Maybank melancarkan kempen Work+ for Employee 2026 di mana anda hanya perlu menukar akaun terima gaji ke Maybank atau Maybank Islamic dan anda berpeluang memenangi Proton e.MAS 5, percutian bernilai RM12,000, iPhone 17 Pro dan wang tunai RM5,000.
Jumlah nilai bagi keseluruhan hadiah yang diperuntukkan adalah RM232,000 dan tempoh kempen bermula dari 1 Mei sehingga 31 Disember 2026.
Senarai Hadiah Yang Boleh Anda Menangi
| Kategori | Hadiah | Bilangan Pemenang |
| Hadiah Utama | Proton e.MAS 5 | 1 |
| Hadiah Kedua | Baucar Percutian (sepasang) bernilai RM12,000 | 4 |
| Hadiah Saguhati | iPhone 17 Pro | 3 |
| Hadiah Bulanan | Wang Tunai RM5,000 | 16 |
Wang tunai bulanan akan dikreditkan secara terus ke akaun Maybank pemenang.
Tiga Perkara Wajib Untuk Layak Sertai Kempen
Sebelum anda layak memasuki cabutan bertuah, ini tiga perkara yang harus anda lakukan:
- Hantar borang pendaftaran secara dalam talian di Maybank2u atau pendaftaran secara bersemuka di mana-mana cawangan Maybank.
- Kreditkan gaji ke akaun Maybank atau Maybank Islamic selama tiga bulan berturut-turut.
- Kekalkan baki minimum RM2,000 dalam akaun sehingga 31 Disember 2026.
Cukupkan ketiga-tiga syarat ini dan anda akan menerima 100 penyertaan secara automatik untuk cabutan bertuah.
Ini Cara Untuk Dapat Lebih Banyak Penyertaan
Lebih banyak anda lakukan, semakin tinggi peluang untuk menang. Dan ini cara untuk tingkatkan bilangan penyertaan anda:
Simpan atau labur:
- Pindahkan sekurang-kurangnya RM100 ke MAE Tabung setiap bulan: 500 penyertaan
- Setiap peningkatan baki RM2,000 dalam akaun yang layak: 500 penyertaan
Mohon produk baharu (100 penyertaan setiap satu):
- Deposit Tetap/-i
- Kad Kredit/-i
- Insurans atau Takaful
- Goal-Based Investment
- Global Access Account-i
- Pinjaman/Pembiayaan Kenderaan
- Pinjaman/Pembiayaan Rumah
Jemput rakan atau ahli keluarga anda untuk turut serta dalam kempen ini. Bagi setiap orang yang berjaya mendaftar dan mengekalkan status aktif sepanjang tempoh kempen, anda akan menerima 100 penyertaan tambahan.
Pautan DuitNow ke akaun yang layak untuk tambah 10 penyertaan.
Tiada had untuk kebanyakan kategori seperti peningkatan baki simpanan, rujukan dan produk baharu. Lebih banyak tindakan, lebih banyak penyertaan.
Jenis Akaun Yang Layak
Akaun Konvensional: Kawanku Savings Account, Basic Savings Account, Maybank2u Savers, Personal Current Account, Basic Current Account
Akaun Islamik: Savings Account-i, Basic Savings Account-i, Maybank2u Savers-i, Current Account-i, Basic Current Account-i, Zest-i Account, General Investment Account-i
Tidak semua akaun di atas boleh dibuka melalui aplikasi MAE. Semak terma dan syarat penuh kempen untuk mengetahui akaun mana yang layak dibuka melalui MAE.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari laman rasmi Maybank2u atau rujuk terma dan syarat (T&C).
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
