Hong Leong Bank Sedia Bantu Pelanggan Yang Terjejas Akibat Konflik Asia Barat

KONGSI

Hong Leong Bank Bhd (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank Bhd (HLISB) menegaskan tentang komitmen mereka untuk membantu pelanggan yang menghadapi tekanan kewangan akibat situasi semasa di Asia Barat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam (14 Apri). Institusi perbankan ini bersedia untuk bekerjasama rapat dengan mereka yang terjejas bagi memahami keperluan khusus setiap pelanggan. Serta menyediakan bantuan yang diperlukan untuk melalui tempoh yang mencabar ini.

Bantuan Disesuaikan Mengikut Keperluan Individu

HLB mengakui bahawa kesan konflik ini adalah berbeza-beza kepada setiap individu. Ada yang terjejas sebagai individu, ada pula yang menghadapi cabaran dari sudut perniagaan. Susulan itu, bank tidak mengambil pendekatan “satu saiz untuk semua” dalam memberikan bantuan.

Pihak bank akan menilai setiap permohonan secara berasingan bagi menawarkan penyelesaian kewangan yang disesuaikan serta pengaturan pembayaran balik yang fleksibel mengikut situasi masing-masing. Pendekatan berasaskan keperluan individu ini bertujuan membantu pelanggan mengekalkan kedudukan kewangan keseluruhan mereka.

Jangan Tunggu Hingga Keadaan Jadi Lebih Teruk, Hubungi Bank Dengan Segera

Bagi pelanggan yang menjangkakan atau sedang mengalami masalah kewangan, mereka digalakkan untuk menghubungi pihak bank lebih awal supaya setiap situasi dapat dikaji dan bantuan yang sesuai dapat dicadangkan.

Ini bermakna anda tidak perlu tunggu sehingga keadaan menjadi lebih teruk. Sekiranya anda sudah mula merasakan tekanan kewangan akibat ketidaktentuan di Asia Barat, adalah lebih baik mendapatkan bantuan lebih awal.

Pelanggan boleh melayari laman web rasmi HLB atau hubungi terus pengurus perhubungan (relationship manager) masing-masing untuk maklumat lanjut atau permohonan bantuan.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments