Kerajaan Cadang Pelan Tindakan 10 Perkara Tingkat Kerjasama Bank dan PMKS, Ini Apa Yang Usahawan Perlu Tahu

KONGSI

Berita baik untuk usahawan tempatan! Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, baru sahaja membentangkan Pelan Tindakan 10 Perkara yang bakal mengubah cara bank komersial melayan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS/PKS).

Langkah ini adalah hasil perbincangan meja bulat bersama 16 bos besar perbankan negara, termasuk nama-nama besar seperti Maybank, Public Bank, RHB, dan bank digital, Boost Bank.

Kenapa Pelan Ini Penting Untuk Bisnes Anda?

Pelan ini menyasarkan masalah utama usahawan iaitu aliran tunai dan birokrasi bank.

Berikut adalah 10 strategi utama yang dicadangkan untuk memudahkan urusan kewangan bisnes anda:

1. Dana Modal Kerja Diutamakan

Akses kepada pembiayaan modal kerja akan terus dijamin. Untuk rekod, 43% pinjaman PKS sebenarnya digunakan untuk menampung kos operasi harian.

2. Kelulusan Pinjaman Lebih Pantas

Tiada lagi masa menunggu yang lama. Bank digesa untuk mempercepatkan proses penilaian dan kelulusan pinjaman agar aliran tunai bisnes tidak terganggu.

3. Syarat Pinjaman Lebih Inklusif

Kriteria penilaian akan ditambah baik supaya lebih ramai usahawan (terutamanya yang baru bermula) layak mendapat pembiayaan.

4. Bantuan Ketika Waktu Sukar

Jika bisnes berdepan masalah, bank dicadangkan untuk menawarkan fleksibiliti seperti:

  • Penstrukturan semula pinjaman (restructuring).
  • Penjadualan semula bayaran (rescheduling).
  • Moratorium (jika perlu).

5. Strategi “No Wrong Door

Kini, tiada istilah “salah tempat”. Jika sesebuah bank tidak dapat membantu, mereka bertanggungjawab untuk merujuk PMKS tersebut kepada institusi atau produk yang lebih sesuai.

6. Kerjasama PowerUp10k & Akreditasi

  • PowerUp10k: Kolaborasi bersama kementerian untuk melonjakkan skala bisnes tempatan.
  • SME Corp Malaysia: Memperkukuh pengiktirafan akreditasi supaya status PKS anda lebih “laku” di mata bank.

7. Pembiayaan Bersindiket & Produk Khas

  • Kerjasama lebih erat antara bank komersial dan Institusi Kewangan Pembangunan (DFI).
  • Promosi lebih agresif untuk produk kewangan yang memang direka khas untuk keperluan PKS.

8. Memperkukuhkankan Ilmu Dalam Bidang Bisnes

Program pembinaan kapasiti akan diperluaskan. Bukan setakat bagi pinjaman, tetapi juga ilmu untuk menguruskan wang dan operasi bisnes.

Fokus Utama: Ekosistem Yang Berdaya Tahan

Menurut Steven Sim, sokongan ini memerlukan pendekatan “whole-of-ecosystem”. Maksudnya, semua pihak daripada bank seperti Maybank dan RHB, hinggalah agensi kerajaan seperti SME Bank dan Tekun Nasional perlu bergerak seiring.

Tujuan agar PMKS di Malaysia bukan sahaja mampu bertahan, malah kekal kompetitif walaupun dalam keadaan ketidaktentuan global.

Apa pendapat anda? Adakah 10 langkah ini cukup untuk membantu bisnes anda berkembang tahun ini?

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments