CIMB Bank Berhad telah melancarkan Akaun Gaji CIMB, akaun gaji pertama di Malaysia yang hadir dengan perlindungan Takaful percuma di bawah program CIMB@Work.
Tiada bayaran tambahan atau sebarang, tiada kerumitan pendaftaran. Perlindungan akan terus dimasukkan ke dalam akaun gaji anda.
Apa Yang Anda Dapat
Akaun Gaji CIMB menawarkan perlindungan Takaful sehingga RM200,000 merangkumi 36 penyakit kritikal seperti kanser, serangan jantung, penyakit Alzheimer, strok dan kegagalan buah pinggang. Ia turut meliputi kematian dan Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD).
Apa yang lebih menarik, tiada saringan kesihatan atau perisytiharan kesihatan diperlukan. Perlindungan ini disediakan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad, rakan bancatakaful CIMB.
Syarat Untuk Dapat Perlindungan
Untuk layak mendapat perlindungan Takaful, anda perlu:
- Mengekalkan purata baki bulanan (MAB) sekurang-kurangnya RM2,500
- Kekalkan MAB pada tahap ini untuk terus dilindungi
Selagi syarat ini dipenuhi, perlindungan anda kekal aktif tanpa sebarang bayaran caruman.
Tawaran Istimewa, Gandakan Perlindungan Anda
Dari Mei hingga Julai 2026, pelanggan yang layak yang membuka Akaun Gaji CIMB boleh menggandakan jumlah perlindungan Takaful untuk Penyakit Kritikal secara percuma selama satu tahun, tertakluk kepada terma dan syarat.
Dari Julai hingga Disember 2026, pemegang akaun juga boleh membeli sehingga RM300,000 untuk perlindungan tambahan bagi penyakit kritikal dan kematian daripada Sun Life Malaysia Takaful Berhad secara dalam talian tanpa perlu menjalani pemeriksaan perubatan. Tertakluk kepada pengecualian kondisi pra-sedia dan terma berkaitan.
Manfaat Lain Program CIMB@Work
Selain perlindungan Takaful percuma, pemegang akaun yang layak juga akan menikmati:
- Syarat kemasukan yang lebih rendah untuk kad kredit terpilih
- Kadar yang lebih rendah untuk Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan Rumah dan Pembiayaan Bertempoh-i Bercagar Sijil ASB
Kenapa Perlindungan Ini Penting untuk Pekerja di Malaysia
Hanya 40% sehingga 50% rakyat Malaysia mempunyai perlindungan nyawa. Tidak dinafikan, masih ada pekerja yang tidak dilindungi secara menyeluruh terhadap penyakit serius, kecacatan kekal dan kematian.
Akaun Gaji CIMB ini direka untuk mengisi jurang tersebut dengan mengintegrasikan perlindungan Takaful terus ke dalam perbankan harian tanpa memerlukan langkah tambahan daripada pemegang akaun.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, yang hadir pada majlis pelancaran berkata program ini dijangka memberi manfaat kepada PKS dan pekerja mereka.
“Inisiatif seperti ini menunjukkan bagaimana syarikat korporat boleh memainkan peranan penting dalam melengkapi usaha kerajaan, seterusnya memberikan hasil yang lebih baik dan mampan bagi perniagaan yang ingin menyediakan jaring keselamatan sosial untuk pekerja mereka,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB, Haniz Nazlan pula berkata matlamat produk ini adalah untuk menyederhanakan akses kepada perlindungan.
“Akaun Gaji CIMB memberi kuasa kepada pekerja Malaysia untuk membina perlindungan kewangan yang berstruktur melalui akaun gaji mereka dengan cara yang mudah, mampu milik dan telus,” kata Haniz.
Cara Memohon
Syarat kelayakan Akaun Gaji CIMB:
- Berumur antara 18 hingga 69 tahun
- Gaji dikreditkan ke dalam akaun
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi CIMB. Terma dan syarat terpakai.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
