Affin Bank Tawar Tiket Wayang Percuma Baharu Setiap Hujung Minggu di GSC dan TGV

KONGSI

Affin Bank mengumumkan terma dan syarat yang baharu bagi kempen Enjoy FREE Movie Ticket on Us at GSC or TGV yang akan berkuat kuasa mulai 17 Julai 2026. Langkah ini diambil bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan yang mahu mendapatkan tiket wayang percuma berikutan sambutan yang luar biasa sejak kempen ini dilancarkan pada April lalu.

Perubahan Struktur Kuota Baharu

Melalui struktur peruntukan tiket yang baharu, had penebusan dikemas kini kepada 100 keping tiket percuma sehari bagi setiap rangkaian pawagam, iaitu untuk GSC dan TGV, pada hari Jumaat dan Sabtu. Pihak bank turut menetapkan had 5,000 tiket bagi setiap pawagam sepanjang tempoh kempen berjalan. 

Promosi ini dijadualkan berlangsung sehingga 31 Oktober 2026 atau selagi peruntukan tiket masih tersedia. Sebelum kemas kini ini dikuatkuasakan, Affin menawarkan kuota sebanyak 200 tiket sehari. Walaupun kuota harian dikurangkan, tiket tidak lagi habis pada minggu pertama, jadi anda masih berpeluang mendapatkannya pada hujung minggu yang lain. 

Syarat Kelayakan dan Mekanisme Penebusan

Syaratnya masih sama. Anda perlu membeli satu tiket Adult DELUXE atau 2D Movie Ticket secara dalam talian melalui laman web atau aplikasi GSC atau TGV. Pembelian tersebut mesti dibuat pada hari Jumaat atau Sabtu sahaja. Namun, tiket percuma yang diperoleh boleh digunakan pada hari tayangan bila-bila masa sahaja berdasarkan kekosongan panggung.

Pembayaran wajib menggunakan Kad Kredit AFFIN BANK atau AFFIN ISLAMIC, tidak kiralah kad utama atau kad tambahan. Bagi pembelian di pawagam TGV, anda perlu menjadi ahli TGV MovieClub untuk melayakkan diri, dan setiap transaksi tersebut layak menerima TGV MovieMoney. Setiap pemegang kad terhad kepada satu tiket percuma sahaja dalam sehari. Yuran tempahan dan pemprosesan akan turut dikenakan seperti biasa. 

Senarai Panggung yang Dikecualikan

Promosi ini sah di seluruh negara kecuali di beberapa panggung premium GSC. Antara lokasi yang dikecualikan adalah Aurum Theatre di Exchange TRX, The Gardens Mall, dan The Mall Mid Valley Southkey Johor Bahru, serta Velvet Cinema di Sunway 163 Mall. Tiada cawangan TGV yang dikecualikan daripada promosi ini.

Memandangkan tiket ditawarkan dengan konsep siapa cepat dia dapat, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan seawal mungkin pada hari Jumaat atau Sabtu.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini. 

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen