Kad Debit CIMB Tak Boleh Digunakan Pada 3 Tarikh Tertentu Bulan September Ini

KONGSI

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad akan menghentikan sementara transaksi pembelian menggunakan Kad Debit CIMB pada tiga tarikh berbeza dalam bulan September 2026. Untuk pemegang Kad Debit CIMB, anda tidak akan dapat membuat pembayaran sama ada di kedai atau secara dalam talian sepanjang waktu tersebut.

CIMB mengesahkan jadual ini menerusi notis rasmi bertarikh 9 September 2026 [PDF] kepada semua pemegang Kad Debit CIMB.

Tarikh Dan Masa Penyelenggaraan

TarikhHariMasa
19 September 2026Sabtu12:00 pagi – 6:00 pagi
22 September 2026Selasa12:00 pagi – 7:30 pagi
23 September 2026Rabu12:00 pagi – 5:00 pagi

Tempoh paling panjang jatuh pada 22 September, iaitu 7 jam 30 minit bermula tengah malam.

Transaksi Pembelian Yang Terjejas 

Anda tidak boleh buat transaksi menerusi MyDebit, Visa, atau Mastercard sepanjang waktu ini. Bagaimanapun, CIMB tidak menyatakan sama ada pengeluaran tunai di mesin ATM atau pemindahan wang akan turut terjejas.

Cara Elak Transaksi Gagal Sepanjang Waktu Ini

Kalau anda biasa berbelanja lewat malam atau awal pagi, pastikan anda ada e-dompet atau kad kredit sekiranya Kad Debit CIMB tidak boleh digunakan pada tarikh yang dinyatakan di atas. Semak juga jadual bayaran automatik atau langganan bulanan anda, dan buat pembayaran awal jika ada yang jatuh pada waktu penyelenggaraan ini.

Untuk pengesahan terkini atau sebarang perubahan jadual, semak laman web rasmi CIMB.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki kad kredit CIMB, anda boleh bandingkan pilihan kad kredit CIMB di RinggitPlus dan mohon terus menerusi platform kami. 

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini. 

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen