Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Pelan Ansuran Mudah Bank Rakyat

Sudah lama teringin nak beli barangan impian anda? Maksimumkan tempoh bayaran sehingga 24 atau 36 bulan dan nikmati kadar keuntungan 0% ke atas ansuran tersebut.

Tempoh

Sehingga 36 bulan

Yuran Penyelesaian AwalRM 0

Kadar Faedah

Pindahkan baki hutang anda dan nikmati kadar faedah istimewa yang lebih rendah setiap bulan!
Tempoh BayaranKadar FaedahJumlah Pindahan
24 bulan0.00% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000
36 bulan0.00% setahun tanpa yuran pemprosesan sekali bayarDari RM 1,000

Soalan Lazim

Apa itu Pelan Ansuran Mudah Bank Rakyat?

Ia adalah pelan di mana anda boleh melanjutkan tempoh pembayaran bagi barangan runcit yang mahal kepada ansuran bulanan yang lebih mampu milik.

Bagaimana Pelan Ansuran Mudah Bank Rakyat berfungsi?

Biasanya anda perlu menabung sebahagian daripada gaji setiap bulan untuk membolehkan anda mampu membeli barangan yang agak mahal seperti televisyen, perabot, barangan rumah dan sebagainya.

Kini anda boleh mendapatkan barangan tersebut dengan mudah menggunakan pelan ansuran yang ditawarkan oleh Bank Rakyat. Dan apa yang menjadikannya lebih menarik adalah ansuran tersebut tidak mengenakan sebarang faedah. Setiap bulan anda hanya perlu membayar jumlah tetap yang tertera pada perjanjian pembelian.

Walau bagaimanapun, penting untuk anda ambil perhatian bahawa anda tidak boleh membayar kurang daripada amaun ansuran yang dipersetujui. Jika tidak, anda mungkin dikenakan kadar faedah yang akan memerlukan anda untuk membayar lebih.

Berapa lamakah tempoh ansuran untuk pelan ansuran mudah ini?

Anda boleh melanjutkan bayaran balik sehingga 36 bulan dengan pembelian minimum berjumlah RM1,000! Pilihan lain ialah untuk tempoh 24 bulan.

Terdapat tempoh yang lebih pendek daripada dua pilihan tersebut tetapi ia bergantung pada peniaga terpilih. Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Rakyat untuk mengetahui butiran lanjut.

Adakah Pelan Ansuran Mudah Bank Rakyat ini boleh digunakan untuk sebarang pembelian?

Pelan ansuran mudah ini hanya layak untuk peniaga terpilih sahaja. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada wakil jualan sebelum membuat pembayaran untuk pelan ini.

Di mana saya boleh mohon Pelan Ansuran Mudah Bank Rakyat ini?

Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Rakyat di talian 03-2693 6880 untuk memohon Pelan Ansuran Mudah Bank Rakyat.