alrajhi Bank Malaysia baru sahaja melancarkan beberapa kemas kini baharu aplikasinya, MY alrajhi yang direka khusus untuk menjadikan urusan perbankan harian anda lebih lancar, selamat, dan mesra pengguna.
Langkah ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan pihak bank untuk meningkatkan pengalaman digital pelanggan mereka di Malaysia.
Apa Pembaharuan Yang Diperkenalkan?
Kemas kini terbaharu ini bukan sekadar perubahan “interface”, tetapi turut memperkenal fungsi yang memudahkan pengguna menguruskan kewangan tanpa perlu bersusah payah. Antara penambahbaikan utama yang diperkenalkan termasuk:
1. Pembayaran DuitNow Yang Lebih Pantas dan Boleh Dipercayai
Dengan penambahbaikan sistem pembayaran DuitNow Online Banking/Wallets (OBW), setiap transaksi diproses lebih cepat dan kebenaran pembayaran berlaku dalam beberapa saat sahaja.
2. DuitNow AutoDebit: Pembayaran Secara Automatik
Anda dah penat dengan cabaran ketika mahu membayar bil dan yuran langganan setiap bulan? Kini anda boleh mengatur DuitNow AutoDebit terus dari aplikasi My Al-Rajhi.
Cara ianya berfungsi adalah sangat mudah:
- Daftar persetujuan pembayaran sekali sahaja
- Pilih sama ada bayaran berulang atau sekali
- Biarkan sistem membayar secara automatik dan selamat
Dengan ciri ini, anda dapatkan mengurangkan risiko daripada terlupa untuk membuat pembayaran dan semuanya berjalan dengan lancar.
3. Tutup Tabung Simpanan Dengan Satu Klik
Ingin menyusun semula dana simpanan anda? Ciri baharu ini memudahkan anda untuk menutup mana-mana Savings Pot hanya dengan satu klik.
Apabila akaun berkenaan sudah ditutup, baki wang anda akan terusdipindahkan ke akaun DuitPlus Savings Account-i anda. Anda kini mempunyai kawalan penuh terhadap cara menguruskan simpanan.
4. Kill Switch: Perlindungan Dari Kes Penipuan Yang Lebih Cepat
Anda hilang kad atau menjadi mangsa penipuan? Jangan panik. Ciri Kill Switch kini lebih mudah untuk dicapai, ia tersedia di bahagian “Pilihan Lain” pada halaman utama anda.
Dengan akses yang lebih pantas, anda boleh menyekat semua transaksi secara serta-merta jika terdapat aktiviti yang mencurigakan . Keselamatan akaun anda adalah perkara utama .
5. Mohon Buku Cek Terus dari Aplikasi
Pemegang akaun Akaun Semasa-i alrajhi kini tidak perlu lagi melawat cawangan bank untuk meminta buku cek. Anda kini boleh mohon terus dari aplikasi My alrajhi, dan buku cek tersebut akan dihantar ke alamat surat-menyurat yang terdaftar dalam akaun anda.
Mudah, cepat, dan tanpa perlu keluar rumah!
Mengapa Anda Perlu Mengemas Kini Sekarang?
Bagi memastikan anda mendapat akses kepada semua ciri terbaharu ini, pihak bank sangat menggalakkan semua pengguna untuk mengemas kini aplikasi My alrajhi ke versi terkini melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
Dengan menggunakan versi terkini, anda bukan sahaja dapat menikmati pengalaman perbankan yang lebih lancar, malah memastikan aplikasi anda sentiasa mempunyai perlindungan keselamatan yang paling terkini.
Komitmen Terhadap Perbankan Digital
alrajhi Bank Malaysia terus mengorak langkah dalam arena perbankan digital. Dengan pelancaran ciri-ciri ini, mereka membuktikan bahawa perbankan Islam kini semakin moden dan setanding dengan standard perbankan digital global.
Bagi anda yang belum memuat turun aplikasi ini, inilah masa yang tepat untuk memulakan perjalanan perbankan digital yang lebih mudah bersama alrajhi Bank.
Untuk maklumat lanjut atau bantuan teknikal, anda boleh melayari laman web rasmi alrajhi Bank Malaysia atau menghubungi pusat khidmat pelanggan mereka.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
