alrajhi bank Malaysia Lancar Kad Kredit Visa Pertama

KONGSI

alrajhi bank Malaysia melancarkan kad kredit Visa pertamanya, iaitu Kad Kredit-i Visa Platinum dan Kad Kredit-i Visa Signature, menandakan penyertaan bank berkenaan dalam pasaran kad kredit sambil menyambut ulang tahun ke-20 operasinya di Malaysia. Kedua-dua kad distruktur di bawah konsep Tawarruq, iaitu struktur kontrak patuh Syariah.

Visa Platinum Untuk Perbelanjaan Harian

Dengan Kad Kredit-i Visa Platinum, anda boleh dapat pulangan tunai 5% untuk kategori harian: makan di luar, barangan runcit, transaksi dalam talian dan bayaran utiliti, dengan had RM30 sebulan. Perbelanjaan runcit lain yang layak pula dapat pulangan tunai 0.2% tanpa had.

Kad ini juga disertakan dengan pengecualian fi tahunan seumur hidup untuk pemegang kad utama dan tambahan.

Visa Signature Untuk Ganjaran Perjalanan Dan Gaya Hidup

Jika perbelanjaan anda lebih tertumpu pada perjalanan dan pembelian luar negara, Kad Kredit-i Visa Signature menawarkan pulangan tunai 10% untuk perbelanjaan di luar negara, dengan had RM80 sebulan, serta pulangan tunai 0.6% tanpa had untuk perbelanjaan tempatan lain yang layak.

Anda juga boleh mendapat akses percuma ke ruang istirahat lapangan terbang Priority Pass di seluruh dunia serta khidmat Visa Concierge 24/7. Fi tahunan dikecualikan pada tahun pertama, dan anda boleh terus mendapatkan pengecualian dengan melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi runcit dalam sebulan selama 12 bulan berturut-turut.

Pelanggan Baharu Boleh Dapat Pulangan Tunai Sehingga RM150

Sempena pelancaran kad kredit terbaharu ini, alrajhi bank Malaysia menawarkan kempen pulangan tunai untuk tempoh terhad bagi pelanggan kad kredit baharu.

Bagi mereka yang memenuhi syarat perbelanjaan dan syarat lain dalam kempen tersebut, anda berpeluang untuk menerima pulangan tunai RM100 dengan Kad Kredit-i Visa Platinum atau RM150 dengan Kad Kredit-i Visa Signature, sebagai tambahan kepada ganjaran pulangan tunai biasa kad tersebut.

Apa Yang Anda Perlukan Untuk Memohon

Kad-kad ini terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 21 hingga 65 tahun, dengan pendapatan tahunan minimum RM24,000 untuk Kad Kredit-i Visa Platinum dan RM60,000 untuk Kad Kredit-i Visa Signature.

Jika anda pekerja bergaji bulanan, anda perlukan salinan MyKad (bahagian hadapan dan belakang) serta penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menunjukkan sumbangan 12 bulan terkini. Kalau anda bekerja sendiri, anda perlukan salinan MyKad (bahagian hadapan dan belakang), penyata bank syarikat enam bulan, dokumen pendaftaran perniagaan, serta penyata cukai pendapatan peribadi atau perniagaan bagi tempoh dua tahun.

Permohonan, borang dan arahan penyerahan boleh didapati di www.alrajhibank.com.my. Kedua-dua kad juga boleh diuruskan melalui aplikasi MY alrajhi di App Store untuk pengguna iOS dan Google Play bagi Android.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen