Acara larian anjuran Alliance Bank Malaysia Berhad iaitu Heritage Run kini kembali lagi untuk tahun ini dengan edisi khas sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Heritage Run 2026 akan bermula pada 12 Julai 2026 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dan acara larian bersejarah ini merupakan penganjuran kali keempat..
Untuk tahun ini, penganjur memperkenalkan format baharu yang lebih segar, barangan terhad edisi khas serta hadiah wang tunai sehingga RM20,000 untuk dimenangi.
Tiga Kategori Untuk Semua Penyertaan
Peserta boleh mendaftar dalam tiga kategori berlainan:
- 3 km: Sesuai untuk keluarga dan mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti berlari
- 10 km: Kategori kompetitif yang baharu diperkenalkan (menggantikan kategori 7 km sebelum ini)
- 21 km: Separuh maraton untuk pelari berpengalaman
Antara kemeriahan baharu tahun ini ialah cabaran “Best Dressed Family” dalam kategori 3 km, di mana keluarga akan bersaing memakai pakaian tradisional paling menarik. Bagi pelari yang sebelum ini menyertai kategori 7 km, kategori 10 km baharu ini adalah peluang untuk menaik taraf dan mencatatrekod peribadi terbaharu.
Lebih 5,500 Peserta Tahun Lepas, Penyertaan Tahun 2026 Dijangka Lebih Ramai
Heritage Run 2025 telah berjaya menarik seramai 5,500 peserta dan untuk tahun ini penganjur yakin jumlah peserta akan lebih meningkat dengan jangkaan penyertaan lebih meluas daripada dalam dan luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Kellee Kam berkata, Heritage Run sudah menjadi tradisi bermakna yang mencerminkan komitmen bank dalam menyatikan komuniti melalui nilai kesihatan, perpaduan dan kemampanan.
Barangan Istimewa Berunsurkan Budaya Pulau Pinang
Tahun ini, setiap peserta akan menerima beg kanvas yang boleh diguna semula dan turut diserta dengan pelbagai barangan edisi terhad, termasuk:
- Pingat penamat diperbuat daripada buluh
- Lanyard bercorak batik yang mencerminkan identiti budaya Pulau Pinang
- Beg kanvas eksklusif berinspirasikan corak batik
- Baju lumba unik untuk setiap kategori, terinspirasi daripada elemen budaya Pulau Pinang seperti kebaya, prawn mee, dan kasut manik
Heritage Run Lebih Daripada Larian
Di sepanjang laluan 3 km, peserta akan disajikan dengan persembahan budaya Malaysia yang meriah. Turut menghidupkan suasana ialah aktiviti kolektif lukisan seni bersama, serta bazaar tahunan #SupportLokal yang kali ini akan mengambil tema heritage marketplace dengan jualan makanan tempatan, kraftangan, dan produk artisan.
Inisiatif ini selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya SDG 11.4 yang berkaitan dengan pemuliharaan warisan budaya.
Harga Tiket dan Cara Untuk Mendaftar
Pendaftaran dibuka dari 24 April hingga 30 Jun 2026 atau sehingga tiket habis dijual.
| Tempoh | 3 km | 10 km | 21 km |
| Jualan Pelancaran (24–30 Apr) | RM39 | RM55 | RM85 |
| Early Bird (1–31 Mei) | RM55 | RM75 | RM115 |
| Harga Biasa (1–30 Jun) | RM65 | RM85 | RM125 |
Pemegang kad kredit Alliance Bank layak untuk mendapat diskaun 20% bermula 1 Mei 2026.
Untuk mendaftar dan maklumat lanjut mengenai acara larian itu, anda boleh layari lawan sesawang rasmi Alliance Bank.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
