Aplikasi Setel baru sahaja menambah satu lagi ciri yang pastinya digemari oleh pengguna iaitu pembayaran bil utiliti terus dalam aplikasi yang sama.
Mulai 18 Mei 2026, pengguna Setel boleh membayar bil elektrik, air, telekomunikasi dan jalur lebar tanpa perlu membuka aplikasi atau laman web yang lain.
Apa Yang Setel Tawarkan
Ciri ini sudah menyokong 25 penyedia bil, termasuk Astro, CelcomDigi, TM, Air Selangor, dan Indah Water dan selepas ini, lebih banyak penyedia akan dimasukkan ke dalam senarai penyedia tersebut.
Senang kata, semua komitmen bulanan anda kini boleh diselesaikan menerusi aplikasi Setel sahaja.
Pulangan Tunai 10% Untuk Dua Bulan Pertama
Untuk meraikan pelancaran ciri ini, Setel turut menawarkan pulangan tunai 10% untuk setiap transaksi pembayaran bil dengan maksimum RM10 sebulan.
Promosi ini bermula 18 Mei hingga 18 Julai 2026. Kalau anda guna ciri ini setiap bulan, boleh jimat sehingga RM20 sepanjang tempoh promosi.

Setel Bukan Sekadar Isi Minyak
Setel mula beroperasi pada Julai 2018 sebagai aplikasi untuk mengisi petrol di stesen Petronas, dan kini skopnya sudah semakin meluas.
Selain untuk mengisi minyak dan membayar bil, Setel turut menawarkan:
- Parkir
- Pengecasan EV
- Takaful dan insurans kenderaan
- Pembaharuan cukai jalan
- Bantuan automotif 24 jam
- Pembelian dalam aplikasi dan permohonan kad kredit petrol
Setel juga ada versi ringan iaitu Setel Lite untuk pengguna dengan sambungan internet lebih perlahan atau peranti Android dan iOS lama.
Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Abdullah Ayman Awaluddin berkata, syarikat ini akan terus menembangkan platform mereka dengan ciri dan perkhidmatan baharu untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.
Muat turun atau kemaskini aplikasi Setel, log masuk, dan cari ciri Pembayaran Bil. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Setel atau ikuti media sosial rasmi Setel.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
