Seramai 67 orang pelajar SPM di Parlimen Teluk Intan telah menerima imbuhan kewangan sehingga RM3,000 penghargaan daripada kerajaan atas usaha gigih mereka dalam meraih keputusan yang cemerlang
Majlis penyampaian yang berlangsung di SMJK San Min, Teluk Intan teah dihadiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming untuk menyampaikan bantuan bernilai RM125,000 kepada pelajar-pelajar terlibat.
Berapa Jumlah Imbuhan Yang Diberikan?
Imbuhan diagihkan mengikut bilangan A yang diperoleh dalam peperiksaan SPM:
- 11A terima RM3,000 (4 pelajar)
- 10A terima RM2,000 (27 pelajar)
- 9A terima RM1,500 (36 pelajar)
Selain itu, 10 pelajar turut menerima Anugerah Kemajuan bernilai RM500 setiap seorang, sebagai pengiktirafan atas peningkatan prestasi mereka.
Bukan Sekadar Hadiah, Ia Merupakan Sokongan Untuk Masa Depan
Menurut Nga, inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga mereka yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Kerajaan Madani sentiasa komited membantu meringankan beban pelajar serta memberi motivasi atas usaha gigih mereka sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam SPM,” katanya.
Program ini merupakan inisiatif berterusan Pusat Khidmat DAP Parlimen Teluk Intan yang telah berjalan sejak 2023.
Guru Turut Mendapat Pengiktirafan
Majlis ini bukan hanya untuk pelajar. Malah, sebanyak RM1,200 diagihkan kepada 12 orang guru terpilih sebagai penghargaan atas sumbangan mereka dalam membentuk kejayaan anak murid.
Dalam majlis berasingan pada hari yang sama, Nga Kor Ming turut menyalurkan bantuan RM111,600 kepada 179 pelajar cemerlang SPM yang lain.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
