WhatsApp kini mempunyai aplikasi natif (native app) sendiri untuk Apple CarPlay. Ia sudah tersedia untuk semua pengguna melalui kemaskini terbaru iOS versi 26.13.74 di App Store. Sebelum ini, pengguna hanya boleh mencuba ciri ini melalui ujian beta.
Senang sahaja. Hanya sambungkan iPhone ke kereta, aplikasi WhatsApp terus muncul pada skrin CarPlay. Tidak perlu tetapan tambahan.
Tak Perlu Lagi Bergantung Pada Siri
Sebelum ini, pengguna WhatsApp pada CarPlay tiada pilihan lain selain melakukannya menerusi Siri. Dengan aplikasi ini, WhatsApp kini hadir dengan interface tersendiri yang direka khusus untuk kegunaan di dalam kereta.
Difahamkan, mesej dan panggilan masih dilindungi oleh end-to-end encryption. Ini bermakna privasi pengguna masih terjaga walaupun diakses melalui sistem infotainmen kereta.

Tiga Tab Penting Untuk Pengguna
Aplikasi ini disusun dalam tiga tab mudah:
1. Senarai mesej (chat list): Papar perbualan terkini lengkap dengan nama kenalan dan masa. Pengguna tidak boleh buka perbualan penuh, ia sengaja dibuat begitu supaya pemandu tidak terganggu.
2. Sejarah panggilan (call history): Lihat panggilan masuk, keluar, dan tidak terjawab. Nak telefon balik? Klik pada bahagian nama dan terus buat panggilan.
3. Kenalan Kegemaran (favourite contact): Senarai kenalan yang sering dihubungi akan diambil terus dari iPhone. Lebih cepat nak hubungi orang penting tanpa perlu mencari-cari.

Lebih Selamat dan Lebih Teratur
Walaupun interface lebih lengkap berbanding sebelum ini, aplikasi ini tetap mengutamakan keselamatan pemandu. Mesej masih ditaip melalui suara dan tiada papan kekunci. Mesej perbualan penuh juga tidak dapat dibuka.
Berbanding zaman penggunaan Siri dahulu, penambahan chat preview, log panggilan, dan ikon kenalan menjadikan pengalaman lebih tersusun dan boleh dilihat dengan sekilas pandang.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
