Pemegang kad kredit Bank Simpanan Nasional (BSN) boleh menikmati penjimatan sehingga RM20 untuk membeli-belah di Shopee pada bulan ini. BSN menawarkan tiga baucar berasingan sepanjang kempen Shopee 8.8 dengan syarat perbelanjaan minimum yang berbeza bagi setiap satu.
Diskaun Dan Perbelanjaan Minimum Setiap Baucar
| Baucar | Diskaun | Perbelanjaan Minimum |
| Baucar 1 (Collectable) | Potongan RM20 | RM150 |
| Baucar 2 (PCP Voucher – Stackable) | Potongan RM5 | RM280 |
| Baucar 3 (Collectable) | Potongan RM15 | RM150 |
Anda boleh tebus Baucar 1 dan Baucar 2 dari 1 hingga 10 Ogos 2026. Baucar 3 pula bermula 11 Ogos sehingga 31 Ogos 2026. Semua baucar ini terhad kepada 100 penebusan pertama sahaja.
Menurut terma dan syarat BSN [PDF], Voucher 1 dan Voucher 3 dilabel sebagai collectable. Voucher 2 pula berlabel stackable.
Syarat Pembayaran Dan Cara Guna Baucar
Baucar terpakai secara automatik di halaman pembayaran, selepas anda pilih kaedah bayaran yang berkaitan.
Pembayaran mestilah menggunakan Kad Kredit atau Kad Kredit-i BSN, tidak kira sama ada anda pengguna lama atau baharu aplikasi Shopee. Pembelian anda juga perlu dibuat melalui aplikasi mudah alih Shopee dan hanya untuk produk terpilih sahaja.
Perbelanjaan minimum dikira daripada jumlah bersih pembelian anda dalam satu transaksi, tidak termasuk kos penghantaran atau kurier. Anda cuma layak sekali sahaja untuk keseluruhan promosi ini, walaupun anda ada beberapa akaun Shopee.
Baucar ini juga tidak boleh ditukar menjadi tunai atau dipindah milik serta tidak boleh dikembalikan.
Elak Produk Yang Tidak Layak
Bukan semua barang di Shopee layak untuk diskaun ini. Antara kategori yang dikecualikan ialah Makanan dan Formula Bayi, Lampin dan Tandas Bayi (Potty), Tiket dan Baucar, Tambah Nilai Telefon Bimbit dan Kad Sim, Tambah Nilai, S-Mart Milo, produk kedai One or Not by Shopee, produk kedai MMA Foundation, produk kedai shopeegivesback, serta Kad Petrol PETRONAS dan Setel, Kad Hadiah dan E-Baucar.
Anda juga tidak boleh gabungkan baucar promosi ini dengan promosi lain, kecuali baucar daripada penjual (Seller’s Voucher), jika ada.
Shopee dan BSN Boleh Batalkan Transaksi Mencurigakan
Shopee dan BSN berhak membatalkan sebarang pesanan atau transaksi yang mencurigakan pada bila-bila masa tanpa notis awal. Ini termasuk penyalahgunaan baucar, seperti penggunaan banyak akaun atau transaksi berulang oleh pengguna yang sama mahupun secara berkumpulan, menjual semula baucar, atau menggunakan baucar bagi membeli barang untuk dijual semula.
BSN juga menyatakan bahawa pihak bank tidak bertanggungjawab ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam promosi ini. Sebarang isu berkaitan produk perlu anda rujuk terus kepada peniaga berkaitan di Shopee.
Anda boleh hubungi Perkhidmatan Pelanggan Shopee di talian +603 2777 9222 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Belum ada kad kredit BSN? Anda boleh bandingkan dan mohon kad kredit BSN di RinggitPlus.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
