Hong Leong Bank (HLB) baru melancarkan kempen Wealth Odyssey sebagai lanjutan kepada segmen HLB Priority yang baru sahaja diperbaharui.
Matlamat kempen ini adalah untuk mengubah cara rakyat Malaysia fikir tentang kekayaan yang bukan sekadar mengumpul wang, tetapi juga memiliki perancangan sepanjang hayat.
Tiga Tunjang Kekayaan Yang Perlu Anda Tahu
Kempen ini memecahkan pengurusan kekayaan kepada tiga fokus utama:
- Pemeliharaan (Preservation): Jaga apa yang dah anda bina
- Pertumbuhan (Growth): Kembangkan kekayaan dengan strategi yang tepat
- Legasi (Legacy): Pastikan generasi seterusnya turut mendapat manfaat
Untuk menyokong ketiga-tiga tunjang ini, HLB menyatukan pelaburan, insurans dan khidmat nasihat pasaran global menerusi satu pengalaman. Setiap keputusan kewangan dilihat sebagai sebahagian daripada strategi kekayaan menyeluruh.
Pengarah Urusan dan Ketua Wilayah Pengurusan Kekayaan HLB, Jeffrey Yap berkata, kempen Wealth Odyssey ini dapat mengingatkan para pelanggan mereka bahawa kekayaan bukan satu destinasi, tetapi sebuah cerita yang berterusan.
“Peranan kami adalah membimbing mereka di setiap bab daripada melindungi apa yang telah dibina, mengembangkan pengaruh, sehinggalah mewariskan legasi,” katanya.
Ada Hadiah Menanti Buat Para Pelabur Aktif
Pelanggan HLB Priority dan HLB Private Bank yang melabur dan menginsuranskan aset bersama HLB layak menerima hadiah premium sempena kempen ini.
Hadiah utamanya merupakan satu ekspedisi ke tiga destinasi global yang dipilih kerana nilai simboliknya yang tersendiri:
| Destinasi | Simbol |
| Machu Picchu, Peru | Preservation (Nilai yang kukuh dan berkekalan) |
| Swiss Alps, Switzerland | Growth (Hab kekayaan peribadi global) |
| Forbidden City, China | Legacy (Warisan yang abadi) |
Lebih Daripada Sekadar Pelaburan
HLB turut mengembangkan ekosistem HLB Priority dengan dua penambahan baharu:
- Pembiayaan portfolio (portfolio financing) iaitu pelanggan boleh merebut peluang pasaran tanpa perlu mengganggu strategi pelaburan jangka panjang mereka.
- Penjagaan kesihatan melalui Asia OneHealthcare, perkongsian strategik ini mengakui bahawa kesihatan fizikal yang baik adalah sebahagian daripada kekayaan itu sendiri, sejajar dengan tren global yang melihat jangka hayat panjang sebagai aset.
Maklumat lanjut mengenai Wealth Odyssey, anda boleh layari laman sesawang rasmi Hong Leong Bank.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
