Musim perayaan bakal menjelang tidak lama lagi. Mesti,ramai yang sudah mula merancang untuk pulang ke kampung halaman dalam jangka masa terdekat ini.
Kos perjalanan balik kampung pun bukannya murah terutamanya jarak perjalanan yang mencecah ratusan kilometer. Selain tol, kos perbelanjaan yang paling besar adalah kos servis kereta dan minyak petrol.
Tetapi jangan risau,ada berita baik untuk pemegang kad kredit Bank Simpanan Nasional (BSN)! Sempena musim perayaan tahun ini, BSN melancarkan Kempen Balik Kampung Safety First yang boleh membantu anda menjimatkan kos perjalanan.
Apa itu Kempen Balik Kampung Safety First?
Kempen ini direka khas untuk memastikan perjalanan anda selamat dan lebih jimat.
Melalui kempen ini, BSN menawarkan 100% pulangan tunai untuk pengisian petrol! Pulangan tunai ini dihadkan kepada jumlah maksimum RM50 untuk pengisian minyak pertama yang dilakukan selepas anda melakukan transaksi servis kenderaan yang layak.
Kempen ini berlangsung dari 12 Mac 2026 hingga 11 Mei 2026. Jadi, anda ada masa yang mencukupi untuk turut serta dalam kempen ini.
Cara Untuk Sertai Kempen Ini
Hanya pemegang kad kredit BSN yang mempunyai rekod yang baik iaitutidak terlibat dalam penipuan, akaun tidak ditutup, dan tiada tunggakan sahaja layak untuk menyertai kempen ini.
Untuk menikmati tawaran ini, anda perlu mengikuti dua langkah mudah di bawah:
- Transaksi Servis Kenderaan: Pastikan anda melakukan transaksi di bengkel atau pusat servis yang terpilih. Transaksi yang layak termasuklah servis di pusat jualan kenderaan, kedai tayar, kedai alat ganti, atau pusat cuci kereta.
- Pengisian Petrol: Selepas servis kereta, terus singgah di mana-mana stesen minyak dan mengisi petrol. Pulangan tunaihanya akan diberikan untuk pengisian petrol pertama anda selepas transaksi servis tersebut.
Info penting yang anda patut tahu:
- Jumlah Pemenang: Terdapat anggaran 900 orang pemenang yang akan menerima pulangan tunai, bergantung kepada ketersediaan bajet.
- Pemberitahuan Pemenang Terpilih: Butiran pemenang akan dipaparkan di laman web rasmi BSN.
BSN Galakkan Pemilik Kereta Servis Kenderaan
Tidak dinafikan, masih ada di antara kita yang perlu merancang dengan baik sebelum pulang ke kampung halaman agar kos yang akan dibelanjakan nanti tidaklah terlalu tinggi. Hal ini kerana setiap ringgit yang dapat dijimatkan sangatlah bermakna.
BSN juga amat prihatin tentang aspek keselamatan. Insentif ini menggalakkan pemilik kenderaan memastikan kereta berada dalam keadaan terbaik sebelum menempuh perjalanan jauh.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
