Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Kad Kredit Terbaik di Malaysia

Memilih kad kredit bukanlah mudah. Maka kami paparkan yang terbaik untuk anda.

Papar Semua Kad Kredit
  • Kad Kredit RHB Shell Visa
    Pulangan tunai 12% untuk petrol

    Kad Kredit RHB Shell Visa

    Pendapatan Min.
    RM 2,000
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Faedah
    15% p.a.
  • UOB ONE Card
    Pulangan tunai 0.2% tanpa had

    UOB ONE Card

    Pendapatan Min.
    RM 3,000
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Faedah
    15% p.a.
  • Kad Kredit RHB Cash Back Visa
    Pulangan tunai bulanan

    Kad Kredit RHB Cash Back Visa

    Pendapatan Min.
    RM 2,000
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Faedah
    15% p.a.
  • Alliance Bank Visa Platinum
    Sehingga 5X mata ganjaran

    Alliance Bank Visa Platinum

    Pendapatan Min.
    RM 2,000
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Faedah
    15% p.a.
  • Maybank 2 Gold Cards
    5% pulangan tunai hujung minggu!

    Maybank 2 Gold Cards

    Pendapatan Min.
    RM 2,500
    Yuran Tahunan
    percuma
    Kadar Faedah
    15% p.a.
  • Kad Kredit Alliance Bank Visa Virtual
    Lindungi identiti dengan Nombor Kad Dinamik

    Kad Kredit Alliance Bank Visa Virtual

    Pendapatan Min.
    RM 2,000
    Yuran Tahunan
    percuma
    Kadar Faedah
    15% p.a.
  • Kad Kredit HSBC Visa Signature
    Percuma untuk tahun pertama

    Kad Kredit HSBC Visa Signature

    Pendapatan Min.
    RM 8,500
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Faedah
    15% p.a.
  • AmBank Cash Rebate Visa Platinum
    Sehingga 10% pulangan tunai untuk dikumpul!

    AmBank Cash Rebate Visa Platinum

    Pendapatan Min.
    RM 2,000
    Yuran Tahunan
    percuma
    Kadar Faedah
    15% p.a.
  • UOB Simple Card
    Tiada caj pembayaran lewat

    UOB Simple Card

    Pendapatan Min.
    RM 2,000
    Yuran Tahunan
    percuma
    Kadar Faedah
    15% p.a.
  • Alliance Bank Visa Signature
    Pulangan tunai sehingga 5%

    Alliance Bank Visa Signature

    Pendapatan Min.
    RM 4,000
    Yuran Tahunan
    percuma *
    Kadar Faedah
    15% p.a.
Paparan 1 hingga 10 daripada 184 hasil carian

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!

Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Kredit dengan Kami

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas

Kad Islamik

Kad Islamik

Teroka kad kredit patuh Syariah yang mengamalkan pembiayaan beretika.

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Kad Tanpa Yuran Tahunan

Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Mampu Milik

Kad Mampu Milik

Dapatkan kad kredit dengan syarat permohonan mudah.

Kad Kredit Terbaik di Malaysia 2026

Memilih kad kredit terbaik yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya dengan pelbagai pilihan kad kredit di pasaran. Daripada kad kredit pulangan tunai, kad perjalanan, hinggalah kad tanpa yuran tahunan, setiap satu hadir dengan kelebihan tersendiri. Jika digunakan secara berdisiplin, kad kredit bukan sahaja memudahkan urusan kewangan harian, malah boleh membantu meningkatkan gaya hidup anda.

Walaupun anda mungkin sudah mempunyai pilihan kad kredit kegemaran, meneroka alternatif lain tetap penting. Ini kerana setiap kad menawarkan struktur ganjaran, faedah, dan syarat yang berbeza, bergantung pada corak perbelanjaan dan keutamaan kewangan anda.

Bagi memudahkan perbandingan, kami telah menyenaraikan enam kad kredit terbaik di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan untuk tahun 2026, merangkumi pelbagai keperluan dan tahap pendapatan.

Apa Itu Kad Kredit?

Kad kredit membolehkan anda membuat pembelian tanpa perlu mengeluarkan wang tunai atau menggunakan baki simpanan serta-merta. Bank akan mendahulukan bayaran bagi pihak anda, dan anda hanya perlu membayar semula jumlah tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, biasanya sekitar 20 hari. Jika bayaran dibuat sepenuhnya dalam tempoh ini, anda boleh mengelakkan caj faedah.

Setiap pemegang kad kredit boleh memilih kad yang paling sesuai dengan gaya perbelanjaan dan keperluan kewangan masing-masing. Ada kad yang menawarkan rebat tunai untuk perbelanjaan harian, ada yang memberi mata ganjaran untuk penebusan hadiah atau perjalanan, dan terdapat juga kad kredit Islam bagi mereka yang mencari produk kewangan patuh Syariah. Setiap jenis kad direka untuk membantu anda berbelanja dengan lebih teratur dan terkawal.

Di Malaysia, kad kredit biasanya dikelaskan mengikut peringkat pendapatan. Ia bermula dengan kad tahap asas seperti Gold untuk mereka yang berpendapatan sekitar RM24,000 hingga RM36,000 setahun, diikuti kad tahap pertengahan seperti Platinum bagi pendapatan RM36,000 hingga RM100,000 setahun. Bagi golongan berpendapatan lebih tinggi, terdapat kad eksklusif seperti Signature, Premier, dan Infinite yang menawarkan had kredit serta keistimewaan yang lebih menyeluruh.

Bolehkah Saya Memohon Kad Kredit dengan RinggitPlus?

Sudah tentu, anda boleh memohon kad kredit secara online dengan RinggitPlus. Kami menawarkan proses permohonan kad kredit untuk bank RHB, UOB, Alliance Bank, HSBC dan banyak lagi dengan pantas dan mudah. Ia hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit dan semua proses ini boleh dilakukan dari rumah.

Kami juga akan membantu menyemak kelayakan anda supaya anda tidak perlu risau permohonan kad kredit anda ditolak.

Bandingkan Kad Kredit Terbaik Untuk Anda
kad kredit

Mula permohonan anda dengan menyemak senarai lengkap kad kredit di RinggitPlus

Semak Kelayakan
semak kelayakan

Menyemak terlebih dahulu sama ada layak atau tidak untuk memohon kad kredit

Sembang dengan kami di WhatsApp
sembang

Jawab beberapa soalan di chatbot WhatsApp kami untuk mohon kad kredit yang dipilih – tersedia 24/7

Bagaimana Kad Kredit Berfungsi?

Kad kredit berfungsi sama seperti pinjaman peribadi, anda hanya perlu bayar semula kepada pihak bank yang memberi pinjaman tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan. Bagi membantu anda memahami kad kredit dengan lebih baik, berikut perkara-perkara penting yang perlu anda tahu:

Sesetengah bank menetapkan yuran tahunan kad kredit yang perlu dibayar setiap tahun. Meskipun begitu, ada juga bank yang tidak mengenakan yuran tahunan. Banyak bank yang menawarkan pengecualian yuran tahunan jika anda memenuhi syarat tertentu, seperti:
• Menggunakan kad sekurang-kurangnya 12 kali setahun.
• Membelanjakan jumlah minimum setiap tahun.
Anda mesti tertanya-tanya apa itu faedah kad kredit? Faedah dikenakan ke atas baki tertunggak jika anda tidak menjelaskannya dalam tempoh bebas faedah selama 20 hari biasanya antara 15% hingga 18% setahun. Kadar faedah kad kredit di Malaysia dibahagikan mengikut tabiat pembayaran anda:
• 15% setahun – Bayaran tepat waktu selama 12 bulan berturut-turut.
• 17% setahun – Bayaran tepat waktu sekurang-kurangnya 10 bulan atau lebih dalam setahun.
• 18% setahun – Bayaran kurang daripada 10 bulan dalam setahun.

Pembayaran bil kad kredit sepenuhnya dan tepat waktu akan menghapuskan caj faedah.
Tiada faedah akan dikenakan ke atas pembelian anda. Ini tertakluk kepada bayaran yang dibuat dalam tempoh antara tarikh penyata kad kredit dikeluarkan hingga tarikh akhir pembayaran.
Jumlah maksimum yang boleh anda belanjakan biasanya bergantung pada pendapatan anda.

• Pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000: Had kredit biasanya dua kali ganda gaji anda.
• Pendapatan bulanan lebih daripada RM3,000: Tiada had standard; setiap bank mungkin menetapkan had yang berbeza.
Anda boleh mengeluarkan wang tunai menggunakan kad kredit anda melalui ATM sama seperti kad debit. Ia tidak sama seperti pinjaman ansuran kerana pembayaran pendahuluan tunai perlu diselesaikan sekali gus.

Apabila anda menggunakan kemudahan pendahuluan tunai, anda tertakluk pada:
• Yuran pengeluaran tunai.
• Kadar faedah 18% setahun – dikira setiap hari sehingga amaun dilunaskan sepenuhnya.
Dengan kad kredit, anda boleh menangguhkan bayaran pembelian dan melunaskannya pada tarikh kemudian. Jika baki penuh tidak dijelaskan, caj faedah akan dikenakan. Ciri ini memberi fleksibiliti kewangan untuk mengurus aliran tunai harian anda.
Anda boleh membuat bayaran sebahagian (biasanya 5% daripada baki keseluruhan kad kredit anda) untuk mengelakkan denda lewat bayar. Namun begitu, jika masih ada baki tertunggak selepas tarikh akhir pembayaran, faedah akan dikenakan ke atas jumlah tersebut mengikut kadar yang ditetapkan oleh bank. Caj ini akan terus dikenakan sehingga baki dilunaskan sepenuhnya.

Promosi & Diskaun Kad Kredit Terkini di Malaysia

Kad kredit menawarkan ganjaran seperti pulangan tunai dan mata ganjaran serta tawaran dan diskaun eksklusif daripada peniaga di seluruh Malaysia. Semak promosi terkini di bawah untuk memaksimumkan penjimatan anda.

[Dikemas kini setiap minggu: Terakhir dikemas kini pada 2 Januari 2026]

Soalan-soalan Lazim Berkaitan Kad Kredit di Malaysia

Berikut soalan-soalan lazim berkaitan kad kredit bagi membantu anda memahami kad kredit dengan lebih baik.

Di Malaysia, terdapat empat rangkaian kad utama dan terbesar – Visa, Mastercard, American Express dan UnionPay. Rangkaian ini bekerjasama dengan bank-bank tempatan untuk menawarkan kad kredit kepada pengguna.

Kad kredit biasanya dikategorikan mengikut keperluan dan tabiat perbelanjaan yang berbeza seperti:
• Kad Pulangan Tunai: Dapatkan sebahagian perbelanjaan anda kembali.
• Kad Ganjaran: Kumpul mata untuk ditebus bagi produk atau perkhidmatan.
• Mata Penerbangan (air miles): Kumpul poin untuk ditebus melalui program penerbangan kerap.

Kad kredit anda mungkin menawarkan satu atau gabungan ciri-ciri di atas bergantung pada tabiat perbelanjaan dan tawaran bank.
Syarat pendapatan minimum untuk pemohon kali pertama adalah RM24,000 setahun seperti yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Pihak bank biasanya memerlukan bukti pendapatan untuk menentukan kelayakan. Anda juga perlu menyediakan dokumen sokongan untuk menyokong permohonan anda seperti kad pengenalan dan surat pengesahan majikan.

Meskipun begitu, syarat kelayakan mungkin berbeza bergantung pada pihak bank. Contohnya, kad kredit Gold dari Bank A mungkin ditawarkan kepada individu bergaji RM3,000/bulan. Sementara Bank B mungkin menawarkan kad kredit tersebut kepada individu berpendapatan RM2,000/bulan.
Tiada had permohonan kad kredit ditetapkan. Anda boleh mohon seberapa banyak kad kredit yang diperlukan dari mana-mana bank. Meskipun begitu, permohonan kad kredit anda boleh ditolak atau diluluskan bergantung pada pendapatan dan sejarah kredit.

Bagi individu dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, BNM menetapkan yang anda boleh miliki dua kad kredit dari bank yang berbeza dengan had kredit ditetapkan pada dua kali ganda gaji bulanan.

Jika pendapatan anda melebihi RM3,000/bulan, anda boleh memohon beberapa kad kredit dari bank yang berbeza, asalkan anda memenuhi syarat yang ditetapkan dan mempunyai rekod kredit yang baik.
Jika anda terlepas tarikh pembayaran, caj kewangan antara 15% hingga 18% setahun akan dikenakan ke atas baki tertunggak. Caj ini akan dikompaun setiap hari sehingga anda menyelesaikan jumlah yang tertunggak.
Ya, pembayaran lewat akan memberi kesan negatif kepada laporan CCRIS anda.

Central Credit Reference Information System atau CCRIS menyimpan sejarah kredit anda. Pihak bank biasanya akan menggunakan maklumat ini untuk menilai risiko kredit anda.

Pembayaran lewat boleh menurunkan skor kredit anda sekali gus menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman pada masa depan.
Untuk semak laporan CCRIS, anda boleh lakukannya secara dalam talian melalui portal eCCRIS. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu jika anda ingin mengaksesnya buat kali pertama.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan laporan kredit anda melalui agensi seperti Experian atau melawat kiosk CCRIS di mana-mana cawangan AKPK.

Kad Kredit Mana Yang Patut Anda Dapatkan?

Pemilihan kad kredit bergantung pada keperluan dan pilihan anda. Di RinggitPlus, kami menawarkan pelbagai kategori kad kredit untuk memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia.

Tip: Jika anda tidak pasti kad kredit mana yang sesuai untuk anda, kami di RinggitPlus menawarkan perkhidmatan cadangan kad kredit percuma bagi membantu anda membuat pilihan berdasarkan keperluan dan pendapatan anda.

Kad Kredit dengan Tawaran Pendaftaran

Mohon kad kredit baharu di RinggitPlus dan nikmati hadiah pendaftaran menarik setiap minggu.

Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan

Pilihan terbaik untuk pemula yang ingin membina skor kredit tanpa bayaran yuran tambahan.

Kad Kredit Pulangan Tunai

Terima pulangan atau rebat tunai apabila anda berbelanja untuk barangan runcit, makan, petrol dan banyak lagi.

Kad Kredit dengan Mata Ganjaran

Kumpul dan tebus mata kesetiaan untuk dapatkan hadiah, baucar, mata penerbangan dan lain-lain.

Kad Kredit Petrol

Mata ganjaran atau rebat tunai untuk petrol serta diskaun istimewa perbelanjaan berkaitan kereta.

Kad Kredit Pelancongan

Mata ganjaran, pulangan tunai, insurans pelancongan percuma dan banyak lagi apabila anda melancong.

Dengar Apa Kata Pengguna Kami

Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak