Pemegang Kad Kredit AFFIN Boleh Dapat 1 Tiket Wayang Percuma Setiap Jumaat dan Sabtu!

KONGSI

Jika anda merupakan seseorang yang kerap atau gemar menonton wayang pada hujung minggu, ada tawaran yang patut anda tahu.

AFFIN Bank kini menawarkan satu tiket wayang percuma kepada pemegang Kad Kredit AFFIN apabila anda membeli satu tiket dewasa di GSC atau TGV Cinemas setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Promosi ini berjalan dari 17 April hingga 31 Oktober 2026. Jadi jangan lepaskan peluang berharga ini!

Beli Tiket DELUXE atau 2D Untuk Dapat 1 Tiket Percuma

Apa yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan satu tiket percuma ini adalah dengan membeli satu tiket wayang dewasa kategori DELUXE atau 2D melalui laman web atau aplikasi mudah alih GSC atau TGV. Bayar guna Kad Kredit AFFIN dan tiket kedua akan diberikan secara percuma.

Pembelian mesti dibuat dalam talian dan promosi ini tidak terpakai untuk pembelian kaunter fizikal.

Menariknya, meskipun pembelian tiket hanya boleh dilakukan pada hari Jumaat atau Sabtu, anda boleh gunakan tiket tersebut untuk menonton pada mana-mana hari yang anda pilih, tertakluk kepada ketersediaan tayangan.

Syarat Yang Perlu Anda Tahu

Sebelum terus membeli, semak beberapa perkara ini:

Untuk pembelian di TGV: Anda perlu menjadi ahli TGV MovieClub terlebih dahulu. Setiap transaksi yang layak juga akan mendapat mata TGV MovieMoney.

Had harian: Promosi ini terhad kepada 200 penebusan tiket percuma sehari bagi setiap panggung wayang (GSC dan TGV masing-masing). Penebusan adalah secara “siapa cepat, dia dapat”.

Had setiap kad: Setiap pemegang kad hanya layak untuk satu tiket percuma sehari.

Yuran tempahan: Sebarang caj tempahan atau caj pemprosesan yang dikenakan oleh panggung wayang perlu ditanggung sendiri oleh pemegang kad.

Panggung Wayang Yang Tidak Termasuk

Promosi ini terpakai di semua lokasi GSC dan TGV, kecuali beberapa panggung wayang tertentu:

GSC: 

  • Aurum Theatre (Exchange TRX)
  • The Gardens Mall
  • The Mall Mid Valley Southkey Johor Bahru
  • Velvet Cinema (Sunway 163 Mall).

Untuk lokasi TGV, tiada pengecualian disenaraikan.

Promosi Tidak Boleh Digabungkan Dengan Promosi Lain

Promosi ini tidak boleh digabungkan dengan mana-mana promosi lain, diskaun, program ganjaran, baucar, kupon, atau kad keistimewaan yang sedang berjalan.

Jika AFFIN Bank membuat sebarang perubahan pada terma dan syarat promosi ini, notis 21 hari kalendar akan diberikan melalui laman sesawang rasmi AffinAlways.com.

Jika anda seorang pemegang Kad Kredit AFFIN yang gemar menonton wayang, ini peluang yang terbaik yang harus dimanfaatkan setiap hujung minggu selagi slot 200 tiket percuma itu masih ada.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments