Pembiayaan Peribadi Islamik Terbaik
Pembiayaan patuh Syariah yang berdasarkan prinsip kewangan Islam dan struktur yang telus.
Untuk Penjawat AwamKOBETA Cash-i
- Pembayaran bulanan
- RM 474.17
- Kadar keuntungan dari
- 6.90% p.a.
- Tempoh Pembiayaan
- 2 tahun
- Pendapatan Minimum:
- RM 1,500
- Pembiayaan Maksimum:
- RM 250,000

Pinjaman hingga 10 tahunPembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat Penyatuan Hutang
- Pembayaran bulanan
- RM 440.75
- Kadar keuntungan dari
- 2.89% p.a.
- Tempoh Pembiayaan
- 2 tahun
- Pendapatan Minimum:
- RM 1,600
- Pembiayaan Maksimum:
- RM 200,000

Kadar faedah rendahPembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat Sektor Awam
- Pembayaran bulanan
- RM 457.67
- Kadar keuntungan dari
- 4.92% p.a.
- Tempoh Pembiayaan
- 2 tahun
- Pendapatan Minimum:
- RM 1,600
- Pembiayaan Maksimum:
- RM 400,000

Untuk pesara kerajaanPembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat Pesara
- Pembayaran bulanan
- RM 481.67
- Kadar keuntungan dari
- 7.80% p.a.
- Tempoh Pembiayaan
- 2 tahun
- Pendapatan Minimum:
- RM 800
- Pembiayaan Maksimum:
- RM 100,000

Sukar buat keputusan untuk memilih pembiayaan peribadi?
Biar kami bantu anda!
Cari pilihan pembiayaan lain yang sesuai dengan anda
Semak kelayakan anda dan kadar keuntungan sebelum memohon
Bimbingan buat anda sepanjang proses permohonan

Cari Pinjaman Peribadi Mengikut Ciri Khas



Pembiayaan Peribadi Islamik Terbaik di Malaysia
Pembiayaan peribadi Islamik adalah pembiayaan peribadi tanpa cagaran yang mematuhi prinsip Syariah iaitu bebas daripada unsur riba, gharar, dan aktiviti yang tidak halal. Berbeza dengan pinjaman peribadi konvensional yang mengenakan kadar faedah, pembiayaan peribadi Islamik menggunakan kontrak muamalat seperti Tawarruq dan Murabahah di mana bank dan peminjam bersetuju atas kadar keuntungan tetap dari awal. Ini bermakna jumlah yang perlu dibayar setiap bulan tidak akan berubah sepanjang tempoh pembiayaan.
Untuk memudahkan anda membuat pilihan terbaik dalam membuat pembiayaan, berikut adalah senarai lima pembiayaan peribadi terbaik islamik di Malaysia.

Pembiayaan Peribadi-i Alliance Bank CashVantage

Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi

Pembiayaan Peribadi-i HSBC Amanah

Pembiayaan Peribadi AEON i-Cash

MBSB Afdhal-i
Apakah Pembiayaan Peribadi Islamik di Malaysia?
Pembiayaan peribadi Islamik ialah pilihan terbaik untuk anda yang mahu penyelesaian kewangan tanpa riba, patuh Syariah dan bebas dari unsur yang meragukan.
Kelebihan pembiayaan ini termasuklah kadar keuntungan tetap, proses yang telus, dan tempoh bayaran balik yang fleksibel. Ia ditawarkan oleh bank Islam, koperasi dan institusi kewangan patuh Syariah yang sesuai untuk semua golongan pekerja sama ada penjawat awam, kakitangan GLC mahupun swasta.
Tambahan pula, setiap produk pembiayaan peribadi Islamik di Malaysia dikawal selia oleh Majlis Penasihat Syariah (Shariah Advisory Council - SAC) di bawah Bank Negara Malaysia. Ini memastikan semua pembiayaan mematuhi prinsip Syariah yang menghindari:
• Haram – Urus niaga yang melibatkan perkara seperti judi, arak, rokok, pornografi dan lain-lain.
• Riba – Faedah atau keuntungan berlebihan atas pembiayaan.
• Gharar – Ketidaktentuan dalam kontrak atau nilai yang meragukan.
• Zulm – Amalan yang menindas atau tidak adil kepada peminjam.
Dengan jaminan patuh Syariah ini, anda bukan sahaja boleh menarik nafas lega dari segi situasi kewangan, malah yakin dengan pembiayaan yang diambil mengikut ajaran Islam. Selain itu, pembiayaan Islamik kini turut menawarkan kadar keuntungan yang kompetitif, tempoh bayaran balik yang fleksibel, dan proses kelulusan yang pantas.
Apakah Ciri Dan Kelebihan Pembiayaan Peribadi Islamik?
Pembiayaan peribadi Islamik yang merupakan pembiayaan peribadi patuh syariah mempunyai perbezaan yang menonjol daripada pinjaman peribadi konvensional kerana ia bebas daripada unsur riba, gharar, serta aktiviti tidak halal. Ia diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, menjadikannya pilihan yang lebih diyakini dari segi hukum dan etika.

Pembiayaan Islamik mengikut prinsip-prinsip Islam dan bebas daripada unsur riba, gharar, dan aktiviti haram. Semua produk akan disemak dan diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC) Bank Negara Malaysia.

Kebanyakan pembiayaan Islamik menawarkan kadar keuntungan tetap sepanjang tempoh pembiayaan. Ini bermakna anda tahu berapa jumlah yang perlu dibayar setiap bulan kerana tiada caj tersembunyi pada masa hadapan.

Jika anda bercadang untuk menyelesaikan pembayaran lebih awal daripada jadual, kebanyakan pembiayaan Islamik tidak mengenakan caj penalti
Bagaimana Pembiayaan Peribadi Islamik di Malaysia Berfungsi?
Pembiayaan Islamik menyediakan pinjaman tanpa riba dan patuh Syariah. Ketahui lebih lanjut di bawah.
Pembiayaan bebas riba
Pembiayaan peribadi Islamik direka khas untuk membantu individu mendapatkan tunai segera secara patuh Syariah dimana tiada riba, caj tersembunyi atau amalan yang meragukan. Ia biasanya ditawarkan oleh bank Islam, institusi kewangan Islamik seperti Bank Rakyat, Bank Islam, MBSB Bank, dan juga koperasi yang berdaftar.
Konsep Tawarruq dalam pembiayaan
Kebanyakan bank menggunakan konsep Tawarruq, di mana bank membeli komoditi bagi pihak anda dan menjualkannya untuk mendapatkan tunai. Kemudian, anda membayar balik jumlah tersebut secara ansuran, bersama kadar keuntungan tetap yang telah dipersetujui.
Permohonan dan penilaian kelayakan
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian, di cawangan bank, atau melalui ejen sah dengan menyertakan bersama beberapa dokumen penting. Penilaian kelayakan akan dibuat berdasarkan pendapatan bersih, komitmen sedia ada, serta rekod bayaran melalui sistem CCRIS. Jika lulus, anda akan menerima surat tawaran yang menyatakan jumlah pembiayaan, kadar keuntungan tetap, dan tempoh bayaran balik yang biasanya dalam masa 2 hingga 10 tahun.
Proses pengeluaran dan bayaran semula
Setelah menandatangani perjanjian, wang pembiayaan akan dikreditkan terus ke akaun bank anda. Bayaran bulanan pula akan ditolak secara automatik, sama ada potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa, atau arahan tetap (standing instruction), bergantung pada jenis pembiayaan.
Kepentingan membayar ikut jadual
Sebagai peminjam, penting untuk membuat bayaran mengikut jadual supaya anda tidak menghadapi masalah seperti tunggakan atau kesukaran untuk mohon pembiayaan lain di masa depan.
Pembiayaan Peribadi Islamik Yang Mana Sesuai Dengan Saya?
Pembiayaan peribadi Islamik boleh disesuaikan mengikut keperluan kewangan anda. Di bawah ini, kami senaraikan beberapa pilihan pembiayaan Islamik yang sesuai.
Membaiki Kereta Rosak
Encik Irfan bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta dan baru-baru ini keretanya mengalami kerosakan besar yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi. Beliau memutuskan untuk mengambil Pembiayaan Peribadi-i Alliance Bank CashVantage dengan kadar keuntungan 4.99% setahun bagi menampung kos pembaikan yang mencecah RM 15,000. Pembiayaan ini bukan sahaja menawarkan jumlah pembiayaan yang mencukupi, malah tempoh bayaran balik juga fleksibel. Dengan memilih pembiayaan Islamik, Encik Irfan dapat memastikan bahawa urus niaga ini patuh kepada prinsip Syariah.

Kadar Keuntungan
dari
4.99% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 200,000
Perbelanjaan Pendidikan Anak
Puan Shina, seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan, ingin menyambung pengajian anaknya di luar negara. Beliau memerlukan dana tambahan sebanyak RM 50,000 untuk menampung kos pengajian dan yuran universiti. Puan Shina memilih Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi dengan kadar keuntungan 3.85% setahun dan tempoh bayaran balik yang panjang, memberikan lebih fleksibiliti dalam pengurusan kewangannya. Pembiayaan ini membantu beliau memastikan anaknya dapat melanjutkan pelajaran tanpa perlu memikirkan beban kewangan yang berlebihan.

Kadar Keuntungan
dari
5.27% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 250,000
Bersedia untuk Perubahan Kerjaya
Encik Syahmi, seorang pengurus jualan, memutuskan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan perniagaan sendiri dalam bidang yang berbeza. Bagi menampung kos permulaan dan operasi perniagaan, beliau mengambil Pembiayaan Peribadi-i HSBC Amanah sebanyak RM 40,000 dengan kadar keuntungan 4.88% setahun. Pembiayaan ini sesuai kerana ia memberi beliau kelegaan kewangan sementara perniagaan baharunya berkembang, sambil memastikan urus niaga dijalankan secara halal mengikut Syariah.

Kadar Keuntungan
dari
4.88% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 250,000
Berapa Lama Perlu Saya Bayar Ansuran Bulanan Bagi Pembiayaan Peribadi Islamik?
Untuk memudahkan anda membuat pilihan pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan keperluan anda, berikut adalah contoh ringkas yang boleh dijadikan rujukan:
Katakan anda bercadang untuk mengambil pembiayaan peribadi sebanyak RM 60,000 daripada Bank A bagi tempoh 3 tahun. Bank A menawarkan kadar faedah tetap sebanyak 5.99% setahun, dan permohonan boleh diluluskan serta-merta secara dalam talian.
Berikut ialah contoh pengiraannya:
Contoh Pengiraan Bayaran Ansuran Bagi Pinjaman Peribadi Islamik
Anda membuat pembiayaan berjumlah RM 60,000 daripada Bank A.
| Jenis Bayaran | Jumlah |
| Kadar Keuntungan | RM 60,000 x 5.99% x 3 tahun = RM 10,782 |
| Jumlah Keseluruhan Pembiayaan | RM 60,000 + RM 10,782 = RM 70,782 |
| Bayaran Ansuran | RM 70,782 ÷ 36 bulan (3 tahun) = RM 1,966.17 sebulan |
Soalan Lazim Tentang Pinjaman Peribadi Islamik
Berapakah Pendapatan Minimum Untuk Memohon Pinjaman Peribadi Islamik?
Syarat pendapatan minimum berbeza mengikut bank. Secara umum, anda perlu mempunyai pendapatan tetap bulanan sekurang-kurangnya RM 1,500 ke RM 2,000 untuk layak memohon. Namun begitu, sesetengah pembiayaan boleh menerima pendapatan pesara serendah RM 800 sebulan, bergantung kepada pakej dan institusi pembiayaan.
Apakah Yang Akan Terjadi Jika Saya Terlewat Bayar Pinjaman Peribadi Patuh Syariah ini?
Jika anda gagal membuat bayaran bulanan tepat pada masanya, pihak bank akan mengenakan yuran pembayaran lewat ke atas baki tertunggak. Selain itu, rekod pembayaran anda juga akan memberi kesan negatif terhadap laporan kredit (CCRIS/CTOS), yang mungkin menyukarkan pembiayaan anda diluluskan di masa hadapan.
Adakah Saya Perlu Menyediakan Penjamin Atau Cagaran Untuk Pembiayaan Peribadi Islamik?
Keperluan untuk penjamin
atau cagaran bergantung kepada dasar setiap bank. Sesetengah bank tidak memerlukan penjamin, tetapi mungkin akan meminta deposit keselamatan dalam bentuk bayaran ansuran pendahuluan selama sebulan. Jika pembiayaan anda diluluskan, jumlah pendahuluan ini akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diterima.
Bolehkah Saya Memohon Pembiayaan Jika Saya Disenaraihitamkan?
Permohonan pembiayaan masih boleh dipertimbangkan bergantung kepada rekod kredit anda dalam CCRIS atau CTOS. Jika anda mempunyai sejarah pembayaran yang buruk, bank mungkin lebih berhati-hati untuk meluluskan pembiayaan. Namun, sekiranya anda boleh membuktikan bahawa anda kini menguruskan kewangan dengan baik dan tidak menambah hutang baharu, ada peluang permohonan anda diluluskan.
Bagaimanakah Cara Untuk Menyemak Laporan Kredit CCRIS?
Anda boleh menyemak laporan CCRIS melalui:
• Portal eCCRIS
– pendaftaran kali pertama diperlukan
• Cawangan AKPK berhampiran
• Agensi pelaporan kredit swasta seperti Experian dan CTOS
Antara Pinjaman Peribadi Islamik Dengan Pinjaman Peribadi Konvensional, Mana Yang Lebih Untung?
Pinjaman Islamik lebih baik jika anda mengutamakan pematuhan Syariah (tiada riba), di mana kosnya (kadar keuntungan) seringkali sama atau sedikit lebih rendah daripada pinjaman konvensional, yang mungkin lebih untung bagi mereka yang mencari kadar faedah promosi yang paling rendah tanpa mengira pematuhan agama.
Bank Manakah Yang Tawarkan Produk Pembiayaan Islamik?
Institusi kewangan seperti Maybank Islamic, Bank Islam, CIMB Islamic, MBSB Bank, dan Alliance Islamic Bank adalah antara penyedia produk pembiayaan peribadi Islamik yang bagus dan kompetitif dari segi kadar keuntungan serta syarat kelayakannya.
Apakah Pembiayaan Peribadi Islamik Terbaik Untuk Individu Yang Bekerja Sendiri?
Pembiayaan peribadi Islamik terbaik untuk individu bekerja sendiri ialah produk yang menawarkan kadar keuntungan yang rendah dan mempunyai syarat pendapatan minimum serta menerima dokumen perniagaan alternatif seperti penyata bank perniagaan 6 bulan atau Borang Cukai Pendapatan yang disahkan.
Bank-bank seperti Maybank Islamic dan Hong Leong Islamic Bank sering dilihat sebagai pilihan yang baik kerana mereka mempunyai garis panduan dokumentasi yang jelas untuk pemohon bekerja sendiri.
Pinjaman Peribadi Mana Yang Terbaik Untuk Saya Mohon?
Terdapat pelbagai jenis pembiayaan peribadi ditawarkan dari pembiayaan untuk individu berpendapatan rendah hinggalah pembiayaan patuh Shariah. Tetapi, pembiayaan yang mana satu yang paling sesuai untuk anda?
Kalau anda masih keliru dan tak pasti pembiayaan mana yang paling sesuai mengikut situasi dan keperluan kewangan anda, jangan risau! Kami di RinggitPlus sedia membantu. Kami akan senaraikan beberapa pilihan pembiayaan peribadi yang boleh memudahkan anda membuat keputusan dengan lebih yakin.
Pinjaman Peribadi Untuk Individu Bergaji Rendah
Pilihan terbaik untuk mereka yang berpendapatan rendah dan memerlukan kewangan tambahan untuk menguruskan kehidupan seharian.
Pinjaman Peribadi Dengan Kadar Faedah Rendah
Sesuai bagi mereka yang mahu mengurangkan komitmen dengan cara memohon pembiayaan yang menawarkan kadar faedah yang rendah dalam bayaran bulanan.
Mitos Tentang Pembiayaan Islamik Yang Perlu Anda Tahu
Pastinya ramai yang keliru antara pinjaman peribadi konvensional dan pembiayaan peribadi Islamik. Dengar macam sama kan?
Mitos 1: "Pembiayaan Islamik Sama Sahaja Dengan Pinjaman Peribadi Biasa, Cuma Tukar Nama"
Pembiayaan Islamik menggunakan struktur Tawarruq yang berbeza sepenuhnya. Ia berfungsi dengan cara pihak bank membeli komoditi (biasanya emas atau logam), jual kepada anda dengan markup (keuntungan), kemudian anda jual balik untuk dapat tunai. Kadar "keuntungan" Islamik memang nampak sama dengan kadar "faedah" konvensional (contoh: kedua-duanya 4.99%), tetapi mekanisme yang dilakukan adalah berbeza dan pembiayaan Islamik mesti lulus dari segi audit Syariah bagi memastikan tiada elemen riba. Jadi bukan sekadar tukar perkataan "faedah" kepada "keuntungan" - ada proses dan dokumentasi berbeza yang mematuhi hukum Islam.
Mitos 2: "Kalau Pembiayaan Islamik, Maksudnya Tiada Penalti Langsung"
Pembiayaan Islamik tetap ada penalti bayaran lewat, tapi dipanggil "ta'widh" (compensation) dan "gharamah" (penalty). Ta'widh adalah untuk membayar kos sebenar bank bila anda lewat bayar, manakala gharamah akan masuk ke dana amal, bukan jadi keuntungan bank. Jadi walaupun struktur berbeza, anda tetap kena bayar tambahan kalau lewat, cuma wang penalti itu tidak menjadi profit untuk pihak bank. Jumlah yang anda bayar biasanya lebih rendah berbanding kadar bayaran lewat untuk pinjaman peribadi konvensional.
Dengar Apa Kata Pengguna Kami
Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak
