Bank Rakyat Lancar Dua Kemudahan Ar-Rahnu Digital Pertama di Malaysia

KONGSI

Mulai sekarang, anda boleh menggadai emas dan mengemaskini pembiayaan Ar-Rahnu terus dari rumah tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan.

Baru-baru ini, Bank Rakyat memperkenalkan dua kemudahan digital baharu melalui platform iRakyat iaitu Virtual Ar-Rahnu-i dan Pembiayaan Semula Ar-Rahnu (e-Overlap). Ini menjadikan Bank Rakyat bank pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu secara digital sepenuhnya.

Virtual Ar-Rahnu-i: Gadai Emas Digital, Tanpa Perlu ke Cawangan

Kalau anda ada Akaun-i eGold dengan Bank Rakyat, anda kini boleh gunakannya sebagai cagaran untuk dapat pembiayaan tunai secara dalam talian melalui iRakyat.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah antara RM100 hingga RM500,000, tertakluk kepada kelayakan.

Emas anda tidak perlu dijual dania akan kekal dalam akaun sepanjang tempoh pembiayaan dan anda masih boleh nikmati potensi kenaikan nilainya pada masa hadapan.

Pembiayaan Semula Ar-Rahnu (e-Overlap): Harga Emas Naik? Boleh Tambah Nilai Secara Atas Talian

Bagi pelanggan yang sudah ada pembiayaan Ar-Rahnu sedia ada, kemudahan e-Overlap membolehkan anda mengemaskini jumlah pembiayaan berdasarkan harga emas semasa tanpa perlu datang ke cawangan atau Ar-Rahnu X’Change.

Margin pembiayaan ditawarkan sehingga RM350,000 dengan had maksimum 80% daripada nilai emas semasa.

Bila harga emas naik, anda boleh terus mohon pembiayaan tambahan secara dalam talian. Tiada gadaian baharu diperlukan.

Boleh Guna 24 Jam, Termasuk Di Luar Waktu Operasi Bank

Kedua-dua kemudahan ini beroperasi secara layan diri (self-service) melalui iRakyat dan boleh diakses pada bila-bila masa, termasuk hujung minggu dan cuti umum.

Kemudahan ini sesuai untuk keperluan kecemasan atau perancangan kewangan jangka pendek yang memerlukan akses tunai segera.

Layari laman web Bank Rakyat atau ikuti media sosial rasmi Bank Rakyat di @mybankrakyat untuk maklumat lanjut.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen