Beberapa bank komersial tampil mengeluarkan kenyataan tentang ketersediaan mereka untuk membantu para pelanggan yang terjejas dengan komitmen bulanan akibat ketidaktentuan global ini.
Terbaharu, AmBank Group pula mengeluarkan pengumuman rasmi untuk meyakinkan pelanggan bahawa pihak bank sedia memberikan sokongan di kala situasi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global, termasuk perkembangan semasa di Timur Tengah.
Bantuan Kewangan Tersedia Untuk Individu dan Perniagaan
Menyedari bahawa keadaan luar negara boleh memberikan tekanan kewangan kepada rakyat Malaysia, AmBank Group menyatakan kesediaan untuk membantu pelanggan yang memerlukan.
Bantuan yang ditawarkan merangkumi penstrukturan semula jadual pembayaran balik serta penyelesaian kewangan lain yang disesuaikan mengikut keperluan masing-masing.
Ambank ingin membantu pelanggan mengurus tekanan jangka pendek tanpa menjejaskan kestabilan kewangan jangka panjang mereka.
Cara Dapatkan Bantuan
Pelanggan yang ingin mendapatkan bantuan boleh menghubungi AmBank Group melalui beberapa saluran:
- Program Remedial (Repayment Assistance): Layari www.ambank.com.my/repayment-assistance/remedial-programme
- Pengurus Hubungan (Relationship Manager): Hubungi terus pengurus anda
- Cawangan AmBank: Kunjungi mana-mana cawangan berhampiran
- Pusat Panggilan AmBank: Hubungi 03-2178 8888, beroperasi setiap hari dari 7.00 pagi hingga 11.00 malam
AmBank Group menegaskan komitmen mereka untuk terus bersama dengan pelanggan dalam mengharungi sebarang keadaan pasaran.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
