Anda Pengguna Public Bank? Kad PB-Petron Visa Kini Tawar Pulangan Tunai Sehingga 15%!

KONGSI

Public Bank melancarkan kempen PB-Petron Visa Cards Cashback Spree! bermula 15 April 2026 hingga 30 September 2026. 

Jika anda pemegang Kad Kredit PB-Petron Visa Gold atau Kad Debit PB-Petron Visa, anda berpeluang untuk dapatkan semula sebahagian daripada duit yang dibelanjakan setiap bulan terutamanya untuk isi minyak, makan, dan beli barang keperluan harian.

Siapa Yang Layak?

Kempen ini terbuka kepada dua kumpulan pemegang kad:

Syaratnya amat mudah, kad anda mestilah aktif sepanjang tempoh kempen dan sewaktu pulangan tunai dikreditkan. Sekiranya kad digantung, dibatalkan atau ditamatkan pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut, anda tidak lagi layak untuk menyertai.

Cara Daftar

Pendaftaran hanya boleh dilakukan sekali sahaja oleh Ahli Kad Utama (bukan Ahli Kad Tambahan). Ada dua cara untuk daftar:

Cara 1: Melalui PBe (dalam talian) Log masuk ke PBe dan gunakan Kata Kunci Kempen: PBWG

Cara 2:  Melalui SMS Taip PBWG dan hantar kepada 68333

Pastikan nombor telefon yang digunakan adalah nombor yang berdaftar dengan Public Bank. Pendaftaran menggunakan nombor telefon Ahli Kad Tambahan tidak akan diterima. Caj SMS biasa dari pengendali telekomunikasi dikenakan kepada pemohon.

Kadar Pulangan Tunai

Setelah berjaya mendaftar, anda perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM1,500 dalam Perbelanjaan Runcit setiap bulan untuk layak mendapat pulangan tunai berikut:

KategoriKadar Pulangan Tunai
Urus niaga Petron (isi minyak & diesel di stesen Petron Malaysia)15%
Makanan, Minuman dan Barang Runcit5%

Pulangan tunai dihadkan kepada maksimum RM80 sebulan dan RM400 sepanjang tempoh kempen bagi setiap Ahli Kad Utama.

Apa Yang Dikira Sebagai “Perbelanjaan Runcit”?

Had minimum RM1,500 sebulan dikira berdasarkan Perbelanjaan Runcit iaitu pembelian runcit biasa dan pembelian dalam talian termasuk amaun penuh pembelian melalui Pelan Bayaran Ansuran 0% baharu.

Yang tidak dikira sebagai Perbelanjaan Runcit adalah:

  • Tambah nilai e-dompet
  • Auto-Debit dan bayaran berulang
  • Bayaran utiliti, insurans, dan bil kerajaan
  • Bayaran melalui pbebank.com atau ATM
  • Pendahuluan tunai, caj faedah, caj lewat bayar
  • Urus niaga yang sedang mendapat pulangan tunai dalam kempen lain

Had Keseluruhan Kempen

Public Bank memperuntukkan RM30,000 pulangan tunai setiap bulan sepanjang kempen, dengan jumlah keseluruhan RM150,000. Ini bermakna, pulangan tunai dibahagikan atas dasar siapa cepat, dia dapat.

Tempoh dan peruntukan mengikut bulan:

BulanTempohPeruntukan
115 April – 31 Mei 2026RM30,000
21 Jun – 30 Jun 2026RM30,000
31 Julai – 31 Julai 2026RM30,000
41 Ogos – 31 Ogos 2026RM30,000
51 September – 30 September 2026RM30,000

Bila Pulangan Tunai Akan Dikreditkan?

Pulangan tunai akan dikreditkan ke akaun Ahli Kad Utama dalam tempoh 4 hingga 12 minggu selepas akhir setiap bulan, tertakluk kepada pemenuhan semua syarat. Jika anda tidak menerima pulangan tunai, hubungi Perkhidmatan Pelanggan Kad PB di 03-2170 8000 sebelum 31 Disember 2026.

Perkara Penting Yang Perlu Diingat

  • Perbelanjaan Ahli Kad Tambahan akan digabungkan bersama Ahli Kad Utama dan pulangan tunai dikreditkan ke akaun Utama.
  • Anda tidak boleh menyertai kempen PB lain secara serentak, semua urus niaga semasa kempen ini akan dikecualikan daripada tawaran penggunaan kad kredit/debit PB yang lain.
  • Pulangan tunai tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau dipindahkan kepada pihak lain.
  • Tarikh yang dikira untuk kelayakan adalah tarikh urus niaga berlaku, bukan tarikh ia muncul dalam penyata kad anda

Kempen ini sesuai untuk mereka yang kerap mengisi minyak di stesen Petron dan berbelanja untuk makan serta barang keperluan harian.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen