Ada Kad Kredit Public Bank? Jangan Lepaskan 3 Kempen Pulangan Tunai Ini

KONGSI

Public Bank (PB) menawarkan tiga kempen pulangan tunai yang berjalan serentak mulai bulan Mei 2026. Ketiga-tiga kempen ini terbuka kepada ahli kad kredit PB dan Public Islamic Bank (PIB).

Bagaimanapun, peserta mana-mana kempen ini tidak layak untuk menyertai kempen kad kredit PB atau PIB yang lain dalam tempoh yang sama. Jadi pilih kempen yang paling sesuai dengan tabiat perbelanjaan anda.

Kad Kredit PB Visa: Cas EV dan Dapat Pulangan Tunai 35%

Kempen “Charge Up Your Cash Back” khusus kepada pengguna kereta elektrik. Guna Kad Kredit PB Visa untuk cas kenderaan elektrik (EV) dan anda boleh dapat pulangan tunai 35% untuk setiap transaksi pengecasan.

Had maksimum pulangan tunai untuk sebulan adalah RM50, sementara had sepanjang tempoh kempen pula sebanyak RM300.

Transaksi cas EV yang layak ialah yang menggunakan Merchant Category Code (MCC) 5552 dan 7523. Pulangan tunai akan dikreditkan ke akaun kad kredit utama dalam tempoh 4 hingga 12 minggu selepas setiap bulan penyertaan tamat.

Kempen berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Oktober 2026. Daftar melalui PBe (kata kunci: PBD) atau SMS “PBD” ke 68333.

Kad Kredit PB Mastercard: Pulangan Tunai 20% untuk Makan, Runcit dan Farmasi

Kalau anda kerap berbelanja untuk keperluan harian, kempen “20% Cash Back on Dining, Groceries & Pharmacies” ini untuk anda. Nikmati pulangan tunai 20% setiap kali makan di restoran, beli barangan runcit atau ubat di farmasi.

KategoriMerchant Category Code (MCC)
Makan (Dining)5812, 5814
Barang runcit (Groceries)5411, 5422
Farmasi (Pharmacies)5912

Had pulangan tunai ialah RM50 sebulan dan RM200 sepanjang kempen.

Kempen berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Ogos 2026. Pulangan tunai dikreditkan ke akaun kad kredit utama dalam 4 hingga 12 minggu selepas kempen tamat. Daftar melalui PBe (kata kunci: PBIT) atau SMS “PBIT” ke 68333.

Kad Kredit PB Mastercard: Pulangan Tunai 20% untuk Pembelian Dalam Talian

Kerap beli-belah secara dalam talian? Kempen “Cyber Cashback Delight” tawarkan pulangan tunai 20% untuk semua transaksi e-dagang. Transaksi tambah nilai e-dompet tidak dikira sebagai transaksi e-dagang yang layak dalam kempen ini.

Pulangan tunai transaksi e-dagang20%
Had maksimum sebulanRM50
Had sepanjang kempenRM150

Kempen ini bermula 5 Mei dan berakhir 4 Ogos 2026. Perlu diambil perhatian, bulan penyertaan dikira setiap 30 hari dari tarikh mula kempen, bukan mengikut bulan kalendar biasa.

Bulan PenyertaanTempoh
Bulan 15 Mei – 4 Jun 2026
Bulan 25 Jun – 4 Julai 2026
Bulan 35 Julai – 4 Ogos 2026

Cashback dikreditkan ke akaun kad kredit utama dalam 4 hingga 12 minggu selepas setiap bulan penyertaan tamat. Daftar melalui PBe (kata kunci: PBBS) atau SMS “PBBS” ke 68333.

Syarat Umum Yang Perlu Anda Tahu

  • Terbuka kepada semua ahli kad kredit utama PB dan PIB, termasuk pekerja kumpulan PB dan ahli keluarga terdekat.
  • Perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM1,000 dalam urus niaga runcit setiap bulan. 
  • Ahli kad debit tidak layak menyertai mana-mana kempen ini.
  • Transaksi ahli kad tambahan dikira bersama ahli kad utama, tetapi pulangan tunai hanya dimasukkan ke akaun kad kredit utama.
  • Setiap ahli kad dengan beberapa kad kredit hanya perlu daftar sekali. Semua kad lain akan dikesan secara automatik.
  • Transaksi dari peniaga yang sama hanya dibenarkan sehingga 5 kali sebulan untuk layak dikira dalam kempen. Transaksi melebihi 5 kali akan hilang kelayakan.
  • Sebarang pertikaian atau pertanyaan boleh diajukan ke Perkhidmatan Pelanggan Kad PB di 03-2170 8000.

Jika anda belum memiliki dan sedang merancang untuk mendapatkan kad kredit PB, anda boleh banding, pilih dan mohon di RinggitPlus.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen