Kerajaan Tawar Diskaun 30% KTM dan Pas Bulanan ERL, Ini Yang Anda Perlu Tahu

KONGSI

Lonjakan harga minyak global telah memberi kesan terhadap ekonomi di Malaysia, malah rakyat turut terkena tempiasnya apabila tambang penerbangan dan kos-kos lain terpaksa dinaikkan.

Susulan itu, kerajaan telah bertindak dengan menawarkan pakej melibatkan diskaun tambang kereta api dan rebat tambang penerbangan yang dapat meringankan beban rakyat.

Diskaun 30% untuk Perjalanan ETS dan ERT

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menawarkan diskaun 30% untuk semua perjalanan menggunakan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) merentas semua sektor. Laluan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) antara JB Sentral dan Tumpat turut layak mendapat diskaun yang sama.

Namun, ada syaratnya. Diskaun ini hanya untuk perjalanan waktu luar puncak iaitu dari Isnin hingga Khamis dan tidak termasuk cuti sekolah serta cuti umum.

Beberapa kategori tiket tidak layak:

  • Tiket kelas perniagaan ETS
  • Tiket sleeper dan kelas pertama ERT
  • Tiket konsesi

Tempahan dibuka dari 15 April hingga 30 April, untuk perjalanan antara 15 April hingga 14 Oktober. Dapatkan tiket di aplikasi KITS Style atau di https://bit.ly/47J3W1w  dan semua medium pembelian tiket KTMB.

Untuk menikmati diskaun 30%, anda hanya perlu masukkan kod promo MADANI30 sebelum membuat pembayaran.

Jimat Sehingga 90% Bagi Pas Bulanan Baharu ERL

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) pula memperkenalkan dua pas perjalanan bulanan baharu:

  • MyPutrajaya: Direka untuk kakitangan awam yang bekerja atau bermastautin di Putrajaya.
  • MyKLIA: Untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kedua-dua pas menawarkan perjalanan tanpa had dengan diskaun sehingga 90%.

Rebat RM50 untuk Penerbangan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Sektor penerbangan turut mendapat perhatian berikutan gangguan penerbangan yang teruk sejak awal tahun ini. Pada awal Mac lalu, 75% penerbangan harian ke Sabah dan Sarawak telah dibatalkan.

Kerajaan menganggarkan kerugian ekonomi boleh mencecah antara RM15 bilion hingga RM150 bilion untuk tahun ini sekiranya gangguan berterusan.

Susulan itu, dua langkah segera diumumkan:

  1. Tempoh pembayaran dilanjutkan: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan melanjutkan tempoh pembayaran caj kawal selia kepada 60 hari, berkuat kuasa 1 Mei.
  2. Rebat tambang RM50: Penumpang Malaysia yang terbang antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (Sabah, Sarawak dan WP Labuan) semasa musim Gawai dan Kaamatan layak mendapat rebat ini. Tiket perlu dibeli antara 15 Mei hingga 14 Jun, dan rebat ini dijangka memberi manfaat kepada 100,000 penumpang dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta.


Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments