Lebih 3,800 Jemaah Haji 2026 Dari Johor Akan Terima Bantuan Tunai RM300 Setiap Seorang

KONGSI

Lebih 3,800 jemaah haji bagi tahun 2026 dari Johor akan menerima bantuan tunai RM300 setiap seorang. Inisiatif ini adalahkali pertama dijalankan oleh kerajaan negeri berkenaan 

Bantuan secara ‘one-off’ ini akan disalurkan melalui program Bantuan Kasih Johor. Ia diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa pertemuan dengan bakal jemaah haji di Menara MBJB, Johor Bahru.

Pendapatan Negeri Johor Melonjak 

Menurut Onn Hafiz, bantuan ini diberikan berikutan peningkatan hasil pendapatan negeri Johor termasuk lonjakan pelaburan, kutipan zakat yang meningkat dan hasil keseluruhan negeri yang lebih kukuh.

“Ini tidak pernah dilakukan sebelum ini dan mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk berkongsi manfaat kemakmuran Johor bersama rakyat,” katanya.

Bantuan ini dilaksanakan melalui kerjasama antara Majlis Agama Islam Johor dan Jabatan Agama Islam Johor.

Sejak 1952 Johor Sudah Hantar Delegas Haji 

Selain RM300 tunai, Yayasan Sultan Ibrahim turut menyumbangkan bungkusan makanan dan minuman untuk ahli delegasi haji negeri.

Untuk makluman, Johor sudah mengendalikan urusan penghantaran delegasi haji sejak 1952 dan sudah lebih 10 tahun sebelum Tabung Haji (TH) ditubuhkan pada 1963.

Setiap tahun, Johor mendapat kuota khas 500 jemaah melalui kerjasama dengan TH dan Kerajaan Persekutuan. Kos pengangkutan pula ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Para jemaah dijangka berlepas secara berperingkat antara 7 hingga 9 Mei 2026. Terdapat empat hingga lima penerbangan dari KLIA ke Jeddah.

Pesanan Menteri Besar Kepada Jemaah Haji

Onn Hafiz turut mengingatkan para jemaah haji tentang betapa istimewanya peluang yang mereka terima.

“Daripada berbilion umat Islam di seluruh dunia, hanya sebilangan kecil sahaja yang dipilih setiap tahun untuk menunaikan haji. Di Malaysia juga, ramai yang terpaksa menunggu berdekad-dekad untuk giliran mereka, jadi mereka yang terpilih patut bersyukur atas nikmat ini,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan bahawa kemakmuran Johor bukan hanya diukur dari sudut infrastruktur, tetapi juga melalui usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat dan nilai-nilai Islam.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments