Kempen Simpanan BSN Smart Junior 2026 Tawar Ganjaran Sehingga RM1,000

KONGSI

Bank Simpanan Nasional (BSN) sedang menjalankan Kempen Simpanan BSN Smart Junior 2026, yang memberi ganjaran sehingga RM1,000 kepada penyimpan muda yang konsisten. Menurut terma dan syarat rasmi BSN, kempen ini terbuka kepada kanak-kanak dan remaja berumur 7 hingga 20 tahun, dan berlangsung dari 1 Ogos 2026 sehingga 31 Januari 2027.

Anda Perlu Akaun BSN Giro-i Untuk Layak 

Untuk menyertai, anda mesti warganegara Malaysia, mempunyai akaun BSN Giro-i, dan berdaftar di bawah Skim BSN Smart Junior. Kalau anda baru membuka akaun, deposit permulaan minimum ialah RM160.

Ada satu syarat yang mudah terlepas pandang. Semua simpanan di bawah kempen ini mesti menggunakan wang daripada sumber luar. Kalau anda cuma memindahkan wang antara akaun BSN sedia ada, ia tidak dikira sebagai penyertaan yang sah. Jadi pastikan simpanan anda datang daripada duit baharu.

Ganjaran Simpanan Konsisten Ada Dua Tahap

Kategori pertama memberi ganjaran kepada anda yang menyimpan setiap bulan tanpa putus. 

Tahap 1 memerlukan simpanan RM100 sebulan selama empat bulan, dengan pertumbuhan baki RM400. Ganjarannya RM50, dan hanya 500 peserta pertama yang layak.  

Tahap 2 pula memerlukan simpanan RM100 sebulan selama enam bulan, dengan pertumbuhan baki RM600. Ganjarannya RM100, terhad kepada 200 peserta pertama. 

Anda hanya boleh menang satu tahap sahaja dalam kategori ini.

Ganjaran Simpanan Tertinggi Melalui Cabutan

Kategori kedua ditentukan melalui cabutan rawak berkomputer. Untuk layak, anda perlu menyimpan RM100 sebulan selama enam bulan dan mencapai pertumbuhan baki RM1,000.

Lebih banyak anda simpan, lebih tinggi peluang anda menang. Setiap pertumbuhan baki RM500 memberikan satu penyertaan cabutan. Lima pemenang akan dipilih, dan setiap seorang membawa pulang RM1,000. Kalau anda sudah menang Ganjaran Simpanan Konsisten, anda masih layak masuk cabutan ini.

Semua ganjaran ialah dalam kategori Sijil Simpanan Premium (SSP) atau BSN Smart Junior (BSJ). 

KategoriGanjaranJumlah Pemenang
Simpanan Konsisten (Tahap 1)SSP/BSJ RM50500
Simpanan Konsisten (Tahap 2)SSP/BSJ RM100200
Simpanan TertinggiSSP/BSJ RM1,0005

Daftar Akaun BSN Smart Junior Untuk Bermula 

Buka atau daftar akaun BSN Giro-i di bawah Skim BSN Smart Junior, kemudian mula menyimpan mengikut syarat kategori yang anda sasarkan. Nama pemenang dan empat digit terakhir nombor kad pengenalan akan dipaparkan di laman web rasmi BSN, dan pemenang akan dihubungi melalui telefon atau SMS.

Untuk butiran penuh, rujuk terma dan syarat penuh kempen [PDF] atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di 03-2613 1900.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tips kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen