Pemegang Kad UOB Visa Infinite Kini Boleh Tempah Perjalanan Percuma Ke KLIA Menerusi Aplikasi Grab

KONGSI

Mulai 18 Mei 2026, pemegang UOB Visa Infinite Card ada lebih banyak pilihan untuk mendapatkan perjalanan percuma ke KLIA

Selain cara lama melalui UOB Visa Infinite Concierge, anda kini boleh menempah terus melalui aplikasi Grab. Lebih mudah dan pantas!

Apa yang Berubah?

Sebelum ini, satu-satunya cara untuk dapatkan ride percuma ke KLIA ialah dengan menghubungi UOB Visa Infinite Concierge. Tetapi yang agak leceh adalah anda perlu membuat tempahan awal sekurang-kurangnya 3 hari. Jadi, tidak berapa praktikal sekiranya rancangan perjalanan anda tiba-tiba berubah.

Kini, UOB memperkenalkan pilihan Grab sebagai kaedah kedua. Tempah pada bila-bila masa, dari mana-mana lokasi dalam Lembah Klang, terus ke KLIA Terminal 1 atau Terminal 2.

Syarat untuk Layak Menggunakan Manfaat Ini

Sebelum menempah perjalanan anda, pastikan anda memenuhi syarat ini:

  • Hanya pemegang kad utama (principal cardmember) yang layak
  • Berbelanja minimum RM5,000 untuk pembelian penerbangan, hotel, atau ejen pelancongan dalam 30 hari sebelum perjalanan
  • Boleh dituntut sehingga 12 kali setahun, maksimum 1 kali sebulan 

2 Cara Nak Dapatkan Ride Percuma ke KLIA

Cara 1: UOB Visa Infinite Concierge

Hubungi pihak Concierge untuk buat tempahan:

  • Telefon: +603 2612 3399
  • Emel: UOBcustomerservice@UOB.com.my

Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh perjalanan.

Cara 2: Aplikasi Grab (Baharu)

Gunakan kod promo “VIKLIA” untuk tempah terus. Syarat untuk kod promo ini berfungsi:

  • Destinasi mesti ditetapkan ke KLIA Terminal 1 atau Terminal 2
  • Kad UOB Visa Infinite anda perlu dipautkan pada akaun Grab terlebih dahulu
  • Ditanggung sehingga RM120 setiap perjalanan. Kalau tambang melebihi RM120, lebihan itu akan dicaj terus ke kad anda. 

Jangan Terlepas Pandang Perkara Ini

Ada satu perkara penting yang perlu anda tahu. Walaupun kod promo Grab boleh digunakan sebelum pengesahan perbelanjaan, UOB akan caj balik tambang penuh perjalanan (sehingga RM120) ke akaun kad utama anda dalam tempoh 90 hari sekiranya:

  • Tidak memenuhi syarat perbelanjaan minimum RM5,000
  • Tuntutan dibuat guna kad tambahan (supplementary card)
  • Tuntutan melebihi had 1 kali sebulan, termasuk gabungan tuntutan melalui Concierge dan Grab

Faedah Lain yang Kekal Sama

Perubahan ini hanya melibatkan cara menebus perjalanan ke KLIA. Faedah lain kad UOB Visa Infinite tidak berubah:

  • 12 kali akses lounge percuma setahun melalui aplikasi Airport Companion (by DragonPass), termasuk akses eksklusif ke Plaza Premium Lounge di KLIA Terminal 1
  • 10X UNIRM untuk setiap RM1 berbelanja di luar negara
  • 5X UNIRM untuk perbelanjaan makan minum tempatan (minimum RM1,000 sebulan)
  • Insurans kemalangan peribadi semasa perjalanan sehingga RM500,000

Untuk panduan lengkap cara pautkan kad anda pada Grab dan langkah-langkah tuntutan, semak terus di laman rasmi UOB Malaysia atau hubungi UOB Visa Infinite Concierge di +603 2612 3399.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments