alrajhi bank Malaysia Lancar Kempen Shop-Pay-Win, Tawar Pulangan Tunai dan Hadiah Bernilai RM5,000

KONGSI

alrajhi bank Malaysia melancarkan kempen Shop-Pay-Win yang memberi peluang kepada pemegang kad debit dan pengguna DuitNow QR untuk mendapatkan pulangan tunai dan sertai cabutan wang tunai bernilai RM5,000. 

Kempen ini bermula 15 April 2026 dan berakhir 14 Julai 2026.

Siapa Yang Layak Untuk Sertai Kempen Ini?

Kempen ini terbuka kepada dua kategori pelanggan alrajhi bank Malaysia iaitu:

Kategori 1: Pemegang Kad Debit

  • Pelanggan yang baru mengaktifkan kad debit mereka mulai 15 April 2026 (Kategori 1A)
  • Pelanggan yang tidak pernah membuat sebarang pembayaran menggunakan kad debit alrajhi bank Malaysia sejak 1 Januari 2026 (Kategori 1B)
  • Semua pemegang kad debit sedia ada yang lain (Kategori 1C)

Kategori 2: Pengguna DuitNow QR melalui aplikasi MY alrajhi

  • Pengguna DuitNow QR yang tidak pernah membuat sebarang transaksi sejak 1 Januari 2026 (Kategori 2A)
  • Pelanggan baharu alrajhi bank Malaysia mulai 15 April 2026 (Kategori 2B)
  • Semua pengguna DuitNow QR sedia ada yang lain (Kategori 2C)

Entiti bukan individu seperti syarikat, pertubuhan dan perniagaan adalah tidak layak menyertai kempen ini. Begitu juga pelanggan dengan akaun tidak aktif, akaun yang ditutup atau digantung, serta mereka yang terlibat dalam aktiviti penipuan.

Tiga Jenis Ganjaran Yang Boleh Diperoleh

1. Ganjaran Transaksi Pertama: RM2 Terus Masuk Akaun

Ini adalah untuk pelanggan Kategori 1A, 1B (kad debit) dan Kategori 2A, 2B (DuitNow QR).

Syaratnya mudah sahaja, anda hanya perlu membuat satu transaksi bernilai sekurang-kurangnya RM30 kepada peniaga tempatan. Untuk kad debit, pembayaran perlu dibuat melalui Rangkaian MyDebit menggunakan PayWave atau PIN. Untuk DuitNow QR, transaksi perlu dibuat melalui aplikasi MY alrajhi.

Ganjaran RM2 ini diberikan sekali sahaja, dan terhad kepada 1,250 pelanggan pertama bagi setiap kaedah pembayaran. Pelanggan yang aktif dalam kedua-dua kaedah boleh menerima sehingga RM4 sekaligus.

2. Pulangan Tunai 1% untuk Transaksi Seterusnya

Selepas transaksi pertama yang layak, setiap transaksi berikutnya yang mencapai jumlah pembayaran RM30 ke atas akan mendapat pulangan tunai sebanyak 1% daripada jumlah transaksi tersebut.

Syarat penting yang perlu diingat:

  • Pulangan tunai ini tidak termasuk transaksi yang telah mendapat Ganjaran Transaksi Pertama
  • Had pulangan tunai ialah RM20 setiap tempoh (had ini dikira secara gabungan antara Kategori 1 dan Kategori 2)
  • Jumlah keseluruhan pulangan tunai yang dibayar oleh bank adalah terhad kepada RM10,000 bagi setiap tempoh kempen

Sebagai contoh, jika anda berbelanja RM8,000 dalam tempoh tertentu, pulangan tunai sebanyak 1% yang dikira ialah RM80, tetapi hanya RM20 yang akan dikreditkan ke akaun anda kerana had individu dipakai.

3. 4 Orang Pemenang untuk Cabutan Bertuah dan Masing-masing Akan Menerima RM5,000

Setiap transaksi yang layak memberikan anda satu (1) entri ke dalam cabutan bertuah Shop-Pay-Win.

Untuk melayakkan anda menyertai cabutan bertuah ini, anda perlu mengumpulkan sekurang-kurangnya 30 entri sepanjang tempoh kempen (15 April hingga 14 Julai 2026). Cabutan akan diadakan selepas 14 Julai 2026 dan senarai empat pemenang akan diumumkan di laman web bank pada Ogos 2026.

Tiga Tempoh Kempen, Tiga Peluang

Kempen ini dibahagikan kepada tiga tempoh dengan pulangan tunai dan ganjaran dikreditkan pada bulan berikutnya:

TempohPengkreditan Ganjaran
15 April – 14 Mei 2026Jun 2026
15 Mei – 14 Jun 2026Julai 2026
15 Jun – 14 Julai 2026Ogos 2026

Ini bermakna walaupun anda hanya mula berbelanja pada bulan Jun, anda masih boleh mendapat ganjaran selagi anda memenuhi syarat dalam tempoh tersebut.

Bagaimana Ganjaran Anda Dikreditkan?

Untuk pemegang kad debit, pulangan tunai akan dikreditkan ke akaun Semasa atau Simpanan yang berdaftar dengan kad debit tersebut.

Untuk pengguna DuitNow QR yang mempunyai lebih daripada satu akaun dengan alrajhi bank Malaysia, susunan keutamaan pengkreditan adalah seperti berikut:

  1. DuitPlus Savings Account-i (jika ada)
  2. Akaun Simpanan aktif
  3. Akaun Semasa

Semua Transaksi Mesti Patuh Syariah

Oleh kerana alrajhi bank Malaysia adalah institusi perbankan Islam, semua transaksi yang dibuat di bawah kempen ini mesti mematuhi prinsip Syariah. Bank berhak untuk membatalkan kelayakan peserta dan menarik balik sebarang ganjaran yang telah dikreditkan sekiranya transaksi didapati tidak patuh Syariah oleh bank atau Jawatankuasa Syariah mereka.

Untuk butiran terkini dan sebarang pindaan syarat, layari laman web rasmi alrajhi bank Malaysia atau semak terus melalui aplikasi MY alrajhi.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments