RHB Perkenal Kad Kredit-i RHB Sinar Dengan Kadar Keuntungan 14% Setahun

KONGSI

RHB Bank Berhad memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar, satu lagi pilihan kad kredit yang berpatutan untuk keperluan kewangan harian pelanggan. Menurut RHB, kad ini selari dengan usaha bank untuk memudahkan akses kepada kredit yang bertanggungjawab. 

Kadar Keuntungan Rendah dan Tiada Yuran Tahunan

RHB menyedari bahawa pelanggan mempunyai tabiat berbelanja dan keutamaan kewangan yang berbeza. Susulan itu, RHB memperluaskan lagi rangkaian kad kredit mereka untuk menyediakan penyelesaian yang menepati pelbagai keperluan dan kecenderungan. 

Kad Kredit-i RHB Sinar menawarkan kadar keuntungan transaksi runcit sebanyak 14% setahun, setanding dengan produk seumpamanya daripada rakan industri. Kadar ini juga lebih rendah berbanding kebiasaan industri yang boleh mencecah sehingga 18% setahun. Kad ini juga tiada yuran tahunan dan tiada caj kewangan kompaun.

Kad ini direka berasaskan ciri-ciri asas kad kredit sahaja, tanpa kos tambahan untuk faedah gaya hidup premium, sekali gus menawarkan penyelesaian kredit yang mudah dan berpatutan untuk perbelanjaan harian.

Nama ‘Sinar’ Bawa Maksud Tersendiri

Nama ‘Sinar’ yang membawa maksud cahaya atau sinaran mencerminkan aspirasi RHB untuk membantu pelanggan mengawal kewangan mereka dengan lebih yakin dan jelas. Dengan menyediakan pilihan kad kredit yang ringkas dan berpatutan, kad ini menyokong pelanggan dalam menguruskan keperluan kewangan harian sambil berusaha ke arah masa depan kewangan yang lebih cerah.

RHB Sasarkan Pelanggan Yang Utamakan Kesederhanaan

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Banking Group, Dato’ Mohd Rashid Mohamad berkata setiap pelanggan mempunyai keperluan kewangan yang berbeza. Bagi kebanyakan individu, perkara yang paling penting ialah memiliki kad kredit yang ringkas dan berpatutan yang dapat membantu mereka menguruskan perbelanjaan harian dengan lebih mudah kerana bukan semua pelanggan mencari ganjaran atau keistimewaan gaya hidup. 

Menurut Mohd Rashid, penyelesaian perbankan turut perlu berkembang seiring perubahan corak kehidupan dan keutamaan masyarakat. “Di RHB, kami percaya pilihan bermakna untuk pelanggan datang daripada menawarkan penyelesaian yang tepat untuk keperluan dan kecenderungan yang berbeza. Kad Kredit-i RHB Sinar merealisasikan kepercayaan ini dengan menyediakan pilihan kredit yang mudah dan berpatutan untuk pelanggan yang mengutamakan kesederhanaan berbanding ciri-ciri tambahan,” katanya.

“Dengan memberikan pelanggan lebih banyak pilihan, kami berharap dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia mengakses kredit yang berpatutan dengan yakin. Inilah cara kami untuk terus menghidupkan janji Together We Progress,” tambah Mohd Rashid.

Status Pemegang Kad Sedia Ada dan Pelancaran Rasmi

Kad Kredit-i RHB Sinar yang menyertai rangkaian kad kredit konvensional dan Islamik RHB, memberikan pelanggan lebih fleksibiliti untuk memilih kad yang paling sesuai dengan keperluan masing-masing. Pemegang kad kredit RHB sedia ada tidak akan terjejas dan boleh terus menggunakan kad semasa mereka seperti biasa.

Perincian lanjut termasuk kriteria kelayakan dan ketersediaan produk akan diumumkan menjelang tarikh pelancaran rasmi pada Oktober 2026.

Bagi anda yang sedang mencari kad kredit mampu milik yang terbaik pula, anda boleh bandingkan dan mohon di RinggitPlus

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen