Bagi jemaah haji yang berdaftar untuk musim haji bagi tahun 2026, ada berita baik dari alrajhi bank Malaysia. Bank tersebut melancarkan Kempen Pulangan Tunai Yuran Pengeluaran ATM sempena Haji 2026, di mana pelanggan boleh mendapat balik caj ATM yang dikenakan semasa membuat pengeluaran tunai di Arab Saudi.
Menarik kan? Kempen ini berlangsung dari 18 April 2026 hingga 30 Jun 2026.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kempen Ini?
Setiap kali anda menggunakan Kad Debit alrajhi bank Malaysia untuk mengeluarkan wang tunai di mana-mana ATM berlogo Visa Plus di Arab Saudi, yuran pengeluaran yang dikenakan akan dikembalikan kepada anda sebagai pulangan tunai sebanyak RM12 bagi setiap transaksi.
Had maksimum adalah lapan (8) kali pengeluaran, bermakna jumlah pulangan tunai tertinggi yang boleh anda terima ialah RM96 sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Wang pulangan tunai berkenaanakan dikreditkan terus ke dalam akaun Simpanan atau Semasa anda selewat-lewatnya 31 Julai 2026 iaitu sebulan selepas kempen berakhir.
Siapa Yang Layak?
Kempen ini terbuka untuk pelanggan individu alrajhi bank Malaysia yang memenuhi dua syarat berikut semasa tempoh kempen:
- Pemegang Kad Debit-i di bawah Akaun Simpanan bank
- Sedang menunaikan Haji di Arab Saudi dan membuat pengeluaran tunai dalam mata wang Saudi Riyal (SAR) menggunakan kad debit mereka
Pelanggan korporat atau bukan individu tidak layak menyertai kempen ini. Pelanggan yang memiliki isu dengan akaun mereka seperti tunggakan, kes penipuan, atau perkara berkaitan Pencegahan Pengubahan Wang Haram turut dikecualikan.
Hanya Pengeluaran SAR di Arab Saudi Layak
Satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah pulangan tunai ini hanya melibatkan pengeluaran tunai dalam SAR di Arab Saudi sahaja. Sebarang transaksi lain, termasuk pengeluaran dalam mata wang lain atau di negara lain adalah tidak layak untuk mendapat pulangan tunai ini.
Jadi, pastikan anda menggunakan kad debit semasa di Tanah Suci dan bukan di negara persinggahan lain.
Terma Lain Yang Perlu Anda Ketahui
Kempen ini telah disemak untuk pematuhan Shariah selaras dengan prinsip-prinsip yang perlu diikuti bank. Terma dan syarat kempen ini dibaca bersama-sama dengan terma dan syarat sedia ada Kad Debit-i anda, dan sekiranya ada percanggahan, terma kempen ini yang akan diguna pakai.
alrajhi bank Malaysia juga berhak untuk meminda, menangguhkan, atau menamatkan kempen ini pada bila-bila masa dengan notis awal kepada pelanggan.
Bagi jemaah yang merancang perjalanan ke Tanah Suci dalam tempoh kempen ini, ini merupakan salah satu cara mudah untuk menjimatkan kos semasa di sana tanpa perlu membuat apa-apa pendaftaran khas. Cukup sekadar guna kad debit anda seperti biasa.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
