BonusLink Travel secara rasmi dilancarkan dan menerusi platform baharu ini, anda boleh memperoleh sehingga 12 mata BonusLink untuk setiap RM1 yang dibelanjakan pada tempahan hotel.
Mata yang anda kumpul tidak terhad kepada kategori travel sahaja, anda boleh gabungkan dengan tunai dalam satu pembayaran dan tebus merentasi seluruh ekosistem BonusLink. Platform ini boleh anda akses terus melalui aplikasi BLINK atau bonuslink.com.my.
Kami turut berada di majlis pelancaran BonusLink Travel di Pavilion Bukit Jalil sempena BonusLink Roadshow yang berlangsung dari 3 hingga 6 September 2026, untuk saksikan demo platform secara langsung dan merasai sendiri pengalaman melakukan beberapa aktiviti yang ada di sana.
RM2,000 Tempahan Hotel Boleh Jadi 120 Liter Petrol Untuk Anda
Ketua Pegawai Eksekutif BonusLink, Bruno Araujo, membuka ucapan dengan satu angka simple, iaitu 120 liter. Kalau anda pandu Perodua Myvi, 120 liter minyak boleh tahan sekitar enam hingga lapan minggu, bergantung kepada corak pemanduan anda.
Angka itu digunakan Bruno untuk menggambarkan potensi ganjaran BonusLink Travel kepada anda. Kalau anda membelanjakan RM2,000 untuk tempahan hotel percutian keluarga, anda boleh peroleh sekitar 24,000 mata BonusLink. Mata itu pula boleh anda tukar terus kepada RM240, sama ada masuk ke akaun AmBank anda dalam bentuk tunai, atau digunakan untuk mengisi minyak.
Menurutnya, BonusLink secara tradisinya lebih tertumpu pada transaksi kecil seperti mengisi minyak dan membeli-belah harian. Dengan BonusLink Travel, anda kini boleh memperoleh beribu mata dalam satu transaksi besar seperti tempahan hotel.
Demo Langsung, Mata Sebenar Boleh Lebih Tinggi Dari Jangkaan Anda
Ketua Pegawai Komersial BonusLink, Rossnan Cheong, pula menunjukkan demo secara langsung mengenai proses tempahan pada platform BonusLink Travel di hadapan kami.
Semasa menunjukkan demo, Rossnan memilih hotel Hilton Palo Alto untuk contoh tempahan pada 12 hingga 15 November, dengan harga bilik sekitar RM2,100. Mengikut anggaran yang Bruno sebut tadi, jumlah ini sepatutnya menghasilkan sekitar 24,000 mata untuk anda. Tetapi bilik yang dipilih itu sebenarnya menawarkan sekitar 32,000 hingga 33,000 mata, lebih tinggi dari anggaran asal.
Platform BonusLink Travel juga memiliki ruangan kod diskaun yang boleh anda masukkan sewaktu tempahan bilik hotel sekiranya ada untuk mendapatkan lebih penjimatan. Rossnan turut menunjukkan ciri pembatalan percuma pada bilik yang dipilih dan memberitahu bahawa pasukan BonusLink sedang berusaha mempermudahkan proses pembatalan untuk anda pada masa hadapan.
Satu ciri yang menarik dalam demo ialah keupayaan gabungkan mata dan tunai dalam satu pembayaran. Untuk tempahan Hilton tadi, anda boleh mengguna baki mata sedia ada untuk terus menolak kos bilik, sambil tetap peroleh mata baharu daripada jumlah keseluruhan tempahan anda.
Mata BonusLink Travel Anda Boleh Guna Merentasi Seluruh Ekosistem
Mata yang anda peroleh menerusi BonusLink Travel juga tidak terhad pada kategori travel sahaja. Menurut Bruno, anda boleh tebus mata di merata tempat dalam ekosistem BonusLink, termasuk isi minyak di Shell, tebus tunai menerusi AmBank, atau guna pada rakan kongsi lain seperti Parkson. Rossnan turut menambah bahawa mata ini juga boleh anda gunakan untuk membeli kopi di Shell, sebagai contoh lain bagaimana ganjaran ini boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian anda.
Menurut kenyataan media BonusLink, platform ini menawarkan lebih 1 juta pilihan penginapan di seluruh dunia untuk anda pilih, termasuk jenama hotel antarabangsa seperti Marriott, Hyatt dan Sheraton, selain hotel butik dan resort mesra keluarga. Kenyataan media turut menyebut bahawa trend tempahan awal menunjukkan minat tinggi terhadap destinasi seperti Bangkok, Da Nang, Bali, Istanbul, New York dan Kuala Lumpur, kalau anda tengah mencari idea untuk percutian seterusnya.
Pelbagai Aktiviti Dan Ganjaran Menanti Pengunjung Yang Hadir Ke BonusLink Roadshow
BonusLink Roadshow berlangsung di Centre Court, Aras 2, Pavilion Bukit Jalil sehingga 6 September 2026. Pelbagai aktiviti dan ganjaran menarik menanti para pengunjung yang hadir seperti Jejak Taman Kenangan di mana anda boleh lawati empat booth yang mengambil bahagian dan kumpul setem digital di setiap perhentian menerusi aplikasi BonusLink BLINK. Lengkapkan kesemua setem dan anda berpeluang mendapat cenderahati ekslusif.
Terdapat juga kupon minuman atau donut percuma untuk anda di booth Shell dan voucher untuk menebus mata ganjaran jika anda menyertai permainan di kiosk AmBank, selain anda boleh terus membuka akaun atau memohon kad kredit AmBank di sana.

Roadshow dengan tema nostalgia “Taman Kenangan” ini lengkap dengan maskot kucing bernama Tok Oyen yang berperanan sebagai “housekeeper” taman tersebut. Roadshow ini juga membawa rakan kongsi seperti Parkson, GlobalPark, Laifen, Sharp dan Perodua yang beroperasi di booth masing-masing sepanjang acara empat hari ini.

Item terpilih pada roadshow ini juga ditawarkan dengan diskaun sehingga 90%, selain baucar istimewa daripada Klook, BIG Pharmacy dan CARiNG Pharmacy. Kalau anda kumpul dan tebus sekurang-kurangnya 20,000 mata BonusLink sepanjang tempoh acara, anda layak sertai cabutan bertuah dengan hadiah termasuk Apple AirPods 4, pembersih vakum Black & Decker, 10,000 mata BonusLink dan baucar percutian bernilai sehingga RM1,000. Jumlah hadiah keseluruhan mencecah RM10,000.

Cara Anda Boleh Mula Guna BonusLink Travel
Secara ringkasnya, anda kini boleh mengumpul mata dengan mengisi minyak atau berbelanja, serta boleh menempah hotel dan mendapat lebih banyak mata untuk menebus ganjaran atau mendapat lebih penjimatan melalui aplikasi BLINK atau bonuslink.com.my.
Sebelum anda tempah, semak semula kadar mata dan syarat tepat untuk hotel pilihan anda. Macam yang ditunjukkan dalam demo di atas, jumlah mata sebenar boleh naik turun ikut hotel dan tempoh tempahan anda.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
