Jimat RM15 di TikTok Shop dengan Kad Public Bank Visa Infinite dan Visa Signature

KONGSI

Public Bank kini menawarkan diskaun RM15 di TikTok Shop kepada pemegang kad kredit Visa Infinite dan Visa Signature. 

Promosi ini bermula 20 Mei 2026 sehingga 31 Oktober 2026, jadi ada lebih kurang lima bulan untuk anda manfaatkan tawaran ini.

Siapa Yang Boleh Dapat Diskaun Ini?

Promosi ini terbuka kepada semua pemegang kad kredit Public Bank Visa Infinite dan Public Bank Visa Signature. Pengguna TikTok Shop yang baharu dan yang lama juga layak.

Kalau anda belum ada akaun TikTok Shop, daftar dahulu sebelum membeli. Kalau sudah ada, pastikan anda log masuk semasa membuat pembayaran.

Macam Mana Nak Dapatkan Diskaun RM15?

Tiga perkara yang perlu anda pastikan:

  • Buat pembelian melalui aplikasi TikTok (bukan pelayar web)
  • Belanjakan sekurang-kurangnya RM100 dalam satu transaksi
  • Bayar menggunakan kad kredit Public Bank Visa Infinite atau Visa Signature

Diskaun RM15 akan dipotong secara automatik semasa pembayaran. Tiada kod promo perlu dimasukkan.

Had Harian Dikenakan

Diskaun ini tertakluk pada had kuota harian, atas dasar siapa cepat dia dapat. Setiap hari ada bilangan slot diskaun yang terhad, dan apabila kuota habis, anda perlu cuba semula keesokan harinya. Setiap pemegang kad layak mendapat satu penebusan sehari, selagi kuota masih ada.

Diskaun ini boleh digabungkan dengan promosi lain yang sedang berjalan di TikTok Shop, tertakluk pada terma masing-masing. Namun, ia tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

Diskaun Hangus Jika Batal Pesanan

Perlu diingatkan, sekiranya anda batalkan, pulangkan atau tukar pesanan yang telah menggunakan diskaun ini, diskaun tersebut akan terbatal. Untuk menggunakannya semula, buat pesanan baharu dalam tempoh promosi, tertakluk pada ketersediaan diskaun pada masa itu.

Semua transaksi juga perlu dibuat dalam Ringgit Malaysia (MYR). Bayaran menggunakan mata wang asing tidak layak.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi PB Card Services and Support di 03-2170 8000.

Belum ada kad kredit Public Bank? Anda juga boleh mohon kad kredit Visa Infinite dan Visa Signature di RinggitPlus.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.  

5 1 vote
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments