Agrobank Lancar FUNancial Day 2026, Beri Rundingan dan Tawar Produk Kewangan Untuk Pelanggan

KONGSI

Agrobank melancarkan FUNancial Day 2026,  iaitu sebuah kempen berskala besar yang berlangsung secara serentak di 143 cawangan seluruh Malaysia pada 28 hingga 29 April 2026.

Dalam program yang bakal berlangsung selama dua hari, setiap cawangan akan bertukar menjadi hab kewangan yang aktif, menawarkan perundingan kewangan, aktiviti interaktif dan akses terus kepada produk-produk Agrobank.

Hadiah-hadiah Yang Ditawarkan

Mega Million 3.0 Raya: Menang Emas & Proton X50 Setiap Bulan

Kempen terbaru ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi 10g emas dan sebuah Proton X50 setiap bulan. Hadiah utamanya adalahsebuah Ford Ranger Raptor.

Kempen Peluang Keemasan: Beli Emas Mulai RM10

Bagi yang berminat untuk melabur dalam emas, Kempen Peluang Keemasan membolehkan anda membeli emas dengan harga serendahRM10 sahaja, serta anda  berpeluang untuk memenangi Honda Vario 125 sebagai hadiah utama.

NextGen Campaign: Khas Untuk Golongan Muda

Inisiatif belia ini menawarkan figurin edisi terhad eksklusif Agrobank dan pembiayaan peribadi AgroCash-i dengan kadar tetap bermula 2.62%.

Siapa Yang Boleh Menyertai?

Semua tawaran ini terbuka kepada:

  • Pelanggan baharu dan sedia ada
  • Individu
  • Perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
  • Perniagaan mikro
  • Komuniti tempatan

Agrobank Ingin Meningkatkan Pertumbuhan Deposit  (CASA)

Menurut Agrobank, program ini bertujuan untuk memacu CASA, menjana prospek pembiayaan baharu dan meningkatkan pendapatan berasaskan yuran sambil mengukuhkan peranannya sebagai institusi kewangan berasaskan komuniti.

Jika anda mempunyai kelapangan masa pada tarikh-tarikh tersebut, ini adalah masa yang sesuai untuk anda mengunjungi mana-mana cawangan Agrobank yang berdekatan bagi menikmati pelbagai  tawaran yang disediakan..

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini. 

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments