun 2026. Tiada pendaftaran diperlukan, hanya guna kad dan ganjaran terus dikira.
Kempen Ini Untuk Siapa?
Kempen ini bukan untuk semua pemegang kad. Ia direka khusus untuk pelanggan baharu iaitu mereka yang tidak pernah membuat sebarang pembelian dalam tempoh 6 bulan sebelum 8 April 2026.
Jadi, jika anda baru sahaja mendapat Kad Debit AmBank, atau sudah lama pegang kad tapi belum pernah gunakannya untuk belanja dalam talian, kempen ini memang untuk anda.
Syarat kelayakan penuh:
- Berumur 18 tahun ke atas
- Masih memegang kad aktif semasa tempoh kempen
- Tiada sebarang pembelian dalam tempoh 6 bulan sebelum 8 April 2026
- Mempunyai alamat e-mel yang sah (untuk terima hadiah)
Jika anda sudah aktif berbelanja dalam talian sebelum ini, anda tidak layak untuk kempen ini.
Tiga Jenis Hadiah Yang Bakal Anda Menang
1. Ganjaran Pengaktifan: Belanja Pertama
Bila anda membuat Perbelanjaan Dalam Talian pertama dengan Kad Debit AmBank, anda layak terima pulangan tunai 100% dalam bentuk kredit Touch ‘n Go, sehingga maksimum RM25.
Contohnya:
- Belanja RM10 dan dapat RM10 kredit Touch ‘n Go
- Belanja RM30 ke atas dan dapat RM25 kredit Touch ‘n Go
Setiap bulan ada 1,450 slot pemenang, ini bermakna jumlah keseluruhan kempen ini menyediakan sebanyak 4,350 slot dengan nilai ganjaran mencecah RM108,750.
2. Ganjaran Penggunaan: Belanja Kedua
Transaksi dalam talian kedua anda pula memberi rebat tunai 50%, maksimum sehingga RM25 kredit Touch ‘n Go.
Contohnya:
- Belanja RM10 dan dapat RM5 kredit Touch ‘n Go
- Belanja RM50 ke atas dan dapat RM25 kredit Touch ‘n Go
Setiap bulan ada 800 slot pemenang dan jumlah keseluruhan 2,400 slot bernilai RM60,000.
Kedua-dua ganjaran ini dipilih atas dasar siapa cepat dia dapat, jadi jangan lepaskan peluang ini!
3. Hadiah Utama: RM10,000 Kredit Touch ‘n Go
Ini bahagian paling besar dalam kempen ini. Setiap bulan, 2 orang pemenang akan merangkul hadiah RM10,000 kredit Touch ‘n Go setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM60,000 sepanjang tiga bulan kempen.
Cara Untuk Sertai Cabutan Hadiah Utama
Penyertaan untuk Hadiah Utama dikira berdasarkan jumlah setiap transaksi Perbelanjaan Dalam Talian anda:
| Jumlah Transaksi | Bilangan Penyertaan |
| RM50 – RM99.99 | 1 penyertaan |
| RM100 dan ke atas | 3 penyertaan |
Penyertaan hanya sah untuk bulan kempen semasa ia dibuat.
Setelah senarai pendek disusun, 30 calon berpotensi akan dihubungi melalui panggilan telefon untuk sesi Soal & Jawab. Calon perlu menjawab satu soalan dengan betul untuk mengesahkan kemenangan. Bank akan cuba menghubungi sebanyak tiga kali, sekiranya gagal dihubungi atau soalan dijawab salah, giliran akan beralih kepada calon seterusnya.
Bila Hadiah Akan Diberi Kepada Pemenang?
Kredit Touch ‘n Go akan dihantar dalam bentuk PIN tambah nilai ke e-mel anda dalam tempoh 45 hari kalendar selepas akhir setiap bulan kempen. Anda juga akan dimaklumkan melalui SMS.
Pastikan alamat e-mel dan nombor telefon anda dalam sistem AmBank telah dikemas kini, kerana Bank tidak bertanggungjawab jika hadiah tidak dapat dihantar akibat maklumat lama.
Had tambah nilai bulanan menggunakan PIN tambah nilai Touch ‘n Go ialah RM8,000. Jadi Hadiah Utama RM10,000 akan diberikan dalam dua PIN yang bernilai RM5,000 setiap satu.
Apa Yang Dikira Sebagai “Perbelanjaan Dalam Talian”?
Ia termasuk semua transaksi menggunakan Kad Debit AmBank di platform e-dagang, pembelian dalam talian, auto-debit atau pengebilan automatik, serta tambah nilai e-dompet dan perkhidmatan komunikasi.
Hubungi Pusat Panggilan AmBank di 03-2178 8888 (Isnin – Ahad, 7 pagi hingga 11 malam), atau e-mel ke [email protected].
Terma dan syarat penuh boleh dirujuk di www.ambank.com.my/eng/terms-and-conditions.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
