Bank Simpanan Nasional (BSN) kini sedang menjalankan kempen cabutan bertuah untuk pemegang Kad Kredit BSN Mastercard. Jumlah keseluruhan hadiah sebanyak 15 juta Happy Points akan diagihkan kepada 208 orang pemenang sepanjang tempoh kempen ini.
Penyertaan adalah secara automatik. Tiada pendaftaran diperlukan. Belanja sahaja dengan kad anda seperti biasa antara 1 Mei hingga 31 Julai 2026 dan nama anda akan tersenarai dalam penyertaan cabutan bertuah secara automatik..
Siapa Yang Layak Menyertai?
Kempen ini terbuka kepada Ahli Kad Utama Kad Kredit/-i BSN Mastercard sahaja. Pemegang kad tambahan tidak layak memenangi hadiah secara berasingan, tetapi perbelanjaan mereka akan dikira bersama di bawah akaun kad utama.
Kategori yang tidak layak untuk kempen ini:
- Ahli Kad Tambahan Kad Kredit/-i BSN
- Ahli Kad Debit/-i BSN
- Ahli Kad Kredit/-i BSN Visa
- Akaun yang digantung, dibatalkan, tertunggak atau terlibat aktiviti penipuan
Perlu diingatkan juga bahawa akaun anda mesti kekal aktif dan dalam keadaan baik sepanjang tempoh kempen hingga hadiah diserahkan.
Berapa Banyak Penyertaan Boleh Dikumpul?
Lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang menang. Berikut adalah cara penyertaan dikira:
- Setiap perbelanjaan RM100 dengan Kad Kredit/-i BSN Mastercard: 1 penyertaan
- Setiap perbelanjaan RM500 melalui BSN 0% EasyPay Plan (EPP): 10 penyertaan
- Perbelanjaan terkumpul RM6,000 ke atas sepanjang tempoh kempen: 20 Bonus Penyertaan (sekali sahaja)
Transaksi Yang Tidak Dikira
Bukan semua perbelanjaan layak. Transaksi berikut tidak akan dikira sebagai penyertaan:
- Auto debit dan bayaran ansuran bulanan
- Pendahuluan tunai (cash advance) dan pulangan tunai
- Pembelian yang kemudiannya dibatalkan, dikembalikan atau dipertikaikan
- Caj perkhidmatan, caj penghantaran, cukai perkhidmatan kerajaan dan yuran kad
- Pembelian PIN dan tambah nilai prabayar
- Transaksi kuasi tunai seperti pertaruhan dan perjudian
Hadiah Yang Ditawarkan!
BSN menyediakan hadiah kepada 208 pemenang kesemuanya:
| Kategori | Hadiah | Jumlah Pemenang |
| Hadiah Utama | 2,000,000 Happy Points | 3 pemenang |
| Hadiah Kedua | 1,000,000 Happy Points | 5 pemenang |
| Hadiah Saguhati | 20,000 Happy Points | 200 pemenang |
Setiap pemenang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai, kredit atau barangan lain.
Macam Mana Pemenang Dipilih?
Pemilihan dibuat secara rawak melalui sistem komputer iaitu berdasarkan jumlah penyertaan yang telah direkodkan dalam sistem perbankan BSN. Semakin banyak penyertaan anda, semakin tinggi peluang untuk menang.
Senarai pemenang akan diumumkan dalam tempoh 16 minggu selepas kempen berakhir. Nama pemenang beserta empat digit terakhir nombor kad pengenalan akan disiarkan di laman sesawang rasmi BSN.
Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu
Sekiranya Happy Points sudah dikreditkan ke akaun anda tetapi perbelanjaan asal kemudiannya dibatalkan atau dikembalikan, BSN berhak untuk menolak semula points tersebut dari akaun anda. Jumlah yang ditolak akan tertera dalam penyata bulanan kad kredit anda.
BSN juga boleh meminta dokumen pengenalan diri dan bukti kelayakan sebelum menyerahkan sebarang hadiah.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi BSN di 03-2613 1900 atau layari sesawang rasmi BSN.
Jika anda belum memiliki atau sedang dalam perancangan untuk mendapatkan kad kredit BSN, anda boleh pilih, bandingkan dan mohon di RinggitPlus.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
