Pinjaman Peribadi Penjawat Awam / GLC Terbaik
Nikmati kadar keuntungan istimewa buat penjawat awam dengan syarat kelayakan dan tempoh bayaran balik yang fleksibel.
MBSB Mumtaz-i
Pembayaran bulananRM 441.08Kadar keuntungan dari2.93% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 3,000Pembiayaan Maksimum: RM 250,000
MBSB Afdhal-i
Pembayaran bulananRM 441.75Kadar keuntungan dari3.01% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 3,000Pembiayaan Maksimum: RM 400,000
Direct Lending
Pembayaran bulananRM 441.25Kadar keuntungan dari2.95% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pembiayaan Maksimum: RM 250,000
Pembiayaan Peribadi-i AFFIN Islamic
Pembayaran bulananRM 445.83Kadar keuntungan dari3.50% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pembiayaan Maksimum: RM 250,000
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniaganan Melayu Perlis
Pembayaran bulananRM 472.08Kadar keuntungan dari6.65% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pembiayaan Maksimum: RM 300,000
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat
Pembayaran bulananRM 472.08Kadar keuntungan dari6.65% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pembiayaan Maksimum: RM 300,000
Pembiayaan Peribadi-i Public Bank BAE AG
Pembayaran bulananRM 449.92Kadar keuntungan dari3.99% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pembiayaan Maksimum: RM 350,000
Pembiayaan Peribadi KOWAMAS e-Wawasan
Pembayaran bulananRM 458.25Kadar keuntungan dari4.99% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pembiayaan Maksimum: RM 200,000
Pembiayaan-i Peribadi RHB untuk Sektor Awam
Pembayaran bulananRM 464.58Kadar keuntungan dari5.75% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 2,000Pembiayaan Maksimum: RM 300,000
UKHWAH Cash-i
Pembayaran bulananRM 452.92Kadar keuntungan dari4.35% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pembiayaan Maksimum: RM 250,000
Sukar buat keputusan untuk memilih pinjaman peribadi?
Biar kami bantu anda!
Cari pilihan pinjaman lain yang sesuai dengan anda
Semak kelayakan anda dan kadar faedah sebelum memohon
Bimbingan buat anda sepanjang proses permohonan

Cari Pinjaman Peribadi Mengikut Ciri Khas



Pinjaman Peribadi Terbaik Untuk Penjawat Awam/GLC di Malaysia
Pinjaman peribadi merupakan antara solusi kewangan yang semakin mendapat sambutan, terutamanya dalam kalangan kakitangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Dengan tawaran kadar keuntungan yang rendah serta proses kelulusan yang lebih mudah, maka tidak hairanlah jika pinjaman ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang bekerja dalam sektor ini.
Untuk memudahkan anda membuat pilihan terbaik dalam membuat pinjaman, berikut adalah senarai lima pinjaman peribadi terbaik untuk kakitangan kerajaan dan GLC di Malaysia.

MBSB Mumtaz-i

Pembiayaan Peribadi-i Public Bank BAE AG

Pembiayaan Peribadi-i AmBank Islamic

UKHWAH Cash-i

Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat Sektor Awam
Bagaimana Pinjaman Peribadi Untuk Penjawat Awam/GLC di Malaysia Berfungsi?
Pinjaman peribadi khas untuk penjawat awam dan kakitangan GLC direka dengan ciri-ciri yang lebih fleksibel, kadar keuntungan yang lebih rendah, dan tempoh bayaran balik yang lebih panjang. Ia biasanya ditawarkan oleh institusi kewangan seperti Bank Rakyat, BSN, koperasi, dan bank Islam yang memahami keperluan golongan ini.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau melalui ejen sah yang berdaftar. Antara dokumen yang perlu disediakan termasuk salinan kad pengenalan, slip gaji terkini, penyata bank, dan penyata potongan gaji ANGKASA (jika berkaitan).
Kelayakan akan dinilai berdasarkan pendapatan bersih selepas potongan serta rekod bayaran sedia ada melalui sistem seperti CCRIS. Jika layak, anda akan menerima tawaran pinjaman yang menyatakan jumlah pembiayaan, kadar keuntungan, dan jadual bayaran balik.
Selepas menandatangani perjanjian, wang pinjaman akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Potongan bulanan biasanya dilakukan secara automatik melalui potongan gaji BPA, menjadikannya lebih mudah dan teratur.
Sebagai pemohon, adalah penting untuk memastikan pembayaran dibuat mengikut jadual agar tidak menjejaskan rekod kewangan serta kelayakan pinjaman pada masa hadapan.
Bagaimanakah Cara Untuk Memohon Pinjaman Peribadi Ini dengan RinggitPlus?
Penjawat awam dan kakitangan GLC biasanya layak memohon pinjaman peribadi khas dengan kadar keuntungan yang lebih rendah serta tempoh bayaran balik yang fleksibel.
Permohonan boleh dibuat secara fizikal di cawangan bank, koperasi, atau melalui ejen yang sah. Namun, jika anda mahukan cara yang lebih mudah dan cepat, permohonan juga boleh dilakukan secara dalam talian jadi tak perlu ambil cuti atau keluar dari pejabat!
Nak jimatkan masa? Mohon dengan RinggitPlus untuk bandingkan dan memohon pinjaman yang sesuai. Anda boleh menghantar permohonan dalam masa kurang dari 10 minit, terus dari telefon atau komputer riba anda!

Mulakan proses permohonan dengan menyemak senarai lengkap pinjaman peribadi di RinggitPlus

Semak terlebih dahulu sama ada layak atau tidak untuk memohon pinjaman peribadi

Jawab beberapa soalan di chatbot WhatsApp kami untuk mohon pinjaman peribadi pilihan anda - tersedia 24/7
Apakah Ciri Dan Kelebihan Pinjaman Peribadi Untuk Penjawat Awam/GLC?
Walaupun pinjaman peribadi untuk penjawat awam nampak hampir serupa dengan pinjaman lain yang ada di pasaran, sebenarnya ada beberapa ciri istimewa yang membuatkan ia berbeza terutamanya dari segi syarat kelayakan dan cara bayar balik.
Pinjaman Peribadi Yang Mana Sesuai Dengan Saya?
Pinjaman peribadi untuk penjawat awam atau kakitangan GLC boleh disesuaikan mengikut keperluan kewangan anda. Di bawah ini, kami senaraikan beberapa pilihan pinjaman yang sesuai untuk penjawat awam.
Kos Perkahwinan Anak Sulung
Puan Azizah bekerja sebagai pegawai sumber manusia di sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Anak sulungnya bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa beberapa bulan, dan beliau ingin menampung sebahagian kos majlis seperti sewaan dewan, katering dan pelamin. Jadi, beliau membuat keputusan untuk mengambil Pembiayaan Peribadi-i AmBank Islamic bagi menampung kos majlis tersebut dengan kadar keuntungan dari 3.35% setahun serta had pembiayaan sehingga RM 200,000. Tambahan pula, pinjaman ini patuh syariah dan sesuai untuk tujuan jangka pendek seperti majlis perkahwinan.

Kadar Keuntungan dari
3.35% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 200,000
Satukan Hutang Kad Kredit dan Komitmen Lain
Cik Sarah bekerja di sektor kerajaan selama beberapa tahun dan sepanjang tempoh itu, beliau telah membuat beberapa komitmen kewangan seperti kad kredit, ansuran barang elektrik dan pinjaman peribadi. Kini, pembayaran bulanan terasa semakin menekan dan beliau ingin menyatukan semuanya agar lebih mudah diurus dan membayar hanya satu jumlah tetap setiap bulan. Jadi, Cik Sarah memilih untuk mengambil Pembiayaan Peribadi-i Awam Bank Rakyat bagi menyatukan semua hutangnya dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Kadar Keuntungan dari
4.92% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 400,000
Pembelian Rumah Pertama
Encik Akbal, seorang guru sekolah menengah di Johor Bahru, telah menabung selama beberapa tahun untuk membeli rumah pertama bersama keluarganya. Setelah menemui rumah idaman, beliau memerlukan dana tambahan sebanyak RM 100,000 untuk bayaran pendahuluan dan kos pindah milik. Akhirnya, Encik Akbal membuat keputusan untuk mengambil Pembiayaan Peribadi-i BAE Public Bank dengan jumlah pembiayaan besar serta tempoh bayaran balik yang fleksibel.

Kadar Keuntungan dari
3.99% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 350,000
Berapa Lama Perlu Saya Bayar Ansuran Bulanan?
Bagi membantu anda memilih pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan keperluan, berikut kami berikan satu contoh mudah:
Bayangkan anda sedang merancang untuk mengambil pinjaman peribadi sebanyak RM 100,000 daripada Bank A bagi tempoh 5 tahun. Bank A menawarkan kadar faedah tetap sebanyak 4.99% setahun dan permohonannya boleh diluluskan serta-merta secara dalam talian.
Ini adalah contoh pengiraannya:
Contoh Pengiraan Bayaran Ansuran
Anda membuat pinjaman berjumlah RM 100,000 daripada Bank A.
Jenis Bayaran | Jumlah |
Kadar Faedah | RM 100,000 x 4.99% x 5 tahun = RM 24,950 |
Jumlah Keseluruhan Pinjaman | RM 100,000 + RM 14,940 = RM 124,950 |
Bayaran Ansuran | RM 124,950 ÷ 60 bulan (5 tahun) = RM 2,082.50 sebulan |
Soalan Lazim Pinjaman Peribadi Untuk Penjawat Awam/GLC
• Portal eCCRIS (https://eccris.bnm.gov.my) – pendaftaran kali pertama diperlukan
• Cawangan AKPK berhampiran
• Agensi pelaporan kredit swasta seperti Experian dan CTOS
Pinjaman Peribadi Mana Yang Patut Saya Mohon?
Terdapat pelbagai jenis pinjaman peribadi ditawarkan dari pinjaman untuk individu berpendapatan rendah hinggalah pembiayaan patuh Shariah. Tetapi, pinjaman yang mana satu yang paling sesuai untuk anda?
Kalau anda masih keliru dan tak pasti pinjaman mana yang paling sesuai mengikut situasi dan keperluan kewangan anda, jangan risau! Kami di RinggitPlus sedia membantu. Kami akan senaraikan beberapa pilihan pinjaman peribadi yang boleh memudahkan anda membuat keputusan dengan lebih yakin.
Pinjaman Peribadi Untuk Individu Bergaji Rendah
Pilihan terbaik untuk mereka yang berpendapatan rendah dan memerlukan kewangan tambahan untuk menguruskan kehidupan seharian.
Pinjaman Peribadi Dengan Kadar Faedah Rendah
Sesuai bagi mereka yang mahu mengurangkan komitmen dengan cara memohon pinjaman yang menawarkan kadar faedah yang rendah dalam bayaran bulanan.
Maklum Balas Pengguna
Sertai lebih 10,000 rakyat Malaysia dan mula membuat keputusan kewangan yang lebih bijak!