Kad Kredit Terbaik di Malaysia
Bandingkan kad kredit terbaik di Malaysia dengan ganjaran, pulangan tunai dan faedah eksklusif. Mohon melalui RinggitPlus sekarang!
- Sehingga 8% pulangan tunai!
Kad Kredit HSBC Live+
Pendapatan Min.RM 5,000Yuran Tahunanpercuma *Kadar Faedah15% p.a.Nikmati pulangan tunai sehingga 8%, ganjaran gaya hidup dengan program HSBC Smart Privileges serta kadar faedah rendah 0% dengan Pelan Ansuran Kad HSBC.
- Manfaat perjalanan
Kad Kredit Standard Chartered Journey
Pendapatan Min.RM 8,000Yuran Tahunanpercuma *Kadar Faedah15% p.a.Nikmati keistimewaan perjalanan yang eksklusif, akses tanpa had ke Plaza Premium Lounge dan pulangan tunai untuk pengangkutan ke lapangan terbang
- Pulangan tunai 0.2% tanpa had
UOB ONE Card
Pendapatan Min.RM 3,000Yuran Tahunanpercuma *Kadar Faedah15% p.a.Nikmati penjimatan berganda dengan UOB ONE Card yang memberikan pulangan tunai sehingga 10% untuk petrol, makan, pasaraya terpilih dan perbelanjaan Grab.
- Pulangan tunai bulanan
Kad Kredit RHB Cash Back Visa
Pendapatan Min.RM 2,000Yuran Tahunanpercuma *Kadar Faedah15% p.a.Dapatkan pulangan tunai 5% hingga 10% untuk kategori terpilih dan nikmati pelan faedah 0% dengan RHB Smart Instalment.
- Lindungi identiti
Kad Kredit Alliance Bank Visa Virtual
Pendapatan Min.RM 2,000Yuran TahunanpercumaKadar Faedah15% p.a.Nikmati 8X Timeless Bonus Point bagi pembelian atas talian, wang pendahuluan dengan Alliance Bank Fast Cash dan perlindungan identiti - Nombor Kad Dinamik.
- Mata ganjaran & pulangan tunai
AEON BiG Visa Gold
Pendapatan Min.RM 3,000Yuran Tahunanpercuma *Kadar Faedah15% p.a.Nikmati pulangan tunai sehingga 5% setiap bulan, mata ganjaran AEON/AEON Points sehingga 4x, dan 3x pas masuk percuma ke Plaza Premium Lounge di Malaysia.
- 0% Pelan Flexipay!
Kad Kredit-i Public Islamic Bank Visa Platinum
Pendapatan Min.RM 3,333Yuran Tahunanpercuma *Kadar Pendapatan15% p.a.Nikmati 2% pulangan tunai bagi transaksi luar negara dan dalam talian serta pengecualian yuran tahunan.
- Percuma untuk tahun pertama
Kad Kredit HSBC Visa Signature
Pendapatan Min.RM 6,000Yuran Tahunanpercuma *Kadar Faedah15% p.a.Kumpul 8X mata ganjaran bagi perbelanjaan terpilih, ganjaran gaya hidup dengan HSBC Smart Privileges dan kadar faedah 0% dengan Pelan Ansuran Kad HSBC.
- Pulangan tunai sehingga 5%
Alliance Bank Visa Signature
Pendapatan Min.RM 4,000Yuran Tahunanpercuma *Kadar Faedah15% p.a.Pulangan tunai sehingga 5% bagi perbelanjaan harian, pendahuluan tunai dengan Alliance Bank Fast Cash dan 2X penghantaran percuma ke lapangan terbang.
- Pulangan tunai & akses lounge
AEON Platinum MasterCard
Pendapatan Min.RM 5,000Yuran Tahunanpercuma *Kadar Faedah15% p.a.Pulangan tunai sehingga 10% bagi perbelanjaan tertentu, mata ganjaran AEON sehingga 6X, 6X akses percuma ke Plaza Premium Lounge serta insurans perjalanan.
Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!
Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas


Kad Tanpa Yuran Tahunan
Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Kredit Terbaik di Malaysia 2025
Memilih kad kredit terbaik dan sesuai bukanlah suatu proses yang mudah. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai pilihan kad kredit ditawarkan seperti kad kredit pulangan tunai (cashback), perjalanan atau tanpa yuran tahunan. Kad kredit bukan sahaja boleh meningkatkan gaya hidup, tetapi turut menawarkan banyak kelebihan jika digunakan secara bertanggungjawab.
Walaupun anda mungkin sudah ada pilihan tersendiri, tidak salah untuk meneroka pilihan lain bagi membolehkan anda mendapatkan kad kredit yang paling sesuai mengikut keperluan anda.
Untuk membantu anda membuat pilihan, kami menyenaraikan enam kad kredit terbaik yang boleh anda pertimbangkan.

Kad Kredit Standard Chartered Simply Cash

Kad Kredit Alliance Bank Visa Virtual

Kad Kredit RHB Shell Visa

UOB ONE Card

AEON BiG Visa Gold
Apa Itu Kad Kredit?
Kad kredit ialah alat pembayaran yang memudahkan anda untuk membeli apa-apa barangan atau perkhidmatan tanpa memerlukan wang tunai. Dengan kad kredit, bank akan mendahulukan pembayaran dan anda perlu membayar semula jumlah yang digunakan dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan.
Kad kredit bukan sahaja memudahkan transaksi tetapi anda juga boleh menikmati pelbagai kelebihan lain seperti mata ganjaran, diskaun, promosi dan kelebihan-kelebihan lain. Kad kredit biasanya ditawarkan untuk pelbagai peringkat pendapatan – bermula dari tahap asas seperti Gold, ke tahap pertengahan seperti Platinum sehingga tahap eksklusif seperti Infinite, Premier dan Signature.
Dengan pelbagai pilihan yang tersedia ini, anda boleh memilih kad yang paling sesuai dengan gaya hidup anda.
Bolehkah Anda Memohon Kad Kredit dengan RinggitPlus?
Sudah tentu! RinggitPlus menawarkan proses permohonan kad kredit dengan pantas dan mudah. Ia hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit dan semua proses ini boleh dilakukan dari rumah anda.
Kami juga akan membantu menyemak kelayakan anda supaya anda tidak perlu risau permohonan kad kredit anda ditolak.

Mula permohonan anda dengan menyemak senarai lengkap kad kredit di RinggitPlus

Menyemak terlebih dahulu sama ada layak atau tidak untuk memohon kad kredit

Jawab beberapa soalan di chatbot WhatsApp kami untuk mohon kad kredit yang dipilih – tersedia 24/7
Bagaimana Kad Kredit Berfungsi?
Kad kredit berfungsi sama seperti pinjaman peribadi – anda perlu bayar semula kepada pihak bank yang memberi pinjaman tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan. Bagi membantu anda memahami kad kredit dengan lebih baik, berikut perkara-perkara penting yang perlu anda tahu:
• Menggunakan kad sekurang-kurangnya 12 kali setahun.
• Membelanjakan jumlah minimum setiap tahun.
• 15% setahun – Bayaran tepat waktu selama 12 bulan berturut-turut.
• 17% setahun – Bayaran tepat waktu sekurang-kurangnya 10 bulan atau lebih dalam setahun.
• 18% setahun – Bayaran kurang daripada 10 bulan dalam setahun.
Pembayaran bil kad kredit sepenuhnya dan tepat waktu akan menghapuskan caj faedah.
• Pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000: Had kredit biasanya dua kali ganda gaji anda.
• Pendapatan bulanan lebih daripada RM3,000: Tiada had standard; setiap bank mungkin menetapkan had yang berbeza.
Apabila anda menggunakan kemudahan pendahuluan tunai, anda tertakluk pada:
• Yuran pengeluaran tunai.
• Kadar faedah 18% setahun – dikira setiap hari sehingga amaun dilunaskan sepenuhnya.
Promosi & Diskaun Kad Kredit Terkini di Malaysia
Kad kredit menawarkan ganjaran seperti pulangan tunai dan mata ganjaran serta tawaran dan diskaun eksklusif daripada peniaga di seluruh Malaysia. Semak promosi terkini di bawah untuk memaksimumkan penjimatan anda.
[Dikemas kini setiap minggu: Terakhir dikemas kini pada 25 Februari 2025]
CIMB
Azuma Japanese Restaurant
Diskaun RM10 daripada jumlah bil (Perbelanjaan minimum RM120)
Tarikh tamat: 31 Dis 2025
Public Bank
99 Seafood Restaurant
Diskaun RM22 (Untuk setiap RM100 yang dibelanjakan)
Tarikh tamat: 31 Mei 2025
UOB
Grandmama's
Pencuci mulut ABC atau Cendol percuma (Perbelanjaan minimum RM100)
Tarikh tamat: 31 Mei 2025
Alliance Bank
Cake Rush
Diskaun 10% untuk semua pesanan (Tiada perbelanjaan minimum)
Kod promosi: CRALLIANCE10
Tarikh tamat: 30 Apr 2025
HSBC
Trapo
Diskaun 12% untuk item harga normal
Kod promosi: TPXHSBC
Tarikh tamat: 30 Sep 2025
Public Bank
52 Pilates
Diskaun 10% untuk mana-mana pakej kumpulan
Kod promosi: PB10
Tarikh tamat: 15 Nov 2025
Affin Bank
Eastin Hotel Kuala Lumpur
Diskaun 15% dari Harga Tersedia Terbaik
Kod promosi: VISAEHKL
*Sah untuk semua kad kredit AFFIN Visa
*Tempahan diperlukan
Tarikh tamat: 30 Jun 2025
AmBank
Agoda
Diskaun 10% untuk tempahan hotel domestik
Diskaun 8% untuk tempahan hotel antarabangsa
*Sah untuk kad kredit AmBank Visa
*Sah untuk hotel dengan tag "Promo Eligible"
*Tertakluk terma dan syarat lain yang mungkin terpakai
Tempoh tempahan: sehingga 31 Dis 2025
Tempoh penginapan: sehingga 31 Mac 2026
Tarikh tamat: 31 Dis 2025
CIMB
Opero Hotel Southkey
Diskaun 10% dari Harga Tersedia Terbaik
Kod promosi: OPEROCIMB10
Tempoh tempahan dan penginapan: sehingga 31 Dis 2025
Tarikh tamat: 31 Dis 2025
Hong Leong Bank
Agoda
Diskaun 8% untuk tempahan hotel di seluruh dunia melalui agoda.com/Visamy
Tempoh penginapan: Sah sehingga 31 Mac 2026
Tarikh tamat: 31 Dis 2025
Soalan-soalan Lazim Berkaitan Kad Kredit di Malaysia
Berikut soalan-soalan lazim berkaitan kad kredit bagi membantu anda memahami kad kredit dengan lebih baik.
Kad kredit biasanya dikategorikan mengikut keperluan dan tabiat perbelanjaan yang berbeza seperti:
• Kad Pulangan Tunai: Dapatkan sebahagian perbelanjaan anda kembali.
• Kad Ganjaran: Kumpul mata untuk ditebus bagi produk atau perkhidmatan.
• Mata Penerbangan (air miles): Kumpul poin untuk ditebus melalui program penerbangan kerap.
Kad kredit anda mungkin menawarkan satu atau gabungan ciri-ciri di atas bergantung pada tabiat perbelanjaan dan tawaran bank.
Meskipun begitu, syarat kelayakan mungkin berbeza bergantung pada pihak bank. Contohnya, kad kredit Gold dari Bank A mungkin ditawarkan kepada individu bergaji RM3,000/bulan. Sementara Bank B mungkin menawarkan kad kredit tersebut kepada individu berpendapatan RM2,000/bulan.
Bagi individu dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, BNM menetapkan yang anda boleh miliki dua kad kredit dari bank yang berbeza dengan had kredit ditetapkan pada dua kali ganda gaji bulanan.
Jika pendapatan anda melebihi RM3,000/bulan, anda boleh memohon beberapa kad kredit dari bank yang berbeza, asalkan anda memenuhi syarat yang ditetapkan dan mempunyai rekod kredit yang baik.
Central Credit Reference Information System atau CCRIS menyimpan sejarah kredit anda. Pihak bank biasanya akan menggunakan maklumat ini untuk menilai risiko kredit anda.
Pembayaran lewat boleh menurunkan skor kredit anda sekali gus menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman pada masa depan.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan laporan kredit anda melalui agensi seperti Experian atau melawat kiosk CCRIS di mana-mana cawangan AKPK.
Kad Kredit Mana Yang Patut Anda Dapatkan?
Pemilihan kad kredit bergantung pada keperluan dan pilihan anda. Di RinggitPlus, kami menawarkan pelbagai kategori kad kredit untuk memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia.
Tip: Jika anda tidak pasti kad kredit mana yang sesuai untuk anda, kami di RinggitPlus menawarkan perkhidmatan cadangan kad kredit percuma bagi membantu anda membuat pilihan berdasarkan keperluan dan pendapatan anda.
Kad Kredit dengan Tawaran Pendaftaran
Mohon kad kredit baharu di RinggitPlus dan nikmati hadiah pendaftaran menarik setiap minggu.
Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan
Pilihan terbaik untuk pemula yang ingin membina skor kredit tanpa bayaran yuran tambahan.
Kad Kredit Pulangan Tunai
Terima pulangan tunai apabila anda berbelanja untuk barangan runcit, makan, petrol dan banyak lagi.
Kad Kredit dengan Mata Ganjaran
Kumpul dan tebus poin kesetiaan untuk dapatkan hadiah, baucar, mata penerbangan dan lain-lain.
Dengar Apa Kata Pengguna Kami
Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak