Xero Lite Kini di Malaysia, Bantu Peniaga Kecil Urus Kewangan Pada USD3.50 Sebulan

KONGSI

Lebih 60% perniagaan kecil di Malaysia masih bergantung pada resit kertas, rekod tangan, dan spreadsheet yang berselerak untuk menguruskan kewangan harian mereka. Susulan itu, Xero hadir untuk mengubah perkara itu.

Platform perniagaan kecil global ini baru melancarkan Xero Lite di Malaysia hari ini (20 Mei 2026) dengan menawarkan harga pada USD3.50 sebulan (kira-kira RM13.90). Ia direka khas untuk perniagaan mikro dan kecil yang baru mahu melangkah ke dunia digital.

Apa Itu Xero Lite?

Xero Lite bukanlah pakej lengkap dengan puluhan ciri yang tidak akan digunakan, tetapi ia lebih fokus kepada keperluan asas perniagaan kecil seperti invois, simpanan resit dan pemantauan rekod kewangan.

Ini apa yang ada dalam pelan Xero Lite:

  • Invois Profesional: Cipta dan hantar sebut harga serta sehingga lima invois sebulan terus dari telefon pintar atau komputer. Sesuai untuk menggantikan buku resit manual dan membantu perniagaan untuk kelihatan lebih profesional di mata pelanggan.
  • Ekstrak Data Dari Resit  Secara Automatik: Ambil gambar bil atau resit, dan Xero akan ekstrak maklumat secara automatik. Data akan disimpan dengan selamat dantiada lagi risiko jika resit hilang atau susah dicari semula.
  • Laporan Kewangan Secara Langsung: Pantau aliran tunai dan margin keuntungan pada bila-bila masa. Laporan kewangan dikemas kini secara langsung supaya anda tahu kedudukan sebenar perniagaan.
  • Penyediaan E-Invois: Xero Lite dibina dengan keperluan e-invois. Ia membantu perniagaan memenuhi keperluan masa depan dan mengelakkan sebarang denda yang tidak dijangka.
  • Akses ke Xero App Store: Sambung dengan aplikasi pihak ketiga untuk keperluan inventori, pembayaran dan lain-lain seiring perkembangan perniagaan anda.
  • Integrasi dengan Claude (Anthropic): Xero turut mengintegrasikan Claude terus ke dalam platform, membawa data dan alat kewangan Xero masuk ke dalam Claude.ai.

Berapa Harga Xero Lite ini?

Untuk makluman, pelan Xero Lite berharga USD3.50 sebulan ini adalah harga promosi di mana diskaun sebanyak 50% diberikan daripada harga asalnya. Tanpa diskaun, harganya adalah sekitar bawah RM30 sebulan di mana ia masih lagi berpatutan.

Syarat untuk mendapatkan promosi ini ialah:

  • Langganan baharu dan sedia ada Xero
  • Didaftarkan sebagai langganan Malaysia dan dibeli melalui Xero.
  • Pembelian mesti dibuat sebelum 31 Disember 2026
  • Diskaun akan dinikmati selama 36 bulan

Untuk terma dan syarat penuh serta jika anda ingin melanggan, layari laman web Xero.

60% Perniagaan Kecil Masih Guna Alat Asas

Kajian SME Corp. Malaysia (MSME Insights 2024/25) mendapati lebih 60% perniagaan kecil masih di peringkat awal penerimaan digital dan hanya menggunakan alat asas.

Pengarah Urusan APAC Xero, Koren Wines berkata, ramai pemilik perniagaan di Malaysia terpaksa menggalas pelbagai peranan pada satu masa dengan waktu kerja yang panjang.

“Walaupun aspirasi mereka tidak pernah pudar, namun akses kepada alat yang mudah dan berkos rendah masih boleh menjadi penghalang. Xero Lite ialah langkah pertama yang mudah bagi mereka yang baru mula menggunakan alat digital.”

Bagi perniagaan yang semakin berkembang dan memerlukan ciri lebih lengkap seperti suapan bank (bank feeds) automatik, Xero turut menawarkan naik taraf ke pelan Xero Starter.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments