alrajhi bank Malaysia Tawar Pulangan Tunai dan Emas Sehingga 20 Gram

KONGSI

alrajhi bank Malaysia melancarkan kempen “Let’s Gold Together dari 19 Ogos 2026 hingga 18 Februari 2027. Sekiranya anda mempunyai atau akan membuka akaun layak dengan alrajhi bank, anda boleh menikmati empat jenis ganjaran serentak, iaitu pulangan tunai bulanan, cabutan emas bulanan, ganjaran untuk penyimpan tekun dan satu cabutan besar pada penghujung kempen.

Pemegang Akaun DuitPlus dan Commodity Murabahah-i Automatik Layak 

Anda yang sudah memiliki Akaun DuitPlus Savings-i, Akaun Simpanan Commodity Murabahah-i atau Akaun Semasa Commodity Murabahah-i dengan alrajhi bank Malaysia secara automatik layak sertai kempen ini. Kalau anda pelanggan baharu, anda boleh sertai dengan membuka Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Commodity Murabahah-i, atau membuka Akaun DuitPlus Savings-i dan/atau memasukkan kod khas semasa pendaftaran melalui aplikasi MY alrajhi. 

Ada akaun bersama dengan pasangan? Cuma pemegang akaun utama yang layak sertai. Kakitangan bank ini, termasuk pasangan, ibu bapa, adik-beradik dan anak mereka, cuma layak menerima pulangan tunai sahaja dan tidak boleh sertai mana-mana cabutan emas. Akaun dorman, akaun yang ditamatkan atau digantung, dan akaun yang disyaki terlibat dengan aktiviti tidak sah pula turut dikecualikan.

Pulangan Tunai 1% Setiap Bulan, Sehingga RM20

Setiap kali anda membuat transaksi DuitNow QR, Kad Debit atau JomPay bernilai RM30 ke atas, anda layak mendapat pulangan tunai 1%. Had maksimum ialah RM20 sebulan untuk anda, dengan had keseluruhan RM10,000 sebulan yang dikongsi oleh semua pelanggan layak. Perlu diingat, tempoh ‘sebulan’ di sini dikira dari 19 haribulan hingga 18 haribulan bulan berikutnya, bukan mengikut bulan kalendar biasa. 

Pulangan tunai ini diagihkan mengikut urutan transaksi sehingga had bulanan penuh. Sebaik sahaja had penuh, tiada lagi pulangan tunai diberikan walaupun anda terus membuat transaksi. Ganjaran ini akan dikreditkan secara automatik ke akaun anda dalam tempoh 30 hari perniagaan selepas bulan berkenaan tamat. Pengeluaran tunai, pindahan antara bank dan transaksi mata wang asing tidak dikira.

Cabutan Emas Bulanan, Hadiah 2 Gram

Untuk sertai cabutan emas bulanan, anda perlu membuat sekurang-kurangnya empat transaksi layak (RM30 ke atas setiap satu) dalam sebulan dan kekalkan baki akaun minimum RM250 pada penghujung bulan tersebut.

Selepas syarat asas ini anda penuhi, setiap RM250 tambahan dalam purata baki harian akaun anda memberi anda satu entri lagi, sehingga had 60 entri tambahan sebulan. Ini bermakna anda boleh mengumpul sehingga 61 entri dalam satu bulan. Bagi pelanggan sedia ada (ETB), tahap perbandingan ini kekal tetap berdasarkan purata baki akaun anda pada 18 Ogos 2026 sepanjang tempoh kempen. Bagi pelanggan baharu (NTB) pula, tahap perbandingan bergerak setiap bulan berdasarkan purata baki bulan sebelumnya. 

Satu pemenang dipilih setiap bulan menerusi cabutan rawak elektronik dan anda cuma boleh menang sekali sepanjang kempen untuk cabutan ini. Hadiahnya ialah 2 gram emas digital, dikreditkan terus ke akaun GoldInvest-i pemenang.

Ganjaran Gold Saver, 0.1 Gram Emas Untuk Penyimpan Tekun 

Setiap dua bulan (satu Kitaran), kalau anda mencapai sekurang-kurangnya RM15,000 pertumbuhan purata baki akaun dan tergolong dalam kalangan penyimpan teratas, anda akan menang 0.1 gram emas digital. Bilangan pemenang akan meningkat setiap kitaran, iaitu 300 orang untuk Kitaran 1, 600 orang untuk Kitaran 2, dan 900 orang untuk Kitaran 3.

Cabutan Besar, 20 Gram Emas Untuk 5 Pemenang

Lima pelanggan akan membawa pulang 20 gram emas digital seorang. Cabutan besar ini akan dibuat pada penghujung tempoh kempen.

Anda boleh mengumpul entri melalui dua cara, malah boleh menggabungkan kedua-duanya. Cara pertama, anda cuma perlu memenuhi syarat cabutan emas bulanan setiap bulan, iaitu satu entri asas ditambah entri bonus mengikut pertumbuhan simpanan anda, sehingga 61 entri sebulan. Cara kedua pula, anda memenuhi syarat penyimpan tekun setiap dua bulan, iaitu 15 entri asas apabila anda capai RM15,000 pertumbuhan simpanan, ditambah satu entri lagi untuk setiap RM3,000 pertumbuhan seterusnya, sehingga had 30 entri bagi Kitaran berkenaan.

Cara Sertai dan Syarat Tuntutan Hadiah

Anda hanya perlu membuka atau menggunakan akaun layak sedia ada, kemudian berbelanja dan simpan seperti biasa untuk mengumpul pulangan tunai dan entri cabutan secara automatik.

Jika anda menjadi pemenang, bank akan menghubungi anda menerusi panggilan telefon, SMS, e-mel, atau aplikasi MY alrajhi. Anda wajib membuka akaun GoldInvest-i dalam tempoh 14 hari kalendar selepas notis diterima, kalau tidak hadiah anda boleh dilucut hak. Hadiah yang layak akan dikreditkan dalam tempoh 30 hari kalendar dari tarikh notis yang sama, dalam bentuk emas digital patuh Syariah, terus ke akaun GoldInvest-i pemenang 

Ganjaran kempen tidak boleh dipindah milik, ditukar tunai, atau ditukar barangan lain. alrajhi bank Malaysia juga berhak menggantung atau menamatkan kempen lebih awal dengan notis, tetapi entri dan ganjaran yang anda sudah layak terima akan tetap diberikan.

Anda yang berminat untuk sertai kempen ini sila semak terma dan syarat penuh [PDF] atau layari laman web rasmi alrajhi bank Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini. 

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen