Aplikasi dan Portal myTNB Akan Diselenggara Hujung Minggu Ini

KONGSI

Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menjalankan kerja naik taraf sistem pada aplikasi dan portal myTNB bermula Jumaat ini (17 April 2026).

Sekiranya anda merancang untuk membuat pembayaran bil elektrik atau menyemak akaun melalui myTNB, anda dinasihati untuk melakukannya  lebih awal iaitu sebelum waktu penyelenggaraan bermula.

Tempoh Sistem Diselenggara dan Akan Terjejas

Tempoh naik taraf sistem adalah seperti berikut:

  • Jumaat, 17 April 2026, jam 6.00 petang sehingga Sabtu, 18 April 2026, jam 12.00 tengah malam: Aplikasi dan portal myTNB tidak dapat diakses langsung sepanjang tempoh ini.
  • Sabtu, 18 April 2026, jam 12.01 pagi sehingga 11.59 malam: Sistem boleh diakses semula, tetapi hanya dengan fungsi terhad. 

Selepas jam 12.00 tengah malam, hanya beberapa perkara yang dapat dilakukan:

  • Semak bil
  • Semak penggunaan tenaga
  • Semak butiran akaun
  • Semak sejarah bil
  • Tambah atau buang akaun/pengguna

Fungsi seperti pembayaran bil melalui myTNB tidak akan tersedia pada hari Sabtu.

Bayaran Masih Boleh Dibuat Melalui Saluran Lain

Walaupun myTNB berada dalam fasa selenggara, anda masih boleh menjelaskan bil elektrik melalui saluran-saluran ini:

  • JomPAY — Guna Kod Biller: 5454, Ref-1: Nombor Akaun TNB 12 digit anda
  • e-Wallet — Boost atau Touch ‘n Go eWallet
  • Perbankan dalam talian — melalui platform bank masing-masing

Tarikh Pemprosesan Bayaran Yang Perlu Diambil Tahu

Bayaran yang dibuat antara Jumaat, 17 April 2026, jam 6.00 petang hingga Ahad, 19 April 2026, jam 8.59 pagi hanya akan diproses dan dikreditkan ke dalam akaun anda mulai Ahad, 19 April 2026, jam 9.00 pagi ke atas.

Ini bermakna jika anda membuat bayaran semasa tempoh tersebut, jangan risau jika ia tidak terus kelihatan dalam rekod akaun anda kerana ia akan diproses setelah sistem kembali beroperasi sepenuhnya.

Hubungi TNB Sekiranya Perlukan Bantuan

Jika ada sebarang pertanyaan atau isu yang perlu diselesaikan, anda boleh hubungi TNB melalui:

  • TNB CareLine: 1-300-88-5454
  • Facebook: TNB CareLine
  • X (Twitter): @Tenaga_Nasional

Waktu operasi khidmat pelanggan adalah daripada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam, dan Sabtu, Ahad serta cuti umum jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments