Biasiswa Agrobank 2026: Bantuan Kewangan Dan Laluan Kerjaya Untuk Pelajar Cemerlang

KONGSI

Agrobank Scholarship Award Program (SAP) 2026 kini dibuka. Program ini menyokong pelajar yang memiliki keputusan yang cemerlang sekaligus membina laluan bakat masa depan untuk Agrobank iaitu bank pertanian di Malaysia.

Permohonan ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di perinkat Asasi, Matrikulasi serta Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan.

Siapa Yang Layak Memohon?

Syarat am yang perlu dipenuhi oleh semua pemohon:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 23 tahun
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum
  • Memiliki personaliti yang dinamik, kemahiran interpersonal yang baik, dan sifat kepimpinan yang kukuh
  • Tidak memegang mana-mana biasiswa atau penajaan lain yang mempunyai ikatan perkhidmatan (service bond)

Dari segi akademik pula, syarat yang berbeza telah ditetapkan mengikut peringkat pengajian:

Pelajar Ijazah (Universiti Tempatan)

  • Minimum CGPA 3.50 (Matrikulasi / Asasi)
  • Minimum Band 4 MUET atau setaraf
  • Sekurang-kurangnya 4 semester berbaki untuk menamatkan pengajian

Pelajar Matrikulasi / Asasi

  • Minimum 6A 2B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kursus Yang Diterima

SAP 2026 menerima pemohon daripada pelbagai bidang pengajian, antaranya:

  • Ekonomi
  • Perbankan
  • Perakaunan / Kewangan
  • Kewangan Islam
  • Pemasaran Perniagaan
  • Pembangunan & Inovasi Produk Makanan
  • Pertanian & Teknologi / Agronomi
  • Sains Pertanian
  • Kejuruteraan Pertanian
  • Teknologi Maklumat (IT)
  • Atau mana-mana kursus berkaitan yang diluluskan oleh Agrobank

Apa Yang Anda Dapat Dalam Program SAP Ini?

Melalui SAP, Agrobank menawarkan tiga perkara utama kepada pelajar yang terpilih:

  • Sokongan kewangan untuk mengejar kecemerlangan akademik tanpa bebanan wang
  • Program pembangunan eksklusif untuk mengasah lagi potensi diri
  • Permulaan kerjaya bersama bank pertanian danpeluang untuk membina asas kerjaya yang kukuh.

Cara Untuk Membuat Permohonan

Imbas kod QR dalam poster rasmi Agrobank atau layari www.agrobank.com.my untuk maklumat lanjut dan pautan permohonan terkini. Anda juga boleh mengikuti media sosial rasmi Agrobank di @AgrobankMy di platform Facebook, Instagram, dan X.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments