DOSM: Kerugian Akibat Banjir 2025 Di Malaysia Turun kepada RM636.9 Juta Berbanding 2024

KONGSI

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru sahaja menerbitkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2025, yang menilai kesan banjir sepanjang Januari hingga Disember 2025 di seluruh negeri yang terjejas. 

Ini bukan sekadar laporan angka, ia turut merangkumi analisis kajian kes di kawasan terpilih di negeri Pantai Timur dan statistik sosio ekonomi sehingga peringkat daerah.

Jumlah Kerugian Turun, Tapi Infrastruktur Awam Naik

Khabar baiknya, kerugian keseluruhan akibat banjir pada 2025 turun kepada RM636.9 juta, berbanding RM933.4 juta pada 2024. Dalam konteks ekonomi negara, ini bersamaan 0.03% daripada KDNK nominal iaitu turun daripada 0.05% tahun sebelumnya.

Tapi bukan semua kategori menunjukkan penurunan. Kerosakan aset awam dan infrastruktur sebenarnya meningkat kepada RM380.2 juta berbanding tahun 2024 RM303.4 juta. Kategori ini mencatatkan kerugian tertinggi bagi 2025.

Berikut gambaran lengkap mengikut kategori:

Kategori2025 (RM juta)2024 (RM juta)
Aset awam & infrastruktur380.2303.4
Tempat kediaman183.8372.2
Pertanian52.6185.2
Premis perniagaan13.454.1
Kenderaan6.817.3
Pembuatan0.11.2
Jumlah636.9933.4

Negeri Mana Paling Teruk Terjejas?

Tempat Kediaman

Sarawak mencatatkan kerugian rumah tertinggi pada RM32.6 juta, diikuti Sabah (RM27.7 juta) dan Johor (RM26.2 juta).

Pecahan mengikut daerah:

  • Sarawak: Bintulu (RM11.4 juta), Serian (RM4.3 juta), Selangau (RM4.1 juta)
  • Sabah: Keningau (RM11.9 juta), Beaufort (RM7.4 juta), Kota Marudu (RM5.1 juta)
  • Johor: Johor Bahru (RM14.4 juta), Kota Tinggi (RM3.0 juta), Pontian (RM2.96 juta)

Premis Perniagaan

Bagi premis perniagaan yang mengalami kerugian akibat banjir pula, Sarawak sekali lagi mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM2.7 juta, diikuti Johor (RM2.1 Juta) dan Sabah (RM1.8 juta).

Pecahan mengikut daerah:

  • Sarawak: Bintulu (RM1.6 juta), Serian (RM0.3 juta), Sibu (RM0.1 juta)
  • Johor: Johor Bahru (RM1.0 juta), Batu Pahat (RM0.31 juta), Pontian (RM0.30 juta)
  • Sabah: Beaufort (RM0.6 juta), Keningau (RM0.5 juta), Kota Marudu (RM0.3 juta)

Kenderaan

Sabah mencatatkan kerugian paling tinggi untuk kenderaan dengan RM1.3 juta, diikuti Johor (RM0.9 juta) dan Sarawak (RM0.8 juta).

Pecahan mengikut daerah:

  • Sabah: Beaufort (RM0.41 juta), Keningau (RM0.34 juta), Kota Marudu (RM0.30 juta)
  • Johor: Johor Bahru (RM0.6 juta), Batu Pahat (RM0.1 juta), Segamat (RM0.08 juta)
  • Sarawak: Bintulu (RM0.41 juta), Serian (RM0.11 juta), Sibu (RM0.07 juta)

Sektor Pembuatan

Terengganu satu-satunya negeri yang merekodkan kerugian sektor pembuatan iaitu sebanyak RM0.1 juta kesemuanya. Kuala Terengganu paling tinggi (RM0.04 juta), diikuti Marang (RM0.03 juta) dan Kemaman (RM0.01 juta).

Apa Yang Rosak di Rumah?

Kajian DOSM mendapati, daripada semua harta benda yang rosak di tempat kediaman, perabot mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 42.8% diikuti barangan isi rumah lain (29%) dan peralatan elektrik seperti mesin basuh, peti ais serta televisyen sebanyak 27.8%

Lebih Separuh Mangsa Ada Persediaan, Tapi 22.5% Langsung Tiada

Dalam pada itu, kajian kes DOSM mendedahkan gambaran yang agak membimbangkan tentang tahap kesiapsiagaan rakyat Malaysia menghadapi banjir:

  • 51.2% mangsa ada simpan stok keperluan harian sebagai persediaan kecemasan
  • 5.5% ada insurans untuk lindungi diri daripada kerugian
  • 22.5% tiada sebarang persediaan langsung

Satu pertiga daripada 22.5% yang tiada persediaan itu berpotensi menghadapi kesukaran lebih besar, bukan sahaja semasa banjir, malah selepas bencana.

Banci Ekonomi 2026 Sedang Berjalan

Selain laporan banjir, DOSM turut mengingatkan bahawa Banci Ekonomi 2026 (BE2026) kini sedang dijalankan dari 5 Januari hingga 31 Oktober 2026. Dengan tema “Data Nadi Ekonomi Rakyat”, banci kali keenam ini bertujuan mengumpul data menyeluruh daripada semua pertubuhan perniagaan di Malaysia sama ada yang berdaftar mahupun tidak.

Satu pencapaian yang patut diketahui, Malaysia kini menduduki tangga pertama dalam laporan Open Data Inventory (ODIN) 2024/25 oleh Open Data Watch (ODW), mengatasi 197 negara lain. Ini lonjakan besar daripada kedudukan ke-67 dalam penilaian ODIN 2022/23.

Semua data DOSM boleh diakses melalui portal OpenDOSM NextGen di open.dosm.gov.my.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments