Baru tujuh bulan beroperasi, Ryt Bank sudah berjaya menarik lebih 1.2 juta pengguna. Angka ini menjadikannya salah satu bank digital yang paling pantas berkembang di negara ini sejak dilancarkan pada Ogos 2025.
Bukan sekadar nombor pendaftaran, malah yang menarik perhatian ialah sejauh mana pengguna ini benar-benar aktif menggunakan perkhidmatan bank tersebut.
Transaksi Bulanan Naik 35 Kali Ganda
Sejak hari pertama beroperasi, Ryt Bank telah memproses lebih daripada 25 juta transaksi. Lebih ketara lagi, jumlah transaksi bulanan meningkat lebih dari 35 kali ganda berbanding hari pelancaran. Satu angka besar yang jarang berlaku dalam industri perbankan digital tempatan.
Puluhan ribu pengguna melakukan transaksi setiap hari termasuklah pembayaran bil, pemindahan wang dan perbelanjaan harian. Penggunaan kad juga terus meningkat apabila lebih ramai pelanggan mula menggunakan Kad Ryt untuk membeli-belah, makan di luar dan membeli barangan keperluan harian.
Pembayaran bil pula mencatat lonjakan lebih daripada 10 kali ganda dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.
Ryt AI Bukan Sekadar Ciri Tambahan
Salah satu faktor utama di sebalik pertumbuhan pesat ini ialah Ryt AI iaitu satu ciri perbankan berasaskan kecerdasan buatan (artificial intellingence) yang dibangunkan bersama YTL AI Labs dan dikuasakan oleh Ilmu, model AI tempatan Malaysia.
Melalui Ryt AI, pelanggan boleh membuat pemindahan wang dan membayar bil dengan mudah. Hampir separuh daripada pengguna Ryt Bank sudah menggunakan ciri ini.
Lebih menarik lagi, pengguna yang menggunakan Ryt AI kembali ke aplikasi pada kadar hampir dua kali lebih kerap berbanding mereka yang tidak menggunakannya. Ia bukan sahaja mudah digunakan oleh golongan muda, malah pengguna berumur 50 tahun ke atas turut menjadi antara penggunanya, membuktikan bahawa teknologi ini benar-benar mesra pengguna untuk semua peringkat umur.
Ryt PayLater Beri Fleksibiliti untuk Kegunaan Harian
Ryt Bank turut menawarkan Ryt PayLater iaitu kemudahan kredit segera sehingga RM1,499 tanpa proses yang panjang. Ramai pengguna menggunakannya untuk keperluan asas seperti barangan runcit, minyak petrol dan bil bulanan.
Corak penggunaan menunjukkan ia banyak dimanfaatkan untuk mengurus aliran tunai jangka pendek, khususnya oleh segmen yang selama ini tidak atau kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan konvensional.
Rakyat Malaysia Semakin Celik Guna Perbankan Digital
Wilson Soon, Ketua Pegawai Eksekutif interim Ryt Bank berkata, pencapaian ini mencerminkan perubahan cara rakyat Malaysia memandang perbankan digital.
“Fokus kami bukan sekadar jumlah pendaftaran, tetapi bagaimana pelanggan terus kembali menggunakan Ryt Bank untuk berbelanja, menyimpan dan mengurus kewangan mereka,” katanya.
Beliau turut menekankan komitmen bank terhadap keterangkuman kewangan dengan menjadikan perkhidmatan perbankan lebih mudah diakses oleh mereka yang sebelum ini terpinggir daripada sistem perbankan tradisional.
Ryt Bank Akan Tambah Dua Ciri Baharu
Ryt Bank tidak berhenti setakat itu. Dalam beberapa minggu akan datang, dua ciri baharu bakal diperkenalkan iaitu:
- Ryt PayLater pada Kad: Pengguna boleh pilih sama ada mahu bayar sekarang atau kemudian menggunakan satu kad yang sama.
- Ryt Invest: Ciri ini membolehkan pengguna mula melabur terus dalam aplikasi tanpa perlu keluar ke platform lain.
Dengan tambahan ini, Ryt Bank bergerak melepasi peranannya sebagai platform pembayaran harian, ke arah menjadi platform pengurusan kewangan yang lebih menyeluruh.
Untuk maklumat lanjut, layari www.rytbank.my atau ikut Instagram @rytbankmy dan Facebook Ryt Bank.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
