RM26 Juta Diperuntukkan Untuk Menu Kasih Siswa Di Universiti Awam Dan Swasta

KONGSI

Kerajaan telah menaikkan peruntukan untuk program Menu Kasih Siswa daripada RM15 juta kepada RM26 juta. Tujuannya untuk memastikan agar lebih ramai penuntut universiti yang mendapat manfaatnya.

Program di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini direka khusus untuk memastikan pelajar, terutamanya dari keluarga berpendapatan rendah untuk tidak perlu lagi bergelut dengan kos makanan semasa belajar.

Program Menu Kasih Siswa Mesti Dimulakan Secepat Mungkin

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menegaskan bahawa universiti tidak perlu menunggu majlis pelancaran rasmi untuk memulakan program ini.

“Perkara ini adalah tentang membantu pelajar yang menghadapi kesulitan kewangan. Kita mesti bergerak pantas,” kata Zambry pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Turkiye Kali Kedua baru-baru ini.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau sendiri telah melawat institusi seperti UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) dan UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) bagi memastikan program ini berjalan.

IPT Swasta Turut Disasarkan

Program ini tidak terhad kepada universiti awam sahaja. KPT juga sedang mengembangkan inisiatif ini kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Universiti swasta diminta berbincang dengan ketua pengarah. Ia bagi memastikan harga makanan di kafeteria dan kantin kekal pada paras yang mampu untuk dibeli oleh para pelajar.

KPT turut mengadakan perbincangan dengan Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan yang merangkumi pemimpin pelajar dari universiti swasta dalam menentukan cara terbaik menyalurkan bantuan kepada pelajar yang memerlukan.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen