Kad Pulangan Tunai
Dapatkan pulangan tunai menarik dengan setiap pembelian bagi memaksimumkan penjimatan anda.
Promosi Minggu ini
Pulangan tunai untuk perbelanjaan harian!Kad Kredit RHB Cash Back MasterCard
Kad Kredit RHB Cash Back MasterCard
- Pendapatan Min.
- RM 2,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Dapatkan pulangan tunai untuk perbelanjaan harian sehingga 10% dan nikmati pelan faedah 0% dengan RHB Smart Instalment.

Mata ganjaran & pulangan tunaiAEON BiG Visa Gold
AEON BiG Visa Gold
- Pendapatan Min.
- RM 3,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati pulangan tunai sehingga 5% setiap bulan, mata ganjaran AEON/AEON Points sehingga 4x, dan 3x pas masuk percuma ke Plaza Premium Lounge di Malaysia.

0% Pelan Flexipay!Kad Kredit-i Public Islamic Bank Visa Platinum
Kad Kredit-i Public Islamic Bank Visa Platinum
- Pendapatan Min.
- RM 3,333
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Pendapatan
- 15% p.a.
Nikmati 2% pulangan tunai bagi transaksi luar negara dan dalam talian serta pengecualian yuran tahunan.

Pulangan tunai & akses loungeKad Kredit AEON Member Plus (AMP) Mastercard Platinum
Kad Kredit AEON Member Plus (AMP) Mastercard Platinum
- Pendapatan Min.
- RM 5,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Pulangan tunai sehingga 10% bagi perbelanjaan tertentu, mata ganjaran AEON sehingga 6X, 6X akses percuma ke Plaza Premium Lounge serta insurans perjalanan.

Pulangan tunai & faedah perjalananKad Kredit AEON Member Plus (AMP) Visa Platinum
Kad Kredit AEON Member Plus (AMP) Visa Platinum
- Pendapatan Min.
- RM 5,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Mata ganjaran AEON hingga 6X, pulangan tunai hingga 10% bagi perbelanjaan terpilih, 6X akses ke Plaza Premium Lounge bersama insurans perjalanan percuma.

Rebat tunai tanpa hadPublic Bank Visa Platinum
Public Bank Visa Platinum
- Pendapatan Min.
- RM 4,167
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Dapatkan 0.2% MegaBonus Tunai tanpa had dan percuma insurans perjalanan sehingga RM500,000.

1% rebat tunai pembelian onlineKad Kredit-i Public Islamic Bank Visa Gold
Kad Kredit-i Public Islamic Bank Visa Gold
- Pendapatan Min.
- RM 2,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Pendapatan
- 15% p.a.
Nikmati 1% pulangan tunai setiap bulan dengan Kad Kredit-i Public Islamic Bank Visa Gold. Sesuai untuk mereka yang baharu dalam penggunaan kad kredit!

Pulangan tunai & faedah perjalananKad Kredit AEON Member Plus (AMP) Visa Gold
Kad Kredit AEON Member Plus (AMP) Visa Gold
- Pendapatan Min.
- RM 3,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Pulangan tunai sehingga 10% bagi perbelanjaan terpilih, sehingga 6X mata ganjaran AEON, 6X akses percuma ke Plaza Premium Lounge serta insurans perjalanan.

Manfaat pelancongan & rebat tunaiPublic Bank Visa Signature
Public Bank Visa Signature
- Pendapatan Min.
- RM 6,667
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Dapatkan sehingga 3X Mata Ganjaran VIP, insurans perjalanan dan akses percuma di lounge lapangan terbang.

Pulangan tunai tanpa hadPublic Bank Visa Gold
Public Bank Visa Gold
- Pendapatan Min.
- RM 2,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati 0.1% pulangan tunai tanpa had setiap bulan dan faedah 0% dengan Public Bank Balance Transfer.

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!
Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas


Kad Tanpa Yuran Tahunan
Temui kad kredit tanpa yuran tahunan yang turut menawarkan kelebihan sepanjang tahun.

Kad Kredit Pulangan Tunai Terbaik di Malaysia 2026
Kad kredit pulangan tunai merupakan antara pilihan paling popular di Malaysia kerana ia membantu pengguna berjimat untuk perbelanjaan harian. Bergantung pada jenis kad, anda boleh menikmati pulangan tunai bagi transaksi seperti isian petrol, barangan dapur, makan di restoran, bil utiliti, dan pembelian dalam talian.
Sesetengah kad turut menawarkan kadar cashback yang lebih tinggi untuk kategori tertentu seperti pasar raya, e-dompet, atau transaksi hujung minggu. Jika digunakan dengan betul, kad kredit pulangan tunai boleh membantu anda mengurangkan perbelanjaan bulanan secara konsisten.
Bagi memudahkan anda membuat pilihan, kami senaraikan kad kredit pulangan tunai terbaik di Malaysia untuk tahun 2026 mengikut kategori perbelanjaan, kadar pulangan tunai, dan syarat kelayakan yang berbeza.

Kad Kredit-i RHB Shell Visa

UOB ONE Card

Kad Kredit RHB Cash Back Visa

Maybank 2 Gold Cards

AmBank Cash Rebate Visa Platinum
Apa Itu Kad Kredit Pulangan Tunai?
Kad kredit pulangan tunai ialah kad kredit yang memberikan semula sebahagian daripada perbelanjaan anda sebagai pulangan tunai (cashback). Pulangan ini biasanya dikira berdasarkan peratusan tertentu bagi setiap transaksi yang layak.
Sebagai contoh, jika kad anda menawarkan 5% pulangan tunai untuk petrol dan anda membelanjakan RM100, anda akan menerima RM5 sebagai pulangan tunai.
Berbeza dengan mata ganjaran atau baucar, pulangan tunai biasanya akan dikreditkan terus ke penyata kad kredit anda, sekali gus membantu mengurangkan jumlah yang perlu dibayar.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kad kredit (cashback) di Malaysia mempunyai had maksimum pulangan tunai bulanan serta syarat minimum perbelanjaan yang perlu dipenuhi sebelum anda layak menerima kadar pulangan tunai penuh.
Perkara Penting Tentang Kad Kredit Pulangan Tunai
Sebelum memilih kad kredit jenis pulangan tunai (cashback), penting untuk anda memahami bagaimana ganjaran dan syarat kad berfungsi supaya anda boleh memaksimumkan penjimatan setiap bulan.
Kadar Pulangan Tunai
Kadar pulangan tunai merujuk kepada peratusan (cashback) yang anda terima daripada sesuatu transaksi. Semakin tinggi kadar (cashback), semakin banyak penjimatan yang boleh anda nikmati. Sesetengah kad menawarkan kadar pulangan tunai lebih tinggi untuk kategori tertentu seperti makan di restoran, isian petrol, atau pembelian dalam talian.
Kategori Perbelanjaan
Kebanyakan kad kredit pulangan tunai menawarkan pulangan tunai mengikut kategori perbelanjaan tertentu. Antara kategori yang paling biasa termasuk barangan dapur, petrol, makan luar, pembelian dalam talian, bil utiliti, dan transaksi e-dompet. Oleh sebab itu, penting untuk memilih kad yang sesuai dengan corak perbelanjaan bulanan anda supaya anda boleh menikmati pulangan tunai yang maksimum.
Had Maksimum Pulangan Tunai
Hampir semua kad kredit pulangan tunai mempunyai had maksimum setiap bulan. Walaupun sesebuah kad menawarkan kadar pulangan tunai yang tinggi, jumlah pulangan tunai yang boleh diterima biasanya dihadkan kepada jumlah tertentu mengikut terma dan syarat kad tersebut.
Syarat Perbelanjaan Minimum
Sesetengah kad menetapkan perbelanjaan minimum bulanan sebelum anda layak menerima kadar pulangan tunai penuh. Ada juga kad yang menawarkan kadar pulangan tunai lebih tinggi apabila jumlah perbelanjaan bulanan anda meningkat. Oleh itu, penting untuk menyemak syarat kad terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Apakah Kad Kredit Pulangan Tunai Terbaik untuk Gaya Hidup Anda?
Kami telah mengumpulkan beberapa kad kredit pulangan tunai yang sesuai untuk pelbagai jenis perbelanjaan dan gaya hidup. Pilih kad yang paling sesuai dengan keperluan anda untuk mendapatkan lebih banyak manfaat dan penjimatan dalam setiap transaksi.
Sarah
Pemandu Cekap
Sarah sering memandu jarak jauh ke tempat kerja dan pulang ke kampung pada hujung minggu. Beliau memilih kad kredit RHB Shell Visa kerana menawarkan pulangan tunai tertinggi, 12% untuk petrol, dengan perbelanjaan minimum RM2,500 sebulan.

Gaji Min.
RM 24,000
Yuran Tahunan
RM 195
Puan Wong
Penjaga Rumah
Puan Wong membeli barangan dapur sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk keluarganya yang terdiri daripada lima orang. Sebagai pemegang kad tambahan, beliau menggunakan kad kredit UOB ONE yang menawarkan 10% pulangan tunai di pasar raya terpilih pada hujung minggu dengan perbelanjaan minimum RM1,500 sebulan.

Gaji Min.
RM 36,000
Yuran Tahunan
RM 195
Alvin
Kaki Makan
Alvin yang gemar makan di luar memilih kad kredit Alliance Bank Visa Signature kerana ia menawarkan pulangan tunai untuk pelbagai kategori, termasuk makanan. Dengan kad ini, beliau dapat menikmati lebih banyak hidangan kegemarannya sambil berjimat.

Gaji Min.
RM 48,000
Yuran Tahunan
RM 148
Chong
Penggemar Beli-Belah
Chong kerap melancong atas urusan kerja dan percutian, jadi beliau menggunakan kad kredit HSBC Live+ untuk semua transaksi semasa perjalanan. Dengan kad ini, beliau menikmati pulangan tunai sehingga 8% untuk makan, hiburan, dan perbelanjaan gaya hidup lain.

Gaji Min.
RM 102,000
Yuran Tahunan
RM 300
Kamala
Pengawal Bil
Kamala memastikan perbelanjaannya selari dengan kepercayaan dan bajetnya, jadi beliau memilih kad kredit-i RHB Islamic Cash Back. Dengan perbelanjaan bulanan RM2,700, beliau dan suaminya menikmati pulangan tunai sehingga 5% untuk makan, barangan runcit, petrol, dan bil utiliti.

Gaji Min.
RM 24,000
Yuran Tahunan
RM 70
Bagaimana Cara Mengira Pulangan Tunai yang Saya Dapat?
Untuk mengira pulangan tunai yang diperoleh, penting untuk anda mengetahui kadar pulangan tunai dan kategori perbelanjaan yang layak. Jika anda kurang pasti dengan cara pengiraan pulangan tunai, berikut adalah ilustrasi visual untuk menunjukkan cara kira pulangan tunai untuk panduan anda.
Berikut adalah contoh pecahan struktur pulangan tunai:
| Kriteria | Baki Penyata Bulanan RM500 dan ke atas | Had Pulangan Tunai Bulanan | |
|---|---|---|---|
| Hari Bekerja | Hari Minggu | ||
| Petrol | 1% | 8% | RM18 |
| Barangan Runcit | 1% | 8% | RM18 |
| Makan | 1% | 8% | RM18 |
| Lain-lain | 0.25% | 0.25% | Tanpa had |
Tiada pulangan tunai untuk perbelanjaan kurang daripada RM500
Ilustrasi 1: Perbelanjaan Hari Bekerja dan Hari Minggu kurang daripada had pulangan tunai RM18
| Kategori | Hari Bekerja | Hari Minggu | Jumlah Pulangan Tunai | Catatan | ||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Perbelanjaan | Pulangan Tunai 1% | Perbelanjaan | Pulangan Tunai 8% | |||
| Petrol | RM70 | RM0.70 | RM100 | RM8 | RM8.70 | Dalam had RM18 |
| Barangan Runcit | RM100 | RM1 | RM150 | RM12 | RM13 | Dalam had RM18 |
| Makan | RM50 | RM0.50 | RM100 | RM8 | RM8.50 | Dalam had RM18 |
| Lain-lain | RM20 | RM0.05 | RM30 | RM0.08 | RM0.13 | Tanpa had |
| JUMLAH | RM140 | RM1.25 | RM380 | RM28.08 | RM29.33 | - |
Jumlah transaksi dipaparkan untuk bulan semasa RM140 + RM380 = RM520
Ilustrasi 2: Perbelanjaan Hari Bekerja dan Hari Minggu melebihi had pulangan tunai RM18
| Kategori | Hari Bekerja | Hari Minggu | Jumlah Pulangan Tunai | Catatan | ||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Perbelanjaan | Pulangan Tunai 1% | Perbelanjaan | Pulangan Tunai 8% | |||
| Petrol | RM100 | RM1 | RM300 | RM24 | RM18 | Terhad maksimum RM18 |
| Barangan Runcit | RM50 | RM0.50 | RM300 | RM24 | RM24.50 | Dalam had RM18 |
| Makan | RM50 | RM0.50 | RM300 | RM24 | RM24.50 | Dalam had RM18 |
| Lain-lain | RM20 | RM0.05 | RM100 | RM8 | RM8.05 | Tanpa had |
| JUMLAH | RM220 | RM2.05 | RM1000 | RM80 | RM31.13 | - |
Jumlah transaksi dipaparkan untuk bulan semasa RM220 + RM480 = RM700
Soalan-Soalan Lazim Tentang Kad Kredit Pulangan Tunai
Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan kad kredit pulangan tunai di Malaysia untuk membantu anda memahami cara ia berfungsi dan bagaimana untuk memaksimumkan penjimatan harian anda.
Bilakah pulangan tunai hujung minggu bermula dan berakhir?
Kebanyakan kad kredit mengira pulangan tunai hujung minggu bermula dari 12:01 pagi hari Sabtu hingga 11:59 malam hari Ahad. Namun, waktu sebenar mungkin berbeza mengikut bank. Ada bank yang menggunakan jam 12:00 tengah malam, manakala ada yang bermula pada 12:01 pagi.
Sebagai contoh, transaksi pada 11:45 malam hari Jumaat masih dikira sebagai transaksi hari biasa, tetapi transaksi pada 12:15 pagi hari Sabtu akan menerima kadar pulangan tunai hujung minggu.
Bilakah pulangan tunai akan masuk ke penyata kad kredit?
Pulangan tunai biasanya akan dikreditkan dalam satu kitaran penyata selepas anda layak menerimanya. Contohnya, jika anda memperoleh pulangan tunai pada bulan September, pulangan tersebut biasanya akan dipaparkan dalam penyata bulan berikutnya.
Bank juga mengira berdasarkan tarikh transaksi diproses (posted date), bukan tarikh anda membuat pembayaran. Jika transaksi dibuat pada hujung bulan tetapi hanya diproses beberapa hari kemudian, pulangan tunai akan dikira dalam bulan seterusnya.
Kenapa saya tidak menerima pulangan tunai bulan ini?
Antara sebab paling biasa ialah anda tidak mencapai minimum perbelanjaan bulanan, membuat pembayaran lewat, hanya membayar jumlah minimum, atau transaksi dibuat dalam kategori yang tidak layak.
Selain itu, anda mungkin sudah mencapai had maksimum pulangan tunai bulanan atau pulangan tunai masih belum diproses kerana ia biasanya dikreditkan dalam kitaran penyata seterusnya.
Adakah transaksi Pelan Pembayaran Mudah (Easy Payment Plan atau EPP) layak untuk pulangan tunai?
Tidak. Hampir semua kad kredit di Malaysia tidak memberikan pulangan tunai untuk transaksi EPP atau pelan ansuran mudah.
Contohnya, pembelian sebuah komputer riba bernilai RM5,000 dengan bayaran penuh mungkin memberi pulangan tunai, tetapi jika ditukar kepada ansuran 12 bulan EPP, anda biasanya tidak akan menerima sebarang pulangan tunai.
Adakah perbelanjaan kad tambahan dikira untuk minimum perbelanjaan?
Ya. Semua transaksi daripada kad tambahan akan digabungkan dengan perbelanjaan pemegang kad utama untuk mencapai syarat minimum perbelanjaan.
Namun, had maksimum pulangan tunai juga dikongsi bersama. Ini bermakna apabila had pulangan tunai dicapai, semua pemegang kad tambahan tidak lagi akan menerima pulangan tunai untuk kategori tersebut dalam bulan yang sama.
Apa yang akan terjadi jika saya terlewat bayar atau hanya bayar minimum?
Kebanyakan bank memerlukan bayaran penuh dibuat sebelum tarikh akhir untuk melayakkan anda menerima pulangan tunai. Jika anda membuat pembayaran lewat atau hanya membayar minimum, pulangan tunai bulan tersebut mungkin dibatalkan.
Selain itu, baki tertunggak juga akan dikenakan faedah sekitar 15% hingga 18% setahun.
Adakah pembayaran kerajaan atau premium insurans layak untuk pulangan tunai?
Secara umum, tidak. Pembayaran seperti cukai pendapatan LHDN, cukai jalan JPJ, bayaran imigresen dan kebanyakan premium insurans biasanya tidak layak untuk pulangan tunai.
Walau bagaimanapun, sesetengah bank mungkin menawarkan pengecualian untuk kategori tertentu bergantung pada kad dan kempen semasa.
Bolehkah saya gunakan lebih daripada satu kad pulangan tunai?
Ya. Ramai pengguna menggunakan beberapa kad berbeza untuk memaksimumkan pulangan tunai mengikut kategori seperti isian petrol, perbelanjaan runcit dan makan di restoran.
Namun, strategi ini memerlukan anda memantau beberapa penyata, tarikh bayaran dan syarat minimum perbelanjaan secara serentak.
Adakah terdapat kad pulangan tunai tanpa had maksimum?
Ya, tetapi kad seperti ini biasanya memerlukan minimum perbelanjaan yang lebih tinggi dan menawarkan kadar pulangan tunai yang lebih rendah berbanding kad dengan had bulanan.
Sesetengah kad juga menawarkan pulangan tunai tanpa had hanya untuk kategori tertentu atau pada hari tertentu sahaja.
Apa yang akan terjadi jika saya mengembalikan barang yang telah menerima pulangan tunai?
Pulangan tunai untuk transaksi tersebut biasanya akan ditolak semula daripada penyata kad kredit anda yang seterusnya.
Jika pemulangan barang menyebabkan jumlah perbelanjaan anda jatuh di bawah syarat minimum bulanan, anda juga berisiko kehilangan pulangan tunai lain yang diperoleh dalam bulan tersebut.
Bagaimana Nisbah Khidmat Hutang (Debt Service Ratio atau DSR) mempengaruhi permohonan kad pulangan tunai?
DSR ialah nisbah komitmen hutang bulanan berbanding pendapatan anda. Bank biasanya menghadkan jumlah komitmen hutang sekitar 60% hingga 70% daripada pendapatan bulanan sebelum meluluskan kad kredit.
Jika DSR anda terlalu tinggi, anda mungkin hanya layak untuk kad dengan had kredit lebih rendah, yang boleh menyukarkan anda untuk mencapai minimum perbelanjaan bagi sesetengah kad pulangan tunai premium.
Jika DSR anda tinggi, pertimbangkan untuk mengurangkan hutang sedia ada terlebih dahulu sebelum memohon kad kredit baharu.
Dengar Apa Kata Pengguna Kami
Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak







