AFFIN Bank bekerjasama dengan IKEA Malaysia menyediakan kemudahan pembiayaan untuk urusan ubah suai dan hiasan dalaman rumah. Kolaborasi ini merangkumi pelan pembiayaan perumahan dan renovasi AFFIN Home Reno/-i, serta pelan ansuran bulanan menggunakan kad kredit AFFIN bagi pembelian di IKEA.
Pembiayaan Renovasi Sehingga 120% Daripada Nilai Hartanah
Pakej AFFIN Home Reno/-i membiayai kerja-kerja ubah suai fizikal dalaman dan luaran rumah. Ini merangkumi pemasangan jubin, pembaikan bumbung, sistem perpaipan, dan pendawaian elektrik. Walau bagaimanapun, barangan mudah alih seperti perabot atau perkakas rumah adalah dikecualikan.
Pembiayaan ini tersedia untuk hartanah bernilai RM150,000 ke atas dengan margin sehingga 120% bagi menyatukan kos pembelian rumah dan renovasi. Tempoh bayaran balik adalah sehingga 35 tahun, atau sehingga pemohon mencapai umur 70 tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu.
Pilihan Pelan Ansuran Untuk Pembelian Di IKEA
Pemegang Kad Kredit AFFIN mempunyai dua pilihan kemudahan pembayaran di IKEA sepanjang tahun. Kemudahan ini tersedia di cawangan IKEA Damansara, Cheras, Tebrau, dan Batu Kawan.
Pilihan pertama ialah Pelan Pembayaran Mudah (EPP) 0% faedah di terminal pembayaran IKEA untuk tempoh enam, 12, atau 24 bulan. Sebagai contoh, pembelian berjumlah RM5,000 memerlukan bayaran sekitar RM833.33 sebulan untuk tempoh enam bulan. Bagi pilihan 24 bulan pula, bayarannya adalah RM208.33 sebulan.
Pilihan kedua ialah Flexi Payment Plan untuk nilai pembelian bermula RM500. Pelan ini turut menawarkan tempoh bayaran balik selama enam, 12, atau 24 bulan.
Perbezaan Fungsi Kedua-Dua Pelan
Pakej AFFIN Home Reno/-i disasarkan untuk kerja-kerja struktur berskala besar atau pendawaian semula rumah. Pelan yang terikat pada hartanah ini berjalan untuk tempoh jangka panjang bagi memastikan komitmen bulanan kekal rendah. Sementara itu, pelan ansuran Kad Kredit IKEA dikhaskan untuk pembelian barangan lebih kecil seperti perabot. Pelan ini bersifat jangka pendek dan tanpa faedah ini diwujudkan bertujuan untuk membahagikan kos belian sekali gus bagi memelihara aliran tunai bulanan.
Permohonan untuk AFFIN Home Reno/-i atau semakan lanjut boleh dibuat terus dengan menghubungi talian khidmat pelanggan di 03-8230 2222 atau melayari laman web AffinAlways.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
