Baru-baru ini, tular di media sosial satu dakwaan yang mengatakan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi akan menahan serta mengenakan denda sebanyak 10 riyal Saudi (kira-kira RM10,500) selain kepada mana-mana individu yang mengambil gambar atau video di Masjidil Haram terutamanya di hadapan Kabah.
Hal itu telah mendatangkan kegusaran buat para jemaah yang sudah merancang untuk mengambil gambar atau video sebagai kenang-kenangan.
Namun, dakwaan terbabit sebenarnya tidak benar dan para jemaah terutamanya dari Malaysia tidak perlu khuatir.
Boleh Ambil Gambar Dengan Syarat Perlu Jaga Adab
Ketua Delegasi Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, menegaskan bahawa tiada peraturan sedemikian dikuatkuasakan setakat ini.
Jemaah masih dibenarkan untuk mengambil gambar di sekitar Kaabah dengan syarat mereka perlu menjaga adab dan tidak melakukannya semasa menunaikan ibadat.
“Mengambil gambar bukanlah satu kesalahan, tapi sebaiknya dielakkan semasa sedang melakukan tawaf. Ia boleh mengganggu tumpuan dan pergerakan jemaah lain,” kata Mohd Hisham.
Dari Mana Dakwaan Ini Bermula?
Mohd Hisham percaya bahawa maklumat yang tersebar ini berpunca daripada salah faham dan kini ia telah menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu dalam kalangan jemaah.
Kepada semua jemaah yang bakal bertolak musim haji ini, sila rujuk sumber rasmi dan pegawai Lembaga Tabung Haji untuk maklumat yang tepat. Jangan sebarkan maklumat yang belum disahkan.
Apa-apa pun para jemaah tetap diingatkan untuk fokus kepada ibadah dan gunakan masa yang sesuai untuk merakam kenangan.
Sebelum ini, lebih 3,800 jemaah haji bagi tahun 2026 dari Johor akan menerima bantuan tunai RM300 setiap seorang. Inisiatif ini merupakan inisiatif kali pertama yang dilaksanakanoleh kerajaan negeri berkenaan.
Selain itu, jika anda merupakan salah seorang daripada bakal jemaah haji tahun ini, inilah masanya untuk anda menggunakan Kad Debit alrajhi bank Malaysia di Tanah Suci nanti kerana kad berkenaan kini menawarkan pulangan tunai bagi setiap caj pengeluaran.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
