Pemegang kad kredit dan kad debit Bank Muamalat kini boleh mendapatkan diskaun 15% untuk pembelian di Klook menggunakan kod promo khas.
Kempen ini bermula 18 Mei dan berakhir 7 Jun 2026. Ia sesuai untuk anda yang sedang merancang aktiviti percutian, lawatan tarikan, atau penginapan sempena musim cuti sekolah yang akan tiba tidak lama lagi.
Cara Dapatkan Diskaun
Guna kod promo BMMB15HOLIDAY semasa membayar di klook.com. Anda akan dapat diskaun 15%, dengan syarat nilai pembelian sekurang-kurangnya RM300. Potongan harga ini dihadkan pada RM50 sahaja untuk setiap tuntutan.
Diskaun ini boleh digunakan untuk pembelian dalam kategori berikut:
- Tarikan pelancongan
- Pakej tour
- Hotel
- eSIM
- Sewa kereta
- Pengangkutan ke lapangan terbang
- Takaful dan insurans.
Kuota Terhad, Hanya 220 Tuntutan Sahaja
Kempen ini dibuka kepada semua pemegang kad Bank Muamalat yang aktif, termasuk pemegang kad baharu. Namun, jumlah keseluruhan tuntutan hanya terhad kepada 220 sahaja mengikut prinsip ‘siapa cepat dia dapat’. Setiap pemegang kad hanya layak menebusnya sekali sahaja sepanjang tempoh kempen.
Pastikan akaun anda tidak digantung atau ditutup dan kad anda masih aktif semasa membuat tuntutan.
Syarat Yang Perlu Diingat
Kod promo ini tidak boleh digabungkan dengan sebarang promosi, baucar, diskaun, atau keistimewaan keahlian lain yang sedang berjalan. Ia juga tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
Ada beberapa aktiviti di Klook yang tidak termasuk dalam kempen ini. Semak senarai penuh di laman web Klook sebelum membuat pembelian.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Perkhidmatan Pelanggan Bank Muamalat di +603-2600 5500 atau emel ke feedback@muamalat.com.my.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
