Bank Muamalat Galakkan Peniaga Bazar Guna Pembayaran Digital 

KONGSI

Anda mungkin pernah ke kedai makan atau pasar malam tetapi terpaksa membatalkan hasrat untuk membeli kerana peniaga tak terima pembayaran digital? Situasi ini sebenarnya semakin jarang berlaku, tetapi masih ada segelintir peniaga yang belum beralih ke sistem ‘cashless’.

Susulan itu, kerajaan dan institusi kewangan giat menggalakkan usahawan, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menerima pembayaran digital bagi melancarkan urusan harian.

Bank Muamalat galak peniaga sediakan kaedah pembayaran digital

Terbaharu, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menggalakkan penggunaan pembayaran digital dalam kalangan peniaga.

Bank Muamalat turut memperluas penganjuran Bazar Ramadan berskala nasional tahun ini bagi memperkasa lebih 2,000 usahawan kecil dan mikro.

Inisiatif ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) terpilih di 10 negeri.

Bank Muamalat sediakan QR Soundbox buat peniaga bazar 

Dalam usaha memperkukuh pengalaman berniaga yang lebih moden dan selamat, bank berkenaan turut menyediakan kemudahan pembayaran digital melalui QR Soundbox kepada peniaga bazar yang terlibat.

Kemudahan itu membolehkan transaksi tanpa tunai dilaksanakan dengan lebih pantas dan selamat serta mendorong agenda pendigitalan pembayaran negara yang digerakkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Kenapa Perlu Beralih ke Pembayaran Digital?

Tidak dinafikan, masih ada individu yang selesa melakukan pembayaran secara tunai. Jadi mari kita kupaskan tentang kelebihan beralih ke pembayaran digital ini.

Pembayaran digital bukan sekadar tentang memudahkan pelanggan semata-mata. Ia sebenarnya satu langkah bijak untuk peniaga menguruskan aliran tunai mereka dengan lebih sistematik.

Apabila semua transaksi direkodkan secara digital, peniaga tidak perlu lagi pening kepala mengira duit syiling atau bimbang tentang risiko kecurian wang tunai di kedai. Semuanya tersimpan rapi dalam sistem yang boleh dipantau melalui aplikasi telefon pintar sahaja.

Manfaat Utama Buat Peniaga

Salah satu kelebihan utama adalah peningkatan kecekapan operasi. Bayangkan anda tidak perlu lagi beratur panjang di bank semata-mata untuk mendepositkan wang tunai hasil jualan harian.

Selain itu, penggunaan e-dompet atau kod QR seperti DuitNow membolehkan pelanggan membayar dengan tepat tanpa perlu menunggu baki wang tunai. Ini secara tidak langsung dapat mempercepatkan proses transaksi dan mengurangkan risiko kesilapan semasa memberi baki.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments